Macam mana nak bongkarkan semua rahsia ye?? Sis dok pikiaq tapi still tak jumpa part yg sesuai.😩😩😩
"Lupakan lah semua tu. Biarkan lah Aira hidup bahagia dengan Remy. Lupakan semua sejarah silam yang pernah terjadi antara korang". Erry cuba menasihati El. Sebab dia tak nak nanti El yang akan makin kecewa kalau terlalu ikutkan perasaan. Bukan saja kecewa tapi mungkin juga menyesal.
"I boleh biarkan diorang tapi perlu ke nak tunjukkan kemesraan depan i. Ingat orang suka ke tengok kemesraan yang dibuat-buat tu". Teringat kembali kemesraan-kemesraan yang Remy tunjukkan. Semakin hari semakin meluat dibuatnya. Tinggal dirumah lelaki tu membuatkan hidupnya macam neraka.
"I rasa you je yang pikir macam tu. Remy memang cintakan Aira so tak salah kan kalau dia nak tunjukkan dia bahagia, you mengaku je lah you jeles". Berdesing teling Elly apabila Erry berkata begitu. Bukan nya mahu menyebelahi dirinya. Lelaki itu malah menganggap dirinya cemburu.
"I ajak you keluar bukan untuk menaikkan lagi darah i tau, i tau lah dia just berlakon apatah lagi bila dia dah tahu kalau Aira dengan Qaisarah tu kembar. Kira dia bernasib baik sebab dah dapat akak dengan adik".
"Tapi i tak sangka pulak yang Qaisarah meninggal sebab kemalangan tu. I tak sengaja terlanggar perempuan tu". Ada nada penyesalan dalam perbicaraan nya.
"Tapi bila tahu kalau dia adalah isteri Remy dan ditambah pula dengan sikap Remy yang makin menyakitkan hati i sekarang ni i rasa memang patut kot i langgar dia".
"Sedar lah El you dah makin jauh. Kebencian tu tak akan buat you bahagia. Jangan sia-sia kan waktu yang Aira ada. Sebelum you menyesal baik you sedar diri". Sebab itu lah yang pernah Erry rasakan. Hati nya tak pernah tenang bila dia mengingatkan kebencian yang pernah ada dulu. Kata-kata Aira yang banyak buat dia berpikir kalau kebencian tak bawa kemana. Salah satu kata-kata Aira yang Erry pegang adalah...."Janganlah menyakiti orang lain kerana pernah disakiti...salahkah dia yang disakiti..kerana dendam dengan dia yang menyakiti". Tanpa sedar Erry mengucapkan kata-kata itu.
"Apa you merepek ni. Sejak bila you pandai nak bersastera bagai. Yang you nak back up sangat Aira ni dah kenapa?! You jangan cakap yang you ada hati kat Aira".
"Kalau ya you nak buat apa. Dia comel tapi sayang dia dah kahwin dan i masih waras. I bukan jenis suka rosakkan rumahtangga orang. Kalau dulu mungkin lah sekarang i dah berubah".
"Sejak bila you berubah bukan you dengan sikap playboy you berpisah tiada ke. Pantang tengok perempuan. Tapi kalau you nak Aira, i boleh tolong you dapatkan dia". Makin tak faham Erry dengan sifat Elly.
"Ia mulai berubah sebab Aira banyak bagi aura positif. Mungkin bila i mula berubah jadi yang lebih baik i akan dapat jodoh yang baik. Dan i mulai sedar kenapa Remy boleh berubah. Dia beruntung dapat Aira ".
"Boleh tak kalau kita tak bincangkan pasal Aira. Makin menyakitkan hati bila bercakap pasal perempuan tu".
"Perempuan tu adek you jugak".
"Hello....never..i tak akan pernah nak anggap dia adik i. Please lah".
Aira Ellyana, kenapa lah dia jumpa Remy..kalau dia jumpa aku dulu tentu hidup dia tak serumit macam ni. Tapi kadang Allah tu just hadirkan seseorang samaada untuk mengubah diri kita atau jodoh atau hanya persinggahan. Aku harap dapat tengok Aira bahagia.
"Kenapa Aiz...dari tadi satu kerja pun Aira tak dapat nak buat tau". Aira mulai membebel, mana tak nya, dari pagi lelaki itu pergi kerja hampir setiap 15 minit dia akan menghubungi Aira menanyakan kabar wanita itu.
"Aiz rindu Aira...rindu sangat-sangat..walaupun ada depan mata tetap rindu..macam mana tu..Aira buat apa kat Aiz ni. Aiz check kertas kerja nampak muka Aira. Aiz bukak pc pun nampak muka Aira..tengok langit pu.....".
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...