Tak tahu lah korang boleh feel ke tak ngan part ni😂😂😂
Majlis pernikahan diadakan di rumah Remy. Hanya ada pengantin dan bibik sebagai saksi. Remy tak mahu akad nikah dijalankan dengan orang ramai. Setelah selesai semuanya Aira mencium tangan Remy. Mulai hari ni dia dah sah bergelar sebagai seorang isteri kepada Faiz Nadzmy. Tak pernah dia bayangkan pernikahan nya seperti ini. Menikah tanpa ada mama papa dan kakak nya menjadi saksi.
"Tuan semuanya dah siap seperti yang tuan inginkan". Lelaki yang berkemeja hitam itu berbisik di telinga Remy.
Remy menarik Aira naik ke atas. Remy kemudian nya mengunci pintu bilik. Aira jadi takut dibuatnya. Apatah lagi melihat Remy yang sedang menanggalkan pakaian nya.
"Kau...kau...kau nak buat apa ni hah?!". Aira tak dapat nak kawal ketakutan nya.
Bukan nya menjawab pertanyaan Aira, Remy malah tersenyum dan mendekatkan diri pada Aira.
Aira undur kebelakang apabila Remy berjalan ke arah nya. Nasib seakan tidak menyebelahi nya kerana dia tanpa sengaja terpijak kain baju kurung yang dipakai nya.
Remy cuba menyambut Aira tapi dirinya juga ikut jatuh dan tertindih Aira yang berada diatas katil. "Siapa yang tak sabar sekarang ni. Kau ke aku?". Remy berkata sambil kedua tangan nya diletakkan disisi kepala Aira.
Aira benar benar tersepit. Nak tak nak terpaksa juga dia menghadap muka lelaki itu. "Ke kau yang tak sabar, kita baru je nikah, tok kadi pun masih ada kat bawah kau terus bawak aku naik atas kunci bilik bukak baju bagai".
Remy hanya tersenyum mendengar Aira membebel. Pipi Aira dicium nya membuat kan wanita itu terbeliak. "Kau....". Tak dapat dia nak berkata-kata.
"Ikut kan aku memang aku nak rogol kau sekarang jugak. Tapi sebabkan kita ada majlis aku terpaksa juga lah tahan. Tapi tak pe, tak perlu nak tergopoh gapah. Masa banyak lagi kan".
Remy bangun dan membiarkan Aira yang terbaring di atas katil dengan perasaan bercampur baur. Merah padam muka Aira. Remy membuka pintu bilik dan menyuruh 2 orang wanita itu masuk.
"Aku akan tunggu kau kat bawah nanti". Kata Remy.
Aira hanya memandang 2 orang wanita yang ada dihadapan nya. Yang sorang memegang baju pengantin manakala yang sorang lagi memegang beg make up. "Kita tak banyak masa, majlis akan diadakan sebentar je lagi. Puan Aira kene bersiap sekarang".
Tipu lah kalau Aira cakap dia tak tergoda dengan baju pengantin tu. Cantik sangat.
Tergelak Aira dalam hati apabila wanita itu memanggilnya puan. Hampir satu jam jugak lah dia menadah muka untuk diconteng. Terkejut Aira melihat dirinya di cermin. Wanita yang satu nya memberika Aira gaun pengantin yang berbunga itu untuk dipakai. Setelah siap semua nya Aira turun dengan berhati hati. Remy bibik dan pengwal Remy menunggu Aira dibawah.
Remy yang ketika itu sedang berbual bersama salah seorang pengawal nya tergamam melihat Aira.
Tapi Remy pandai mengawal rasa teruja nya. Tangan Aira disambut dan mereka pergi ke tempat majlis yang akan dijalankan.
Didalam kereta Aira banyak mendiamkan diri. Sebenarnya ia sendiri tidak tahu mahu berkata apa, Remy tidak melepaskan genggaman tangan nya. Dan itu buatkan Aira rasa makin tak keruan.
Setelah sampai di tempat yang dijanjkkan mereka keluar dari kereta dan disambut dengan meriah nya.
"Tak sangka ada tempat secantik macam ni". Aira jatu cinta sangat dengan taman yang dilihat nya.
Tapi itu semua tak dapat nak menutup kekurangan yang ia rasakan. Kalau lah keluarga nya masih ada. Tentu dia tidak merasakan kekosongan yang dia rasakan sekarang ini.
"Ini majlis kita walaupun kau rasa sedih setidaknya sorokkan lah sikit. Kau nak ke orang pikir kau kahwin sebab terpaksa".
"Memang terpaksa pun kan". Aira jawab dengan nada menyampah.
"Kau tak nak senyum aku cium kau kat sini kau nak tak". Terus lebar senyuman Aira. Hampir semua gigi nya nampak.
Remy jadi tergelak melihat perubahan mendadak Aira. "Tak payah nak lebar sangat senyum tu. Macam orang tak betul pulak. Tapi kalau nak senyum macam tu jugak apa salah nya. Biar orang fikir.yang kau terlalu excited dapat kahwin dengan aku".
"Makin aku layan kau makin menyakitkan hati".
Remy memandang wajah Aira dan pelik apabila kesan jahit didahi Aira telah hilang. "Mana kesan jahit tu. Bukan benang belum bukak lagi ke?".
"Apa gunanya make up. Kau apa tau kau jantan. Jantan mana tahu kuasa make up". Tiba tiba dia terasa bangga diri. Walaupun bukan dia yang makeup kan diri sendiri walhal dia tak tahu pun nak make up.
"Kau tak tengok lagi kuasa aku. Tunggu malam nanti aku akan tunjukkan kuasa aku. Kuasa lelaki wanita mana tau macam mana. Wanita just rasakan nikmat dia je". Kasut tumit yang tinggi itu dipijak nya ke kaki Remy.
"Kalau kau berani sentuh aku siap kau. Aku akan cincang nyawa kau".
Merah muka Remy menahan sakit dikaki nya. Dia terpaksa senyum dihadapan tetamu yang ada. Dia menggenggam kuat tangan Aira. Dan berbisik di telinga wanita itu.
"Malam ni jangan harap kau dapat lari. Aku akan buat kau tak dapat nak berjalan". Remy menggertak Aira.
Majlis berjalan dengan meriahnya. Ramai tetamu yang datang. Kebanyakkan mereka semua nya adalah kawan kawan terdekat Remy dan juga perkerja perkerja Remy.
Aira terasa penat sangat apatah lagi gaun yang dipakai itu berat. Dengan kasut tinggi lagi. Remy perasan perubahan di wajah Aira.
"Kenapa?".
"Kaki Ai sakit. Melecet kot". Terkedu Remy apabila mendengar Aira membahasakan dirinya Ai. Tak, tak boleh Aira tak boleh mengambil nama panggilan Aira.
Baru dia hendak merawar kaki Aira tapi apabila mendengar Aira berkata begitu dia membatalkan niatnya.
Yang ada malah dia memaksa Aura berjalan untuk berjumpa dengan kawan kawan nya. Sungguh dia dah tahan. Sepatutnya makin nak malam makin sejuk. Tapi tidak bagi Aira. Dia mula terasa sesak nafas dengan gaun yang dipakainya. Remy pula mengendahkan dirinya dan berbual dengan kawan kawan nya.
Aira berjalan untuk mengambil air. Dengan kaki yang melecet teruk membuat kan pergerakkan dia terbatas. Kesan jahit dikepalanya mulai berdenyut. Badan Air mula berpeluh peluh. Nafasnya pula mulai tercungap cungap.
Perbualan Remy dan kawan kawan nya terhenti apabila mendengar suara wanita menjerit. Dan mereka ikut melihat apa yang ramai sangat orang berkumpul.
Remy terkejut apabila melihat Aira yang terbaring di tanah. Badan Aira berpeluk dan panas. Bukan itu saja, luka di dahi Aira berdarah. Mungkin kerana terjatuh ke lantai. Remy mengendong Aira dan meminta izin untuk balik. Majlis berjalan seperti biasa walaupun tanpa pengantin.
Setelah sampai di rumah Remy terus naik ke atas dan meletakkan Aira diatas katil. Aircond dibuka pada suhu 16 supaya Aira tak merasa panas.
Melihat Aira masih tercungap cungap. Remy menanggalkan gaun pengantin Aira dan menukarkan dengan baju tidur. Tercalit rasa belas kasihan apabila dia melihat kaki Aira yang melecet teruk.
"Maafkan aku sebab buat kau jadi macam ni". Setelah merawat semua luka Aira, Remy juga ikut berbaring di sebelah Aira dan terlena
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...