Playlist - Izinkan Ku Pergi-kaer... Siapkan tisu dan panadol yer...takut lepas nangis nanti sakit kepala hahahah...😈😈😈
"Betul ke cucu mama dah lahir?. Anak mama Aira macam mana Remy". Wanita itu bergerak pergi ke hospital apabila melihat whatsapp yang Remy berikan.
"Betul ma, kami dapat anak kembar mama, tapi bayi kami pramatang. Dan Aira.....". Remy tak dapat nak berkata setiap kali mengingat yang terjadi airmata Remy pasti akan jatuh.
"Aira kenapa Mie, tolong jangan takutkan mama. Aira ok kan". Wanita itu mengg
"Koma?....Terkejut wanita itu apabila mengatahui kalau anaknya koma.
"Dokter kata tak yakin berapa lama dia boleh bertahan. Sekarang ni Aira hanya bergantung pada mesin hayat".
"Kamu jangan sedih Remy. Mama yakin Aira pasti akan sedar. Demi anak-anak dia. Mama pergi tengok cucu mama kejap ye". Remy hanya mengangguk dan masuk dalam bilik Aira dirawat.
Tangan Aira dipegangnya dan dia mula bercerita, sama seperti malam semalam. "Sayang tahu tak...kita dapat baby kembar. Sayang cakap dengan Aiz kalau kita dapat anak perempuan sayang nak bagi dia nama Qaseh Qaisarah kan. Aiz tambahkan Puteri kat depan. Anak kita kembar sayang, Qaseh sebiji ikut muka Aira..Qalish pula ikut muka Aiz". Senyuman Remy terus mati apabila melihat Aira tiada memberikan apa-apa respon.
"Aira bangun lah sayang. Aiz perlukan Aira sekarang ni. Aiz tak kuat nak hadap semua ni. Aiz perlukan Aira. Cukup lah sayang, lupakan semuanya dan kita mulakan hidup baru dengan anak-anak kita". Mata nya tak lepas dari memandang Aira
Wanita itu sampai ditempat cucunya ditempatkan. Sedih hatinya apabila melihat cucu nya yang juga bertarung nyawa untuk hidup. "Bertahan lah sayang, demi ibu mu". Dia melihat nama cucu-cucunya. Dan tersenyum bahagia, Qaseh yang paling banyak bergerak dan menangis manakala Qalish hanya tidur. Setelah puas melihat cucu nya wanita itu pergi ke ruangan Aira dirawat. Dia melihat Remy yang tak putus-putus memberikan semangat pada Aira. Badan Aira dilap dengan kain basah.
"Remy.., Remy balik lah dulu. Biar mama jaga Aira untuk sementara. Remy patut mandi dan rehatkan badan".
"Aiz tak nak tinggalkan Aira mama. Aiz tau Aira perlukan Aiz".
"Ya..memang Aira perlukan Aiz. Tapi Aiz perlu mandi rehat makan. Kesihatan Aiz kene jaga jugak. Macam mana Aiz nak jaga Aira kalau Aiz sakit". Dengan berat hati dia terpaksa juga balik. Apa yang dikatakan mak mentua nya ituvada betulnya. Dalam keadaan begini dia harus sentiasa sihat supaya dia mampu menjaga anak dan isteri nya. "Aiz balik kejap, nanti Aiz datang balik ye. Aira tunggu Aiz ye". Sebelum pergi dia sempat mencium dahi Aira.
Setelah memastikan Remy tiada. Wanita itu menghubungi Ellyna supaya masuk ke dalam. "Masuklah El, Remy dah tak ada". Ellyna keluar dari tempat persembunyian nya dan masuk ke bilik melihat Aira.
"Aira". Ellyna tak tahu macam mana nak luahkan apa yang dia rasa. Sayu hatinya apabila melihat begitu banyak wayar yang melekat di tubuh Aira mulut Aira dimasukkan sesuatu. Dan Aira hanya bergantung hidup pada mesin hayat.
"Bangun lah dek, akak nak minta maaf kat kau. Akak mengaku akak silap dan bersalah sebab ikutkan perasaan. Akak cemburukan kau. Akak akui semua tu salah akak. Bangun lah dek tolong bangun". Ellyna memegang hujung kaki Aira. "Akak minta maaf dek, akak sujud kat kaki kau maafkan akak dek". Mama nya yang melihat itu jadi tak sampai hati. Ditarik nya Ellyna.
"Jangan macam ni El, istifar banyak-banyak. Kita doakan Aira sembuh ya".
..................3bulan kemudian...............
Remy masuk ke bilik dipandang nya wajah isterinya wajah yang selalu dirindu nya. "Aiz rindukan apa yang pernah kita lalui dulu, Aiz rindu nak dengar suara Aira, dah lama Aiz tak dengar Aira panggil nama Aiz. Aiz rindukan semua pasal Aira. Aira jangan tidur lama sangat. Aiz takut nanti bila Aira sedar Aiz dah terlupa suara Aira macam mana. Bila waktu tu tiba nanti Aira jangan salahkan Aiz, semua ni salah Aira sebab Aira tidur lama sangat".
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...