Ini part yang paling panjang yang pernah sis tulis 2013 patah perkataan.. Hope tak merapu part ni. Kalau rasa cerita ni merapu bagitau part mana yg merapu tau hahahaha...
Pagi-pagi hospital dah kecoh dengan suara Aira dan Remy. "Aira tak boleh keluar daripada hospital. Selagi tak sembuh". Remy menyilangkan tangan nya dan menoleh ke tempat lain.
"Aiz..Aira dah ok lah". Aira merengek sambil menghentakkan kaki nya diatas katil. .
"Aira bosan tau duduk kat sini. Bau ubat tengok dinding urgggh macam tak ada life...Aiz..dengar tak Aira cakap ni" lelaki itu tidak memberikan respon dan otu buat Aira makin bertambah berang.."Oiiii!! ais batu!!...". Bila tengok Remy tak berikan apa-apa respon. Aira bangun secara perlahan lahan dan berdiri di belakang Remy..."Abang....". Aira memanggil Remy dengan nada menggoda. Bukan itu sahaja tangan nya sengaja diletakkan di perut Remy. Setelah itu dia meraba naik ke atas dada Remy.
"Abang....kita dah lama tak tu....abang tak nak ke...?". Aira bertanya dengan nada manja. Dipeluknya tubuh Remy dari belakang.
"Tak nak.. Lagipun dah ada baby dalam perut buat apa nak main lagi". Remy menjawab dengan nada mendatar. Dia tak tergoda pun yang ada malah dia menahan ketawa bila melihat Aira yang berusaha seribu satu cara untuk keluar dari hospital.
"Betul ke ni". Aira tak berputus asa. Dia berjingkit dan sengaja menjilat telinga Remy...dan saat dia tengah menggigit manja telinga Remy tiba-tiba kehadiran seseorang merosakkan rancangan nya.
"Astaghfirullahalazim...udah sadar dari operasi dikepala kok malah mau makan orang. Aira kalau laper ini bibik udah bawain makanan. Remy nya jangan dimakan loh. Rasanya gak enak. Tau gak rasa jengkol yang pait itu seperti itu lah rasa suami mu itu. Muka nya gak ada senyum nya. Ini makan makanan bibik. Dijamin enak". Aira membuat muncung dan kembali ke atas katil
"Tak mau makan. Bibik masak tak sedap".
"Loh belum dirasa udah bilang gak enak. Ni Remy makan. Bibik udah penat loh masak buat kalian terus buru-buru datang ke sini.".
"Siapa kata bibik masak tak sedap. Aira tak nak makan biar Remy sorang je yang makan. Lagipun orang sakit.tak boleh makan makanan luar. Nanti tak sihat. Terima kasih bik sebab susah-susah buatkan makanan untuk jengkol bibik ni". Bibik hanya tersengeh apabila Remy menyindirkan kembali. Melihat Remy makan makin panjang muncung Aira.
Remy mengabaikan Aira dan makan dengan kusyuk nya. Tiba-tiba dia kesian kan Aira. Dia pusingkan badan dan ingin bertanya apakah Aira nak rasa sedikit makanan bibik. Tapi yang ada wanita itu sudah terlena.
Remy tersenyum memandang isterinya yang sedang lena tertidur. "Aiz buat semua ni untuk keselamatan Aira. Aiz harap Aira faham". Kemudian lelaki itu berbisik di telinga Aira. "Lain kali jangan goda Aiz kat hospital. Nasib bibik masuk kalau tak habis lah abang kene marah dengan dokter".
"Dia lucu". Bibik berkata pada Remy saat melihat Aira yang sedang terlena.
"Apa kamu udah bilang sama mamanya. Kalau Aira udah sadar".
"Dah bik. Tapi mama dia kata mungkin dia tak dapat nak melawat Aira hari ni. Sebab dia nak bawak Ellyna pergi check up".
"Ellyna masih sakit?".
"Just check up biasa. Sebab dia kan baru sebulan buat pembedahan".
Bibik hanya mengiyakan.
"Mama call siapa?". Ellyna bertanya apabila melihat mama nya menangis selepas dapat panggilan telfon.
"Tak ada siapa? Elly dah siap ke jom kita nak pergi check up".
"Kalau mama call Aira mama cakap je lah tak payah lah nak sembunyikan daripada Ell".
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...