part 5

11.9K 441 18
                                    

Aira hanya duduk termenung diatas katil mengenangkan nasibnya. Nasib ibu dan kakak nya. Mama, El macam mana keadaan diorang sekarang ni? Kenapa mama nya tak ada bertanya kabar tentang dirinya?

Macam mana dia nak tahu kalau dirinya terkurung didalam bilik ini. Sejak kejadian dia diculik Aira tak pernah melihat handphone nya.

Aira dengar pintu bilik terbuka tapi dia malas nak memandang. Dah tentu yang masuk ke biliknya itu kalau tak bukan lelaki itu mesti bibik yang hantar makanan.

Tapi dia terhidu bau makanan. Sudah pasti bibik yang datang hantar makanan. "Tengku, tuan muda pesan supaya makanan nya dihabiskan".

Aira menoleh memandang wanita tua itu. Dia memberikan senyuman yang manis untuk wanita itu. Dia terbayangkan mama nya dirumah.

"Terima kasih bik". Aira menjawab dengan sopan. Tapi lama kelamaan senyuman Aira hilang apabila dia melihat wanita tua itu seperti terkejut melihat dirinya.

Kenapa wanita tua ni macam orang ketakutan, atau lebih tepatnya macam melihat hantu.

"Bik, saya nak makanan saya". Aira bertanya dengan nada ragu-ragu. Dia dah lah lapar wanita tua ini boleh pula hanya memandang nya.

"Kenapa bik? Saya ada buat salah ke?"
"Enggak. Nyonya gak ada bikin salah apa-apa sama bik. Maaf bik hanya kaget aja melihat wajah nyonya".

"Bik jangan panggil saya nyonya bik. Saya bukan siapa-siapa. Saya just menumpang je kat sini. Bik panggil saja Aira. Nama saya Aira".

"Aira??". Wanita tua itu menyebut nama nya dengan nada tak pecaya.

"Apa ini hanya kebetulan atau memang yang sebenarnya?". Wanita itu berkata sendirian tapi masih boleh didengar oleh Aira

"Apa maksud bik cakap macam tu? Saya tak faham?".

"Wajah kalian mirip sekali, begitu juga nama kalian".

"Siapa yang bik maksudkan?. Saya tak faham".

"Muka kamu mirip sekali sama nyonya.....".

"Bik!" Suara tegas seorang lelaki menghentikan perbualan yang sedang rancak. Aira jadi tertanya-tanya siapa yang dimaksudkan wanita itu.

"Maaf tuan bik lancang". Wanita itu meletakkan makanan diatas meja lampu kemudian nya terus meminta diri untuk keluar.

"Abaikan apa yang bibik cakap, makan makanan tu". Remy bersuara dengan tegas.

Tak payah suruh pun memang aku nak makan lah. Tapi bibik tadi memang buat aku jadi tertanya tanya. Siapa yang dia maksudkan sama nama ngan muka dengan aku.

"Tak payah sibuk nak pikirkan. Bibik tu sebenarnya masih dalam trauma sebab anak dia mati kemalangan. Tiap kali perempuan datang ke rumah dia akan cakap benda yang sama. Dan satu lagi dia mudah lupa dengan apa yang dia cakap. Jadi kau boleh tanamkan niat kau dalam dalam sebab kau tak akan dapat jawapan yang kau nak".

"Cepat makan. Sebab ada sesuatu yang nak aku bincangkan".

Sementara menunggu Aira menghabiskan makanan nya, Remy keluar untuk berjumpa dengan bibik itu.

Bibik itu sedang mengelamun memikirkan Aira. Suara Remy menyentakkan lamunan wanita tua itu.

Wanita tua itu terus bangun dan menundukkan wajah. Dia tahu kalau dia hampir sahaja membuka rahsia.

"Maafkan bibik tuan. Bibik janji hal tadi gak bakalan terulang lagi". Bibik itu berkata dengan penuh penyesalan.

"Bagus kalau bibik tahu kat mana kesalahan bibik. Ingat bik, sekali lagi bibik cuba bukak mulut pasal hal tadi aku akan pastikan lidah bibir dipotong".

Mendengar ancaman itu. Bibik itu langsung melutut dan berjanji tak akan bercerita apa apa.

"Bibik janji tuan, asalkan tuan bahagia bibik bakalan turuti semua kemahuan tuan. Bibik bakalan rahsiakan pekara itu. Dan bibik akan pastikan nona tidak mencurigai apa apa".

Remy terus berlalu dan pergi ke bilik Aira. Seperti biasa wanita itu akan menunjukkan mukayang masam macam cuka seolah membenci kehadiran nya disitu. Tapi Remy tidak hairan walau sedikitpun. Asalkan wanita itu ada bersama nya itu sudah mencukupi. Dia tidak perlukan hati atau kerelaam wanita itu untuk tetap tinggal bersamanya. Kerana apabila dia dah memutuskan sesuatu hal. Tiada siapa yang berhak membantah.

"Kenyang?". Remy sengaja bertanya pada wanita itu.

"Tengok sendiri lah". Aira berkata sambil menunjukkan pinggan mangkuk yang dah kosong. Bukan sahaja kosong tapi licin. Ikutkan dia nak makan sikit je. Tapi sekali suap rasa nak lagi lagi dan lagi. Sudahnya makanan tu habis dia tak sedar.

Ikutkan makanan tu tak cukup. Sebab terlalu sedap tapi cukuplah dia memalukan diri dengan menjilat mangkuk sampai licin.

"Tengok daripada pinggan dan mangkuk ni aku rasa kau ni kebuluran sangat. Cukup tak makanan yang aku bagi ke kau nak tambah lagi".

"Tak pe terima kasih je lah. Aku tak nak apatah lagi bila tengok kau ada kat depan mata. Bukan selera aku je hilang makanan yang aku makan pun rasa nak keluar balik".

"Ohh yeke, kalau macam tu apa kata aku tolong kau keluarkan semua makanan yang ada dalam perut kau".

Berkerut.dahi Aira. Lelaki dihadapan nya itu dipandang atas bawah."Kau nak buat ape hah?!". Aira bersuara dengan tegas apabila lelaki itu mrnghampiri dirinya.

"Perempuan yang mulut lancang macam kau tak layak makan makanan yang aku berikan. So aku nak tolong keluarkan makanan tu daripada perut kau".

"Manusia jenis apa kau ni hah. Bukan je berkira tapi gila"

"Aku memang gila, dan kau selalu menguji kesabaran aku. Perempuan macam kau tak layak dilayan dengan cara baik". Lepas sahaja berkata seperti itu. Remy terus mengcengkam pipi Aira dan memasukkam jari nya kedalam mulut Aira.

Dengan keadaan kaki yang belum sembuh, Aira tetap berusaha.meronta minta dilepaskan. Tekak nya terasa perit apabila diperlakukan begitu.

Akibat kelakuan Remy, Aira muntah hampir empat kali. "Lain kali jangan cuba nak uji kesabaran aku".

Aira tak berdaya.nak melawan. Muntah tadi buat dia banyak kehilangan air dalam badan. Terakhir yang dia nampak bibik masuk ke dalam bilik. Dan dirinya didukung oleh seseorang tak tahu entah kemana yang hendak dibawa.

"Makin kau melawan makin tersiksa diri kau". Remy berkata sambil mendukung Aira dan dibawa ke bilik mandi.

___

Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen berkenaan cerita Is It love

Is It Love?Where stories live. Discover now