Langkah kaki Aira terhenti apabila tiba tiba ada sebiji kereta Alfat berwarna hitam berhenti di hadapan nya. Dia mula mengundurkan langkah kaki. Hati nya merasa seperti ada sesuatu yang tak kena.
Lagi laju langkah kaki nya apabila melihat ada sekumpulan lelaki keluar dari kereta itu. Undur punya undur tak sangka dia terlanggar seseorang di belakang.
Dengan cepat dia berpaling dan melihat lelaki yang telah memalukan keluarganya ada dihadapan nya. "Apa semua ni?". Aira cuba berlagak tenang tapi dia tetap merasa tak selamat. Apatah lagi sekumpulan lelaki itu masih dibelakangnya.
Dia harus berhati. Kalau tersilap langkah hidup nya dalam bahaya. Matanya sekejap sekejap memandang ke belakang.
"Tengku nak berbincangkan. Tapi kenapa tengku lari. Saya datang ni nak berbincang lah pasal hutang hutang ayah tengku". Lelaki itu berkata dengan nada lembut tapi mengerikan.
"Saya dah katakan saya tak nak berbincang hari ni. Kita bincang hari lain".
"Ermm hari lain ye. Hari apa ya? Saya nak kan kepastian jugak senang saya nak kosongkan jadwal saya dan kita boleh berbinang berdua tanpa ada sebarang gangguan".
Lelaki itu berkata sambil memegang bahu Aira dengan satu jarinya.
"Dalam masa terdekat. Saya sendiri yang akan datang dan saya akan bagitahu bila". Aira menepis tangan lelaki tadi.
Aira melihat bahasa isyarat dari mata lelaki itu. Dengan cepat dia berlari melepaskan diri. Tanpa menoleh ke belakang dia terus berlari dan berlari dan bunyi hon kereta membuat nya terkejut. Dia tak dapat nak berhenti.
Aira jatuh tertiarap dengan kaki yang terseliuh akibat dilanggar kereta. "Cik tak apa-apa ke?".
Aira mengensot ke belakang. Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang datang kerumah nya waktu papa nya meninggal. Lelaki itu yang datang menagih hutang.
"Cik nak saya tolong ke?". Lelaki itu cuba menghampiri Aira tetapi suara Aira menghentikan niat lelaki itu
"Tak payah. Saya boleh berjalan sendiri". Dia cuba untuk bangun tapi tak dapat. Kaki nya terlalu sakit.
Dia terperangkap. Lelaki itu sengaja memmbuat dirinya melihat bahasa isyarat yang dia berikan. Dan dia tahu Aira akan melarikan diri. Jadi dia gunakan orang nya untuk melanggar Aira.
"Aku cakap jangan datang dekat!"
"Saya cuma nak tolong cik. Cik cedera kan". Lelaki itu berkata dengan nada yang risau.
"Jangan ingat aku tak kenal siapa kau. Kau yang datang rumah masa papa meninggal. Kau ingat kau pakai misai ngan cermin mata aku tak kenal ke hah".
Lelaki itu hanya tersenyum apabila penyamarannya terbongkar. "Tak sangka cik Aira ni pintar juga orangnya".
Lelaki itu berjalan menghampiri Aira Dengan kaki yang terseliuh tak mungkin dia dapat melarikan diri. Apatah lagi dengan keadaan parking yang sunyi ni tak mungkin ada yang dapat membantu nya.
"Mama tolong Aira. Papa tolong Aira". Dia dah buntu nak minta pertolongan.
Dia melihat ada kaki yang berjalan menghampirinya. Tak perlu tengok pun dia dah tahu siapa lelaki itu."Tak perlu buat kerja sia sia tengku. You tak kan dapat larikan diri. Baik you berhenti je daripada you terus terus sakitkan diri".
Aira mengabaikan kata kata lelaki itu. Dia tetap berusaha untuk berjalan. Aira cuba melawan apabila ada sesuatu melekat dimulut nya.
Perlahan lahan pandangan nya mulai kabur. Terakhir yang Aira dengan suara lelaki itu berkata. "Jangan sentuh dia. Korang pergi buat kerja macam biasa. Biar aku yang uruskan dia".
"Pranggggg!!!!". El berlari kedapur apabila mendengar bunyi kaca pecah.
"Mama!". El menjerit apabila melihat jari mamanya yang berdarah. El mendapatkan mamanya. Dan membawa mamanya ke ruang tamu."Macam mana boleh pecah mama. Tangan mama luka ni". El berlari ambil kotak kecemasan. Di bersihkan luka mamanya.
"Mama rasa ada yang tak kena". El yang sedang membersihkan luka terhenti apabila mendengar mama nya berkata begitu.
"Maksud mama?".
"Aira, mama rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang buruk terjadi kat Aira".
Terus berair biji mata El mendengar mama nya berkata begitu. "Adik El kuat ma. Dia tak akan apa-apa".
El bangun supaya mama nya tidak melihat kalau dia menangis. Sebenarnya dia juga merasakan apa yang sedang mama nya rasakan. Tapi demi nak sedapkan hati dia cuba menganggap kalau adik nya dalam perjalanan pulang.
"El rasa apa yang mama rasakan?. El dah cuba call Aira?. Dari pagi dia pergi takkan sampai sekarang tak balik".
"El dah try banyak kali. Tapi enfon Aira tak aktif".
"Ya Allah anak mama. Mana kamu pergi nak. Papa dah tinggalkan mama takkan Aira pun nak tinggalkan mama. Balik lah Aira".
El cuba menenangkan ibunya yang meronta menangis. Mereka baru sahaja kehilangan seorang insan tempat bergantung. Kesedihan dab kehilangan masih terasa. Kenapa sekarang mereka diuji dengan kehilangan adik bongsu.
Kenapa dunia ni kejam. El berkata dalam hati. Balik lah Ai. Tak kira lah kat mana Ai ada sekarang ni tolong lah balik. Jadi biarkan apa yang kakak pikir jadi kenyataan.
Tolong lah Ai balik sekarang..
............
"Macam mana kau buat kerja hah!! Aku suruh kau langgar sikit je........."
Samar samar Aira terdengar suara orang bercakap.
"Kaki dia patah kau tahu tak. Nasib sebelah je. Aku pikir kau dah lama kerja ngan aku dan kita kawan. Kalau tak jangan harap kau dapat balik pakai kaki kau. Kau boleh blah sekarang".
Aira memandang keadaan sekeliling. Dia tahu kalau dia ada didalam bilik. Tapi bilik ni bukan bilik dia.
"Kau dah sedar?". Aira terkejut mendengar suara lelaki itu.
"Aku kat mana?. Kenapa kau ada dalam ni. Aku nak balik"..
"Arghhhh!!". Aira menjerit kesakitan. Airmatanya mengalir sakit nya tak hilang jugak.
"Kaki kau patah jadi untuk sementara kau duduk kat rumah aku. Aku akan jaga kau"
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...