Wow!!!! 2250 patah perkataan..serius beb sis tulis panjang macam ni.. Hahhaha.. Playlist Memori Cinta Luka - Nasir Wahab
Tidak ku duga mengapa begini....
Berakhirlah kisah cinta nan luka....
Tak mungkin akan bersinar kembali....
Tak mungkin kau sedari....
Musnah semua janji yang terucap....
Dalam senyum menyusuk di dada....
Dan kini kau telah pergi....
Tinggalku sendiri....Remy yang sedang membuat kerja terhenti apabila melihat Elly masuk sambil membawa sepotong kek coklat moist. "Kau nak apa masuk sini. Sejak bila pulak kau gantikan kerja Aira? Kemaruk sangat ke nak jadi isteri aku". Remy tak tutup kebencian nya pada Elly. Meluat apabila dia melihat Elly membawakan makanan untuk nya.
"Aku tak nak pun lah jadi wife kau. Kau ingat aku nak sangag ke hantar sampah ni kat kau. Kalau bukan sebab Aira yang suruh".
Aira suruh? Kenapa Aira tak bawak sendiri kek tu? Kenapa perlu suruh El, daripada suruh El baik suruh bibik je. Jangan-jangan Aira sengaja nak dekatkan aku dengan perempuan ni. Remy berkata dalam hati
"Kek tu bagi aku begitu berharga, lebih-lebih lagi Aira yang buat. Tapi sayang, kek yang berharga tu dah tercemar lepas tong sampah yang tolong bawakan pada aku. Kau bawalah sampah tu keluar".
Berdesing dan kalaulah Remy boleh lihat kepala hidung dan telinga Elly seperti mengeluarkan asap apabila mendengar apa yang dikatakan Remy. Lelaki itu menyamakan diri nya dengan tong sampah.
"Kau tak perlu nak tunjukkan sangat lah kebahagiaan korang depan aku. Ingat Remy dalam sekelip mata aku boleh musnahkan rumahtangga korang!!".
"Apa maksud kau?". Remy yang sedang menghadap duduk dikerusi sambil membuat kerja di laptop nya terhenti apabila mendengar Elly berkata begitu.
Dengan senyuman yang bangga diri Ellyna berkata. "Dengan rahsia yang kau cuba sembunyikan pada Aira kalau terbongkar kau rasa Aira boleh terima ke? Bila dia tahu kau kahwin dengan dia sebab dia adalah adik kembar Aira Qaisarah".
"Apa kau merepek ni. Aira Qaisarah tak ada adik. Kot iya pun kau bencikan adik kau tak perlu lah sampai nak jadikan dia adek Qaisarah".
"Jangan pura-pura tak tahu lah Remy. Kau ingat aku tak tahu yang kau dah tahu siapa sebenarnya Aira dan Qaisarah. Aku dengar semua yang Erry ceritakan pada kau masa kat hospital, berhenti lah berpura-pura".
"Aku rahsiakan benda ni sebab belum masanya untuk Aira tahu kebenaran".
"Pada mula nya kau kahwin dengan dia sebab muka dia macam Qaisarah kan. Kalau dia meninggal dan muncul lagi seorang muka yang macam Qaisarahtak mustahil kau akan kahwin lagikan".
"Itu dulu, sekarang tak lagi. Aku cinta dia sebab diri dia sendiri sebab dia Aira Ellyana bukan sebab dia Aira Qaisara, dan kalaupun dia meninggal tak akan ada Aira yang kedua. Sebab hanya dia saja Aira Ellyana tak ada yang kedua sebab mereka berdua bukan calang-calang wanita. Wanita yang ada kat dunia ni tak akan ada yang setabah dan sekuat Aira dan Qaisarah. Diorang wanita kedua yang aku kagum selain dari mama aku".
"Ok lah kalau macam tu. Tapi kenapa kau rahsiakan yang dia dan Qaisarah adik beradik. Kau tak patut tau rahsiakan pekara tu. Kesian Aira, dirinya macam diperbodohkan. Ke kau nak aku bantu kau beritahu semua nya pada Aira". Remy terus bangun dan menghentak meja.
"Aku bagi amaran pada kau ye. Kalau Aira sampai tahu pekara ni. Jangan harap aku akan biarkan kau duduk kat rumah ni. Mungkin palang besi sesuai untuk pembunuh macam kau. Macam yang aku kata, aku rahsiakan pekara ni sebab belum masanya untuk Aira tahu kebenaran". Remy terus keluar dari bilik bacaan nya dan terkejut melihat Aira yang ada didepan pintu.
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...