This is last part from Is It Love or Revenge... Hope u guys enjoy... Dan nantikan cerita baru dari sis.. Tapi tak tahu bila😂😂😂
3tahun kemudian
Ellyna yang sedang sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan bersusah payah berjalan masuk ke dalam bilik bacaan Remy sambil membawa sepotong kek coklat moist. Kek yang dibawa itu diletakkan di atas meja. Ellyna melingkan kedua tangan nya sambil memandang Remy yang tekun membuat kerja.
"Orang lain pun berkerja juga tapi tak ada lah macam kau makan entah kemana anak-anak buat hal sendiri. Bini apalah lagi terabai". Ellyna menyindir Remy.
"Kerja aku banyak El, kau tahukan aku tak ada pembantu. Kau bawak apa ni?". Remy bertanya dan memandang sekali imbas. Kemudian menyambung kembali kerja nya yang tergendala.
"Aku bawakkan kek coklat moist, tapi tak ada lah sesedap yang pernah Aira buatkan untuk kau. Meh lah makan". ,Remy memandang Ellyna dengan tatapan menilai.
"Sejak bila pulak kau berbaik hati nak buat kan kek coklat untuk aku ni. Jangan cakap yang pembawakan budak buat yang buat kau jadi berbaik-baik dengan aku. Ke kau suka kan aku dalam diam". Remy menunjukkan pen nya ke arah Ellyna.
"Lantak kau lah, tak senang aku nak layan kau. Sat gi kang ada yang anak aku ikut muka kau".
"Eleh sombong, anak kau anak aku jugak". Ellyna memandang Remy dengan muka yang bengis.
"Comel lah aku tengok kau ni. Sejak-sejak mengandung ni kan. Badan kau macam ikan buntal dah aku tengok". Makin menyirap darah Ellyna dibuat nya. Di ambil nya kek coklat itu dibaling tepat ke muka Remy.
Remy yang waktu itu tengah tergelak terus diam apabila muka nya terlekat dengan kek coklat. "Mulut kau puaka sangat, so aku bagi lah makan coklat moist tu at least manis lah sikit mulut kau tu. Tak ada lah naik darah tinggi aku". Ellyna keluar sambil memegang perut nya. Sejak dia mengandung tak tahu kenapa dia benci sangat dengan Remy. Ditambah lagi lelaki itu sering menaikkan darah nya.
"Remy cakap apa pasal kek yang akak try buat tu? Sedap tak?". Aira bertanya pada Ellyna
"Entah, tak tahu lah. Kau pergi lah tanya dia sendiri dek. Aku tak boleh lama-lama dengan laki kau tu. Ada yang aku beranak kang". Aira dah faham sangat mesti ada yang tak kene. Sudahnya dia pergi masuk ke dalam bilik dan tergelak apabila melihat Remy yang sedang membersihkan muka dengan tisu.
"Abang....kenapa muka abang macam ni. Orang makan kek guna mulut lah abang bukan pakai muka". Remy menunjukkan bahasa isyarat supaya Aira datang mendekat pada nya. Apabila Aira datang kesempatan itu Remy gunakan untuk memeluk isterinya. Bukan itu saja saki baki kek yang ada dimukanya dilomorkan ke wajah Aira.
"Aiz!!!!! Pengotor lah Aiz ni". Aira membersihkan wajahnya dengan tisu. "Menyampah lah dengan Aiz ni". Aira membuang tisu dan hendak berjalan keluar tetapi dengan cepat Remy menahan nya dan memeluk Aira dari belakang.
"Abang minta maaf ye sayang. Jangan lah marah. Isteri abang ni tak comel lah kalau marah macam ni. Nanti jadi macam si buntal kat luar tu".
Aira memukul tangan Remy. "Tak baik cakap macam tu. Abang kutuk tu bukan nya orang lain. Aira dulu masa mengandungkan Qaseh dengan Qalish pun berisi jugak".
"Aira berisi tapi comel si buntal tu tak". Remy meminta maaf apabila melihat muka Aira yang mula tak bersahabat tu. Mereka berdua keluar dari dan pergi ke dapur mencuci muka.
Setelah bersih Aira mengambil kain dan mengelap wajah Remy. Remy memegang wajah Aira dan hendak mencium isteri nya dan.."Ehem!!!! Kiteorang tunggu kemahin lama lagi kat luar korang kat dalam boleh pulak buat projek. Qaseh ngan Qalish baru tiga tahun. Anak aku ni hah tunggu masa je nak keluar, tak cukup-cukup lagi ke?". Remy membuat muka, bengang apabila kemesraan mereka diganggu.
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...