Extra Part It Is Love

12.4K 407 31
                                    

Aira duduk termenung melihat awan yang mulai mendung. Bagaimana mendung nya awan begitu juga lah hati nya saat ini. Sejak kebelakangan ni Remy banyak berubah. Bukan saja Remy, mama dan Elly juga berubah.

Aira tak tahu dimana salah nya. Dan apa yang telah ia lakukan sampai mereka begitu marahkan nya dan membawa diri.

"Aira...itu suami mu udah pulang". Bibik mengabarkan kepulangan Remy. Aira mengesat airmata nya. Dia tak mahu Remy melihat dia sedang menangis. Tapi jika dia melihat dia juga tidak peduli.

Aira berjalan keluar menyambut Remy. Dengan senyuman yang manis diberikan kepada lelaki itu. Tapi Remy hanya memandang nya sekali imbas dengan wajah yang berang.

"Aiz nak makan tak? Aira dah masak lauk kita makan sama-sama ya?. Aira tak berputus asa. Walaupun Remy tak memberi respond dia tetap berjalan di sebelah Remy. Dan berusaha lagi.

"Aiz kalau nak mandi. Aira boleh siapkan air panas untuk Aiz mandi?" Pertanyaan Aira tidak dijawab oleh Aiz. Aira hanya berdiri dihadapan tangga dengan airmata yang penuh dimata.

Salah apa Aira pada Aiz. Kenapa jauhkan diri dari Aira. Jangan siksa Aira macam ni. Kalau dah bencikan Aira sekalipun tak boleh ke Aiz nak berpura. Aira meluahkan perasaan nya didalam hati. Air mata nya dikesan. Ditabahkan hati nya untuk tidak mengikut perasaan. Sampai dibilik Remy sedang membuka tali leher nya.

"Aira dah pilihkan baju Aiz. Ni baju tidur untuk malam ni. Aiz nak makan tak?". Remy tak menjawab apa-apa dia hanya mendiamkan diri dan masuk ke dalam bilik air.

Tersentak Aira apabila pintu bilik air ditutup dengan kuat. Aira memegang dada nya yang terasa sebak dengan semua kelakuan Remy. Tanpa sedar airmatanya mengalir.

Aira tunggu dibawah sampai Remy datang. Hampir setengah jam menunggu Remy turun ke bawah. Hilang senyuman Aira apabila melihat Remy memakai baju tshirt dengan seluar jins hitam yang ikut cutting.

"Aiz nak keluar ke?". Pertanyaan Aira dibiarkan tanpa dijawab.

Aira terus bangun dan kerusi dan mengejar Remy. "Aiz...makan lah dulu Aira dah masak. Aira tunggu Aiz dari petang tadi. Aira nak............".

"Kau diam boleh tak!!". Tersentak Aira apabila Remy menepis tangan nya dengan kuat. Bukan itu saja lelaki itu malah meninggikan suara.

"Aku tak nak makan. Aku tak selera nak makan apatah lagi bila tengok muka kau. Aku meluat kau tau tak!".

Remy terus berlalu dari situ dan membiarkan Aira yang masih kaku berdiri. Aira hendak berlari masuk ke bilik tanpa sengaja terserempak dengan bibik. Aira malu apabila bibik melihat apa yang terjadi.

"Aira.....". Bibik cuba mendekatkan diri pada Aira tapi wanita itu terus berlari naik ke atas. Aira melepaskan semua kesedihannya. Kenapa Remy berubah? Apa salah nya? Remy dah tak cintakan dirinya lagi. Jadi mulai saat ini dia kene bersedia kerana Remy mungkin akan menceraikan nya bila-bila masa sahaja.

Aira memandang gambarnya dan Remy yang sedang memegang bayi mereka. Aira memeluk gambar itu dengan erat. "Anak-anak ibu, tolong bagi kekuatan untuk harungi semua ni. Ibu tak nak berpisah dengan papa. Ibu cintakan papa, korang masih kecil. Ibu harus bertahan demi anak-anak ibu".

Aira mengiringkan badan nya. Dia meletakkan gambar didada dan lulutnya diangkat hingga ke dada. Disebabkan terlalu penat menangis Aira terlena.

.................................

Aira tertidur begitu lama. Ditambah lagi dirinya yang belum makan. Sehinggakan dia terjaga dan melihat rumahnya gelap. Aira bangun dan membuka lampu suluh di handphone nya.

Aira berjalan dengan berhati-hati sambil menyuluh ke tempat suiz. Aira cuba mmembuka lampu tapi lampu tak menyala.

"Ya Allah aii blackout ke ni?". Aira beranikan diri untuk turun ke bawah. Aira mencari-cari kelibat bibik tapi tak ada.

"Diam kalau kau tak nak mati". Waktu mendengar suara itu hanya tuhan saja yang tahu macam mana takutnya Aira.

Patutlah rumahnya blackout rupanya ada pencuri yang masuk ke rumah dan hendak merompak rumahnya. Ditambah pula Remy tiada di rumah siapa yang hendak menolongnya. Elly busy dengan dunia nya sedangkan mama dekat rumahnya menjaga Qaseh dan Qalish.

"Aku...a..aku..tak..ada duit...kau ambil lah semua yang kau nak tapi...to..tolong jangan apa-apa aku. Aku masih ada anak yang perlukan aku...arhh". Terjerit Aira apabila benda tajam itu terasa tercucuk di pinggang nya.

"Diam dan ikut aku". Aira berjalan dengan berhati-hati. "Mati kau!!!!". Suara lelaki itu membuatkan Aira menjerit sekuat hati. Tapi Aira hairan apabila merasakan tiada apa-apa yang terjadi padanya.

Aira membuka mata nya perlahan-lahan dan terkejut apabila melihat Remy sedang melutut dihadapan nya sambil menghulurkan cincin. Dan dibelakang Remy ada mama Elly Remy dan bibik. Qaseh dan Qalish ada dalam stroller baby. Dan baru Aira sedar kalau lampu dirumahnya dah ada.

"A...ap..se..semua ni". Aira gugup sebab hampir terbunuh. Tiba-tiba Remy pulak yang berada dihadapan nya sedang melutut.

"Happy Birthday sayang. Aiz minta maaf sebab buat Aira sedih. Aiz pun tersiksa tengok airmata yang mengalir kat mata Aira tapi Aiz terpaksa sebab nak suprise kan Aira".

"Happy birthday to you~ happy birthday to you~ happy birthday to Aira~ happy birthday to you~~~"

"Aira maafkan Aiz kan?". Setelah menyarung cincin, Remy bertanya kepada Aira

"Aiz jahat. Aiz tahu tak Aira pikir Aiz dah tak sayang......". Aira tak dapat nak habiskan ayatnya.

"Aira...Aira kenapa ni sayang?". Remy bertanya dengan cemas apabila melihat Aira yang seakan sesak nafas kemudian mengenggam dada dengan erat.

"Ya Allah Aira kenapa ni?!!". Makin cemas Remy apabila Aira terbaring nasib Remy sempat menyambut Aira. Diletakkan kepala Aira di pahanya.

"Aiz...kenapa.....Ai..ra...ra..rasa..susah...nak". Melihat Aira yang tersiksa untuk bersuara Remy menyuruh Aira untuk berdiam diri.

"Bi...bi..bi..bibik...call ambulans bik". Remy tak dapat nak bercakap dengan betul apabila melihat Aira yang kesakitan begitu.

Dengan nafas yang nyawa nyawa ikan dia bersuara. "Tak perlu...Aira rasa...bersyukur sangat...dapat..kasih sayang...dari keluarga Aira suami Aira...dan..anak-anak... Jaga anak kita Aiz".

"Tak...Aiz tak nak...Aira kena kuat..Aiz minta maaf sayang". Semua yang ada disitu menangis melihat Aira. Masing masing merasa bersalah dan menyesal sebab telah sakitkan hati Aira kebelakangan ni. Tapi niat mereka hanya untuk memberikan kejutan. Tak sangka pekara jadi begini.

"Jangan macam ni Remy". Digenggam tangan Remy dengan kuat. Seakan sukar untuk bersuara.

"Jaga Qalish dengan Qaseh".

"Tak mau...Aiz nak Aira..Aiz yang salah Aiz salah Aira. Aiz jusg nak suprise kan Aira tak ada niat. Maafkan Aiz sayang". Tersedu sedu Remy menangis. Badan Aira dipeluk dengan erat.

Aira mengangkat tangan nya dan memegang pipi Remy. "Jaga Qalish dan Qaseh...". Remy memegang tangan Aira diciumnya berkali-kali. "sebab..Aira nak makan kek tu. Anak Aiz nakal".

Remy yang asik mencium tangan Aira terhenti apabila mendengar Aira berkata begitu. Remy memandang muka Aira yang sedang tersenyum manis. Tiada lagi muka kesedihan.

"Drama siapa lagi menjadi?". Aira bertanya sambil memandang muka Aiz.

Aira tergelak melihat Aiz yang macam orang terpinga-pinga. Aira bangun kemudian membersihkan matanya yang penuh dengan airmata disebabkan berlakon tadi.

"Korang kalau nak belakon kene belajar dulu dengan pakar". Terpekik Aira apabila mamanya mencubit dirinya

"Mama dah gugur jantung tau tengok Aira macam tu. Nasib tak.terlepas anak Elly.".

Aira ketawa terbahak-bahak melihat Remy yang menangis sambil ketawa. "Sayang meh lah tiup lilin ni". Kata Remy sambil membawa kek.

Aira habis je meniup lilin dengan cepat Remy mencabut lilin dan meletakkan kek dimuka Aira. Remy terua berlari sambil menggelakkan Aira dan tanpa sengaja dia tergelincir dan jatuh dalam kolam. Mereka semua mentertawakan dirinya.

Badrul....semua nya dah menjadi seperti dulu. Semua impian abang jadi kenyataan..walaupun abang tak ada bersama kami. Tapi saya yakin abang selalu memperhatikan kami dari sana.

The End

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 03, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Is It Love?Where stories live. Discover now