part 21

9.4K 345 14
                                    

Sebab sekarang ni sis tengah rasa pusing macam tak sihat jadi part sis buat ni apa yg sis alami skrng ni. Bila bangun rasa kebas kat muka. Tak tahu kenapa. Kata orang tekanan darah rendah. Tak pe lah rendah pun rendah lah. Ni sis bagi dinner untuk korang..

Pagi itu Aira bangun dan lihat kalau Remy tiada disebelahnya. Jam dah menunjukkan pukul 9. Aira yang terkejut terus saja bangun dan berjalan. Baru beberapa langkah muka nya terasa macam kebas dan badan nya terasa macam jeli. Sudahnya dia jatuh terduduk.

Aira melihat dirinya sendiri. Dan bertanya kenapa dengan dirinya. Tak pernah dia rasa macam ni. Aira pikir mungkin sebab dia terus bangun tu yang jadi macam tu. Dia cuba bangun dan cepat cepat pergi ke arah katil dan duduk.

Aira menggenggam tangan nya yang terasa kebas. "Kenapa ni?". Aira bertanya sendiri. Tak lama setelah itu Remy masuk ke dalam bilik dan tersenyum melihat Aira. "Aira dah bangun, Aiz dah buat sarapan kat bawah. Aira nak makan kat bawah ke nak makan kat bilik".

"Aira makan kat bawah je lah". Aira cuba tersenyum seperti tiada apa apa yang terjadi pada dirinya dia tak mahu Remy melihatnya sakit dan merisaukan nya.

"Ok lah kalau macam tu. Aiz pergi siapkan apa yang patut ye". Aira hanya mengangguk dan melihat Remy hilang dari pandangan.

Aira mengambil nafas dalam-dalam dan cuba untuk berjalan. Rasa nya sama seperti tadi. Muka nya terasa kebas makin lama dia berdiri dia rasa seperti tak dapat nak kawal pergerakan nya. "Kenapa dengan aku ni?". Aira merengek sendirian seperti anak manja.

Aira mengambil nafas panjang panjang dan cuba untuk berjalan. Kepala nya tak rasa sakit tapi pandangan matanya terasa macam sekitarnya sedang berpusing. Aira terasa seperti air cecair yang keluar dari hidung nya. Tergamam apabila dia melihat darah yang ada di tangan nya.

"Aira nak minum apa, Aiz buatkan?". Tanya lelaki itu pada isteri nya.

Hilang senyuman di muka Remy apabila melihat Aira yang berdarah di hidung. Aira hanya memandang Remy sebelum pandangan nya benar benar gelap semuanya.

........................

Aira terjaga dan melihat sekelilingnya putih. Dan bau yang paling dia benci selama dia kat London. Bau ubat! Yes Aira memang benci hospital sejak dulu lagi. Apatah lagi kalau dirinya yang sakit.

Aira melihat kalau Remy sedang terlena, lelaki tidur duduk. Kepalanya diletakkan di atas katil Aira manakala tangan nya menggenggam tangan Aira.

Kene balik ke? Bukan dokter cakap dah sembuh ke?. Aku selalu jaga permakanan tak kan boleh kene balik.

Pergerakan Aira membuatkan Remy terjaga. "Aira dah sedar? Aira nak apa apa tak Aiz pergi belikan?".

"Tak nak, pukul berapa ni?". Tanya Aira dengan nada yang tak ada semangat.

"Dah pukul 10 malam. Aiz terkejut tengok Aira pengsan pagi tadi. Aiz buntu tak tahu nak buat apa. Dengan bibik tak ada. Aiz call kawan Aiz suruh datang umah. Sebab Aiz tak boleh nak drive". Aira jadi rasa bersalah pulak buat lelaki tu rasa susah hati. Dia dapat nampak ketakutan kat wajah lelaki tu.

"Aira minta maaf sebab susahkan Aiz. Tak sangka pulak boleh jadi macam ni. Tapi tak teruk pun nanti elok balik".

"Tak teruk?! Aira dah sampai pengsan berdarah hidung Aira cakap tak teruk. Kalau dokter tak cakap Aiz tak kan tahu tau penyakit Aira".

"Tekanan darah Aira rendah tu je, tak ada lah teruk. Aiz jangan lah risau".

"Ya Allah haiii isteri aku ni waras ke.tak ya Allah. Dokter kata kalau dah sampai pendarahan itu dah kira teruk tau. Mungkin salah Aiz jugak sebab selama ni buat Aira stress".

"Tak lah, bukan salah Aiz pun. Masa Aira kat London dulu pun kerap keluar masuk hospital sebab pitam. Itu lah salah satu sebab kenapa Aira benci ubat".

"Bila Aira balik sini Aira tak pernah sentuh ubat kan?". Pertanyaan Remy buat Aira terdiam. Memang sejak dia balik Malaysia dia dah lama tak ambil ubat. Apatah lagi check up dengan dokter. Sebenarnya dia tak nak siapa siapa risaukan keadaan dirinya. Sejak dia lahir lagi dia dah terbiasa diabaikan. Kakak nya sakit jadi perhatian hanya lebih pada Elly. Yang tahu sakit Aira pun just bibik yang jaga dia waktu kecil. Elly waktu kecil jangan ditanya berapa kali keluar masuk hospital. Hospital ibarat macam rumah kedua nya.

"Jangan kata sentuh ubat, check up pun Aira tak pergi. Silap-silap Aira tukar nombor sebab tak nak dokter ganggu".

"Aiz ni ada indra ke berapa ye? Aiz tahu je semua yang ada dalam permikiran Aira. Aiz tahu baca permikiran orang ke?". Demi Allah dia hairan dengan suami nya...

"Aiz tak ada indra apa apa. Bukan nya Aiz tahu baca permikiran orang. Tapi daripada muka Aira, Aiz dapat agak semuanya. Sebab Aira jenis tak tahu nak sorrokkan perasaan. Semua Aira tunjukkan pada wajah Aira".

"Aira nak balik. Aira tak suka lah duduk kat hospital ni".

"Kalau nak balik kene lah cepat sembuh. Selagi Aira tak sihat jangan harap Aiz akan benarkan dokter bagi Aira balik".

"Aira dah sihat lah Aira tak sakit pun. Kalau Aira ada kat sini macam mana kita nak pergi honeymoon?".

"Dah macam ni pun masih pikir pasal honeymoon. Tak payah lah pergi. Aiz dah jual tiket tu kat orang lain".

"Aiz jual buat apa!?". Tinggi suara Aira bertanya. Dia memang nak sangat pergi Indonesia dan sakit yang tiba tiba datang ni membuatkan semua perancangan nya jadi kacau bilau.

"Habis tu Aira tak sihat. Tak kan nak paksakan jugak berjalan. Kalau Aira pingsan lagi macam mana!. Ubat dah lah tak nak makan! Check up pun tak nak pergi. Suka lah bila diri tu sakit. Suka terbaring kat hospital macam sekarang ni". Aira menggorek telinga nya yang tak gatal. Sejak bila suami nya bertukar menjadi mak.bedah yang suka membebel

"Yang Aiz nak marah-marah ni kenapa? Aira belum nak mati lagi kan?".

"Amboi mulut kalau bercakap, tak sayang betul kan. Nak sangat ke mati. Kenapa.dah tak sabar nak tinggalkan Aiz sama macam arwah Qaisarah tinggalkan Aiz dulu. Semua yang dekat dengan Aiz mesti akan pergi dari hidup Aiz. Mula-mula Elly lepas tu Qaisarah sekarang ni Aira pulak". Aira terus terdiam, dia tak berniat nak buat lelaki itu marah. Dia tak berniat nak buat lelaki itu emosi.

"Aira minta maaf, Aira tak ada niat pun nak tinggalkan Aiz. Tak pernah terlintas pun. Aiz jangan lah macam ni".

Hanya tuhan je yang tahu macam mana kalut nya dia bila tengok Aira macam tu. Bila sampai ke hospital berlari dia menggendong Aira sambil mencari dokter. "Selamatkan isteri saya dokter selamat kan isteri saya". Dia menunggu Aira dengan doa yang tak putus putus. Dia masih trauma.dengan apa yang pernah terjadi pada Aira Qaisarah. Dia takut Aira akan memgalami hal yang sama.

"Aira tahukan yang Aiz sayangkan Aira. Aiz pernah cakap kan yang Aiz pernah rasa kehilangan orang yang Aiz sayang dan sakitnya masih lagi terasa sampai sekarang. Aiz tak nak hilang Aira. Tolong lah makan ubat seperti yang dokter suruh.

"Baik dokter Faiz Nadzmy, saya akan ikut semua arahan dokter".

"Main main ye. Tarik hidung tu kang".

"Ok ok tak tak tak.. Aira akan ikut apa yang Aiz cakap". Aiz duduk disebelah Aira dan memeluk isterinya dengan sayang. Dicium nya dahi Aira.

Ya Allah ya Tuhan ku. Sembuhkan lah isteriku ya Allah. Tengok dia terbaring macam ni entah kenapa hati terasa ikut sakit sekali. Remy berkata dalam hati

Is It Love?Where stories live. Discover now