part 14

9.9K 358 20
                                    

Apakah cerita ini makin merapu atau sis yang biol hahaha.. Tak ada lah sis gurau je... Selamat membaca😘😘😘 soundtrack cerita ni lagu xpose-sandiwara

"Sebelum kita menikah. Aku nak pergi melawat kubur kak Elly".

"Kau bebas pergi kemana-mana lepas kau jadi isteri aku. Kita akan menikah esok. Jadi malam ni kau tidur awal".Terkejut Aira apabila Remy berkata begitu. Setidaknya berikan dia masa untuk berpikir apa keputusan yang dia lakukan ini betul atau salah.

Kalau dia dah menjadi isteri macam mana dia nak larikan diri, dan sejauh mana pun dia lari dia tak akan bebas.sebab ada ikatan yang mengikat nya. Lelaki dihadapan nya itu dipandang dengan teliti.

"Esok?? Kenapa cepat sangat. Kau patut bagi aku masa.....".

"Aku tak cukup masa untuk berikan kau masa. Aku just nak kahwin dan ada anak dengan kau. Kalau aku bagi kau masa. Dalam sekelip mata kau akan berubah pikiran bukan tu je silap silap kau akan larikan diri dari aku ".

Lelaki dihadapan nya itu seakan tahu membaca pemikiran nya. Seperti nya lepas ini jika dia mempunyai rancangan dia tak boleh simpan kat otak. Bahaya.

"Tapi tak perlu nak secepat macam ni kan".

"Perlu, sebab proses untuk baby dalam perut membesar ambil masa sembilan bulan. Dan kita tak tahu sama ada kau boleh mengandung ke tak. Itu je dah makan masa".

Kemaruk sangat nak anak ke lelaki ni. Dia kaya kan, boleh je dia ambik perempuan kat luar sana untuk mengandungkan anak dia. Tak perlu bersusah payah aku nak kene kahwin dengan dia.

"Kalau kau nak anak sangat kau pergi lah sewa pelacur kat luar sana. Dengan senang hati dia mengangkang untuk kau dan bagi kau anak". Berang Aira dibuatnya.

"Pelacur tak layak mengandungkan anak aku".

"Kau kaya, kau boleh je kahwin dengan mana-mana perempuan dan kahwin kemudian dapat anak. Tak perlu sampai aku kene kahwin dengan kau".

"Sebab aku nak kahwin dengan kau. Dan ada anak dengan kau".

"Alasan kau tak cukup kukuh untuk paksa aku kahwin".

"Ok, aku cintakan kau dan aku nak kahwin dengan kau. Asal kau tahu lepas kejadian hari tu. Aku selalu menahan diri daripada menyentuh kau lagi. Dan itu sangat menyiksakan. Setidaknya bila kau dah jadi isteri aku. Aku bebas untuk sentuh kau bila bila masa yang aku nak. Dan kau pun bebas untuk meminta aku puaskan kau bila bila masa yang kau mahu".

"Aku tak akan mintak benda tu kat kau, aku bukan gila sex macam kau".

"Sekarang mungkin kau akan cakap macam ni. Tapi nanti". Remy mendekatkan dirinya di telinga Aira dan berbisik "Bila kau tahu macam mana nikmatnya hubungan suami isteri tu aku yakin kau yang akan kemaruk".

Belum sempat Aira memukul Remy lelaki itu telah pun menahan tangan Aira.

"Tak ada guna nya kita bergaduh. Esok kau akan jadi isteri aku. Kau kene rehat secukupnya. Sebab bila gelaran kau dah berubah aku tak akan biarkan kau tidur lena setiap malam. Jadi malam ni kau kena tidur puas-puas".

Remy keluar dari bilik dan melihat bibik menunggu nya di luar. "Ada apa bik?".

"Tuan yakin dengan semua ini. Apa tuan yakin semua ini bakalan berhasil". Remy menarik bibik turun ke bawah. Perbincangan ini tidak seharusnya didengari oleh Aira.

"Aku yakin kalau dia sanggup lakukan apa sahaja untuk keluarga dia bik. Apatah lagi dia pikir mama nya betul betul gila".

"Tapi kan dia meminta supaya mama nya tinggal bersama nya setelah kalian menikah. Terus kakak nya gimana. Kamu itu kalau bicara gak ada pikir pikirnya. Seharusnya tidak sampai bilang kakak nya meninggal loh" Remy mengerutkan kening dan memandang bibik. Setahu Remy yang mula berkata begitu adalah wanita itu kenapa dirinya pula yang disalahkan

"Ehh bibik, siapa yang mula dulu bibik ke saya. Bibik yang mula cakap dulu. Patutnya bibik lah tanggung".

"Iya bibik kan hanya mahu ia kelihatan seperti real. Jadi karna itu bibik bilang kayak gitu. Gak nyangka bakalan jadi seperti ini".

"Apa yang bibik nak risaukan. Elly tak ada kat Malaysia. Aku dah hantar dia kat luar negara untuk rawatan jantung. Dan dia akan tetap ada kat sana sampai ada penderma jantung. Lagipun berkat bibik cakap macam tu, Aira sanggup kahwin dengan aku".

"Bibik senang jika kamu senang Remy. Setidaknya dengan menikahnya kalian nanti kamu bisa bukak pintu hati kamu untuk menerima Aira".

Terus hilang senyuman Remy apabila wanita itu berkata begitu. "Pekara tu tak akan terjadi bik. Tak ada yang boleh gantikan tempat Ai dihati aku". Remy terus berlalu dan meninggalkan bibik sendirian.

"Aira bibik merayu sama kamu, sama lah kita berdoa supaya Remy bisa membuka pintu hati nya untuk menerima Aira Ellyana. Dan bisa menerima kalau kamu udah tenang disana".

"Elly, macam mana keadaan Elly?". Mamanya bertanya apabila melihat anak nya sudah sedar.

"Kita kat mana ni mama?". Elly melihat keadaan sekeliling, ia berada didalam hospital tapi dia tak berapa familiar dengan hospital ni.

"Kita ada kat Landon sayang. Kita akan tinggal disini sementara El dapat penderma jantung".

"Macam mana?".

"Remy yang tanggung semua perbelanjaan kita kat sini".

"Kenapa dia tiba tiba berubah jadi baik hati sangat dengan kita. Dia tak akan senang-senang bermurah hati tanpa meminta sesuatu sebagai balasan". El tahu sangat sikap lelaki itu. Setiap yang dia lakukan pasti ada bayaran yang setimpal.

"Dia akan menikah dengan Aira. Dan mama terpaksa setuju demi kesembuhan El".

"Mama tak perlu korbankan Aira untuk El, Aira dah cukup tersiksa menjadi mangsa. Aira terpaksa tinggal dengan lelaki tak guna tu sebab hutang papa. Dan sekarang terpaksa menikah demi kesembuhan El".

"Patutnya mama biarkan je El mati...."

"Tengku Aira Ellyna! El sedar tak apa yang El cakap ni. El penah pikir ke perasaan mama. Kalau boleh mama nak anak anak mama.ada dengan mama macam tu. Kalau badan ni boleh dibelah dah lama mama pergi ke Aira. Pernah tak El faham macam mana perasaan seorang ibu bila terpaksa kehilangan anak".

"Aira masih hidup tapi mama tak dapat nak berjumpa dengan dia. Sedangkan kamu, kamu ada dekat dengan mama tapi kamu memilih mati dan pergi dari hidup mama".

"El tak maksudkan macam tu. El cuma kasihan kan Aira. Sampai bila dia nak menanggung semua ni".

"Mama yang silap, seharusnya mama biarkan korang bersama dulu. Mama yang halang korang bercinta dan itu yang buatkan Remy berdendam dengan kita. Tapi yang buat mama tak faham, kenapa dia nak sangat dengan Aira".

"Cakap pasal Aira buatkan mama teringat kejadian 2 tahun lepas. El tahu tak perempuan yang El tak sengaja terlanggar tu". Terus berubah pucat muka Elly.

"Mama bukan nak buat El takut, perempuan tu muka dia mirip sangat dengan Aira. Pada mulanya mama ingat itu Aira. Bila kami jumpa dokter, dokter kata nama dia Aira Qaisarah".

"Aira Qaisarah?"

"Hah Aira Qaisarah mama pun terkejut masa tahu nama dia. Kamu selalu jugak melawat dia. Papa rasa bersalah sangat sebab dia jadi macam tu. Papa berikan duit supaya dia sambungkan rawatan kat luar negara. Tapi dia tolak. Bukan saja lumpuh dia juga keguguran".

"Kami dapat jumpa dia seminggu je. Lepas tu dokter cakap keluarga dia dah bawa dia balik. Kami taj dapat nak cari alamat rumah dia".

Is It Love?Where stories live. Discover now