Playlist Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau disisiGenggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kau kunantiMacam mana dengan isteri saya dokter?".
"Kami dah cuba sedaya upaya tapi.......".
"Tapi apa dokter!! Kalau cakap jangan putus-putus. Aku tumbuk kau kang!!". Dengar apa yang dikatakan Remy membuat dokter itu takut. Menggeletar kepala lutut dokter itu. "Kami terpasa keluarkan bayi yang ada dalam perut isteri encik dan kami terpaksa melakukan pembedahan. Dan encik tahu kan resiko nya seperti apa".
"Buat yang terbaik dokter, apa pun jadi nanti saya redha".
"Sama-sama kita berdoa supaya isteri awak dapat diselamatkan". Dokter itu kembali masuk ke dalam.
Aiz redha kalau dah tiba masanya Aira pergi. Tapi bukan pergi dengan cara macam ni. Kami rahsiakan semua ni sebab kesihatan Aira. Bukan sebab nak tipu Aira. Kasih sayang dan cinta yang Aiz tunjukkan ikhlas dari dalam hati Aiz bukan pura-pura. Bagi Aiz kesempatan Aira, bagi Aiz kesempatan untuk terangkan semua nya. Aira tak boleh pergi tanpa tahu kebenaran nya seperti apa.
Wanita tua itu memandang Ellyna dan menampar Ellyna dengan sekuat hati. "Puas!!! Puas hati El! Ini yang El nak kan.. Puas lah hati El sekarang ni sebab dah hancurkan hidup Aira!! Aira sakit El tahu tak!! Waktu dia tak lama, bila-bila masa je dia boleh pergi. Mama dan Remy rahsiakan pekara ni sebab tak nak pekara macam ni terjadi. Tapi kau..ikutkan sangat busuk hati kau tu dan buat adik kau sakit balik".
"Mama cuba bahagiakan Aira dengan cara tu mama dapat kurangkan sikit rasa bersalah mama. Dan kau dah buat Aira salah faham".
"Aira......mama sayang Aira nak...mama tak pernah anggap kasih sayang yang mama berikan pada Aira palsu. Aira anak mama..Aira tetap anak mama...mama yang menyusukan kamu Aira..kamu anak mama". Wanita itu berkata sambil menangis terisak-isak.
Melihat itu membuatkan Ellyna terkejut. Aira sakit teruk? Pikirnya Aira hanya sakit sebab mengandung.
"Teruk sangat ke sakit Aira?". Ellyna bertanya dengan nada terkejut dan tak pecaya
"Aira simpan sakit dia selama ni sebab dia tak nak mama risaukan dia. Dia tak nak mama abaikan kamu. Pernah suatu hari tu waktu tu korang kecil lagi masa tu Aira demam panas dan masa yang sama kau juga sakit. Jantung kau tiba-tiba lemah. Mama suruh papa jaga kau dan mama jaga.Aira tapi Aira kata dia tak apa-apa dia suruh mama pergi teman kan kau. Sejak kecil lagi Aira banyak mengalah untuk kau. Aira tak pernah mengeluh pun bila mama dan papa lebihkan perhatian pada kau. Pernah satu hari mama marah sangat dengan dia, mama jumpa sesuatu dalam beg dia. Kau tahu apa dia yang mama jumpa. Mama jumpa kad derma organ".
"Mama". Aira terkejut melihat mamanya masuk ke dalam bilik dan...
"Apa ni? Aira nak buat apa gantung tali ni. Surat apa ni!!".
"Aira kesian kan kak El, Aira nak dermakan jantung Aira buat kak El. Tapi dokter kata Aira tak boleh menderma kalau Aira masih hidup....".
"Jadi Aira nak bunuh diri sebab nak selamatkan Ellyna. Aira masih kecil biar mama yang uruskan El, Aira jangan buat kerja bodoh ni".
"Ai minta maaf , Ai kesiankan kakak. Ai tak nak tengok kakak sakit".
"Habis tu Ai nak tengok mama sakit. Sakit sebab tengok anak mama bunuh diri. Ai tak sayang kan mama ke?". Aira berlari dan memeluk mamanya dan meminta maaf.
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...