Sis update lagi... Mesti besorak gembira kam tengok notif is it love update kat wattpad korang.. Haha.. Mane ade besorak sis ni pandai je buat cite kan.. Tak pe lah tak besorak pon x pe.. Asalkan jangan lupa vote ngan komen ye..😘😘😘selamat membaca
Remy tak sampai hati nak meninggalkan Aira yang sedang sakit itu tidur sendiri didalam bilik sendirian. Dia masuk ke bilik Aira dan melihat kalau wanita itu sedang tertidur. Wajah Aira yang pucat dipandang dengan kasihan
Remy menutup lampu dan baring disofa. Walaupun tidur disofa tak berapa nak selesa. Tapi Remy paksakan juga. Remy merasa baru hendak terlena tiba tiba terdengar suara Aira meracau.
Remy bangun dan membuka lampu dan melihat kalau Aira sedang meracau seperti ingin mencapai sesuatu. "Aira bangun kau tengah bermimpi ni. Bangun Aira".
Aira dapat mencapai tangan Remy. Dipeluk nya tangan itu dengan erat. "Mama, jangan tinggalkan Aira. Aira tak nak tinggal sini bawak Aira balik ikut mama. Aira takut".
Wajah Aira yang pucat itu dipandang. "Maafkan aku tapi aku tak akan lepaskan kau. Aku tak nak kehilangan kau". Remy membiarkan tangan nya dipegang oleh Aira. Mungkin dengan cara itu Aira akan rasa lega.
Pada mulanya Remy bertahan mata tapi lama kelamaan dia mula mengantuk. Dia tak rehat balik tadi terus uruskan Aira dan masak. Badan nya rasa letih. Jam menunjukkan pukul 2 petang tapi cuaca di luar mendung sangat. Seperti nya hari nak hujan.
Remy cuba untuk duduk di tepi katil di lantai. Tapi tangan nya yang dipegang oleh Aira membataskan pergerakan nya. Akhirnya dia terpaksa juga tidur disebelah Aira.
Sebelum terlena dia sempat berkata seseuatu. Dia memandang Aira dan berkata. "Aku bukan jenis suka ambil kesempatan tau. Malam tadi tu sekali je, aku tidur sebelah kau ni sebab aku penat. Nak tidur kat lantai kau pegang tangan aku. Terpaksa juga lah aku tidur atas katil".
Habis je Remy berkata-kata bunyi petir dan kilat menyambar. Aira terus memeluk tubuh Remy.
Remy terkejut tapi terkejut bukan kerana bunyi petir. Terkejut dengan tindakan Aira. "Kau ni kan time time hujan ni dah lah sejuk. Boleh pulak kau peluk aku. Kau saja je nak buat aku tersiksa ke apa". Remy cuba mengendahkan rasa yang sedang ia alami sekarang ini. Dan cuba melelapkan mata.
Erry memandang wanita yang sedang duduk dihadapan nya itu tanpa berkelip. "Tak sangka kau makin cantik lepas kita berpisah kan. Sekejap je masa berlalu tak sangka dah 2 tahun".
Wanita dihadapan nya itu hanya menjeling tidak suka. Dia terpaksa berjumpa dengan lelaki itu untuk meminta pertolongan. Hanya lelaki itu saja satu satunya harapan yang ada untuk membantu dirinya mencari dimana Aira.
"Aku datang sini bukan nak dengan kau puji memuji. Aku datang hanya nak minta bantuan dari kau untuk cari dimana Aira".
"Kenapa cari aku? Mana kawan kawan lelaki kau yang dulu. Yang kau sanggup tinggalkan aku demi diorang. Minta lah tolong dengan diorang. Ke kau tak boleh move on dengan aku". Erry berkata seraya menyentuh lembut tangan Elly yang ada diatas meja.
"Lepaskan tangan aku!". Elly bersuara dengan nada yang benci. Ikutkan hati mahu sahaja ditampar nya wajah lelaki itu. Tapi dia terpaksa menahan diri kerana mereka berada di sebuah restorant.
"Aku tak tahu kat mana Aira dan bersama dengan siapa dia sekarang ni. Dan aku tak nak ambil tahu. Dia tak ada kepentingan nya untuk aku. Buat apa aku perlu susahkam diri tolong kau".
"Kalau kau tak nak bantu tak apa, terima kasih sebab sudi datang berjumpa dengan aku". Lepas berkata begitu Elly menarik kasar tangan nya dan keluar dari situ.
Erry hanya memerhatikan gerak geri wanita itu. Dan ia mengerutkan dahinya apabila melihat Elly sedang menahan teksi. "Kesian, terlalu miskin sangat sampai terpaksa naik teksi". Disebabkan nak nampak seakan dirinya lelaki yang macho. Dia keluar dan berjumpa dengan Elly.
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...