part 22

9.1K 371 30
                                    

Sorry dears sbb berapa sihat sangat semalam. After update sis terus berdengkur macam kerbau😆😆😂😂 lagi satu part 21 semalam biol sikit. Sis terpaste sampai 3 kali. Sudahnya unpublish 2 kali tapi sis dah publish balik. Hope korang baca sampai habis ye part 21 .. So nah breakfast untuk korang.. Jangan lupa vote ngan komen.. And one more thing *kemahin nak cakap matsalleh* korang ade kenal sape2 yang tahu buat cover novel tak..sis ingat nak tukar cover novel.. Selamat membaca😘😘😘

Pernah bayangkan tak berbulan madu di hospital. Urhh mungkin orang lain pernah tapi itu tak pernah Aira bayangkan. Punyalah romantik malam tu pagi esok nya duduk kat hospital. Sebenarnya memang tekanan darah rendah Aira dah kira tahap yang kronik. Tapi kalau jaga makan ok lah balik. Kalau dulu hanya sehari dua je dia masuk hospital pasal tekanan darah. Tak sangka pulak sejak dah jadi isteri orang kepada lelaki yang terlalu over protective hampir 2 minggu dia dalam wad. Selama dia kat sini Remy selalu jugak teman kan nya. Bila pagi Remy akan pergi ke tempat kerja.

"Puan, Tuan Remy ada meeting jadi dia tak dapat datang untuk jemput puan. Tuan menyuruh kami untuk menjemput puan untuk dibawa pulang".

Aira tak terasa hati pun kalau Remy tak dapat datang. Sebab sepanjang dia sakit Remy dah banyak bantu dia. Aira turun dari katil dan berjalan secara perlahan lahan. Dan ia masuk ke dalam kereta.

Remy dapat panggilan dari hospital mengatakan kalau Aira sudah dibenarkan keluar dari hospital. Lepas mendapat panggilan itu, Remy terus menghubungi bibik supaya masak makanan yang berkhasiat untuk Aira. Setelah itu dia menghubungi orang nya supaya menjemput Aira. Kerana dia.ada meeting yang tak dapat nak di elakkan. Dia risau Aira akan pikir yang bukan bukan. Jadi dia menghubungi wanita itu untuk menerangkan. Dan syukurlah Aira memahami nya.

Aira tersenyum manis setelah panggilan dimatikan. Tak sangka Remy yang dulu menyakitkan hati kini berubah menjadi lelaki romantik.

Setelah Aira masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila melihat ada seseorang lelaki yang memakai baju kemeja berwarna putih lengan baju nya dilipat sampai ke siku. Aira baru perasan kalau dia tak berapa familiar dengan pembantu-pembantu Remy yang ada didalam kereta. Aira cuba membuka pintu tapi sayangnya pintu telah di kunci dari luar. Hanya orang dari luar sahaja yang boleh membuka pintu.

"Puan Aira Ellyana atau lebih tepat Tengku Aira Ellyana binti Engku Badrul". Terkejut Aira apabila lelaki itu mengatahui nama penuhnya.

"Siapa kau? Mana kau tahu nama aku?!" Aira dah mula takut. Apa yang terjadi sekarang ni buat dia teringat masa pertama kali dia berjumpa dengan Remy. Diculik??. Apakah diri diculik oleh lelaki ini?? Kenapa lelaki kaya suka sangat menculik ya? Boleh pulak Aira pikir benda yang tak penting.

"Terkejut ke aku tahu nama kau"... Lelaki itu terpandang cincin yang ada dikedua jari manis Aira. "Cantik cincin tu, mesti mahalkan. Nampak nya Faiz Nadzmy berusaha bersungguh-sungguh untuk menampakkan lakonan dia seperti real".

"Apa maksud kau cakap macam tu? Apa tujuan kau culik aku? Hanya sebab nak bagitahu aku benda-benda mengarut ni?".

"Mudahnya kau tertipukan. Wanita lah katakan, baru berikan sedikit kejutan dah cair".

"Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau!! Kalau kau setakat nak merapu baik kau biarkan aku keluar!! Aiz dah berubah dia dah tak macam dulu".

"Berubah? Rasanya hanya nama dia je yang berubah. 'Aiz', nampak sangat kalau kau betul-betul pecayakan dia. Kau kenal Aira Qaisarah,?".

Makin tak faham Aira. Macam mana lelaki disebelah nya ini boleh tahu semua hal tentang Remy. "Arwah isteri Remy". Jawab Aira dengan nada tak suka. Bukan tak suka dengar nama tu. Tapi dia tengah pikir nak keluar dari kereta ni.

Is It Love?Where stories live. Discover now