Why!! Why!! Why!! Tiap kali nk rest.. x nk update...ranking makin naik😒😒.. Jahat betul lah wattpad ngan sis😭😭😭.. Sudahnya update jugak..😆😆😆 kalau part ni pelik sorry tau..sis taip je...x de baca balik..kalo x ok nanti sis publish baru
Aira bertanyakan tentang keadaan Elly setelah pembedahan. "Kak Ell macam mana mama? Dia sihat ke? Aira rindu sangat-sangat ngan kak Ell".
"Kak Ell sihat, dia ada appointment hari ni".
"Ooo.. So kiranya mama datang dengan kak Ell lah?. Tapi mana kak Ell?". Aira mencari-cari kelibat Ellyna tapi tak ada.
"Kak Ell tak ikut ngan mama. Dia pergi dengan kawan dia". Aira hanya mengangguk dan mengiyakan.
Terus hilang mood Remy apabila terserempak dengan Ellyna tadi. Boleh pulak dia menghina Qaisarah, padahal Qaisarah dah berbaik hati memaafkan dia.
"Aiz sabar dengan semua ni sebab pikirkan Qai ngan Aira je. Kalau ikutkan hati Aiz dah lama Aiz tampar muka perempuan tu. Macam mana lah aku boleh tergila-gila kan dia dulu". Remy berjalan keluar ke hospital dan memandu kereta nya dengan laju.
Erry menghubungi Elly yang masih berdiri kaku di sana. Seakan tersedar Elly mengangkat panggilan telfon. "Hello".
"You kat mana? I tunggu you kat klinik pakar tak ada pun". Erry menipu Elly padahal dia masih memerhatikan wanita itu.
"I pergi tandas you tunggu je kat sana nanti i datang".
.....................3bulan kemudian..................
"Hari yang dinantikan Aira tiba juga. Akhirnya dia dapat keluar dari hospital. Dia gembira dan bersyukur tapi jauh disudut hati nya menyimpan perasaan sedih. Sedih dengan sikap Ellyna yang berubah tiba-tiba. Aira teringat kejadian tiga bulan lepas..
"Mama kalau dah habis jumpa Aira bagitau Ell, Ell tunggu kat kereta". Dengan nada menyampah dia berkata. Sedikit pun tidak dipandang wajah Aira yang teruja melihat Ellyna.
"Kak Ell!!! Aira rindu akak, sini lah masuk kak. Aira nak peluk akak". Teruja sangat Aira dapat melihat kakak nya. Tapi keterujaan tu hanya Aira saja yang rasakan, sedangkan Ellyna pula sebaliknya.
"Aira rindu sangat dengan Ell, Ell masuk lah dulu tengok Aira". Sebenarnya wanita itu tahu kalau Ellyna tak nak datang. Mamanya merayu berkali kali memohon supaya dia ikut melawat Aira. Kerana tiap kali mamanya datang melawat Aira akan sering tanya dimana Ellyna.
Dengan muka yang tak bersahabat dia masuk ke dalam bilik tu. Dan terpaksa mendekatkan diri nya pada Aira. "Ya Allah rindu nya Aira kat akak. Syukurlah akak dah sihat sekarang. Aira happy tengok akak dah sembuh".
"Terima kasih". Ellyna berkata sambil menarik kasar tangannya yang Aira pegang.
Melihat Ellyna yang menarik tangan dari genggaman nya, Aira hanya tersenyum paksa, tapi dalam hati dia tertanya-tanya kenapa dengan Ellyna.
"Mama...El keluar dulu lah. Tiba-tiba bilik ni rasa panas pulak. Mama cepat sikit, jangan lambat sangat kita banyak lagi tempat nak pergi". Ellyna berkata begitu apabila dia melihat Remy yang kebetulan masuk ke dalam bilik.
Aira pikir mungkin Ellyna masih marahkan Remy mengingatkan kalau mereka berdua dulu pernah bercinta.
Wanita itu berang dengan sikap Ellyna, dia mengikuti Ellyna keluar dalam bilik dan menarik tangan Ellyna. "Kenapa El kurang ajar sangat hah!! Adik El sakit tau tak, tak kesian ke kat dia".
"Buat apa nak kesian kan dia. Dia bukan nya adik El".
"Walaupun dia bukan adik El tapi dia tinggal dengan kita dari lahir lagi. Dia anggap El macam kakak dia sendiri. Kot iya pun El benci kan dia jangan lah tunjukkan sangat kebencian tu. Aira tak pernah bencikan El dan dia tak salah".
"Beg siapa ni?". Remy yang hendak duduk dikerusi, menjadi pelik apabila melihat ada beg tangan disitu.
"Beg mama tu, bagi Aira biar Aira bagi kat mama. Mama tak jauh lagi". Jawab Aira dengan bersungguh-sungguh.
"Aira?? Nak hantar beg ni?? Ai ingat Aiz nak bagi ke Ai turun dari katil tu. Tak apa biar Aiz yang hantar". Remy hendak berjalan tapi tangan nya dipegang oleh Aira. "Please Aiz kali ni je. Aira nak minta maafkat kak Elly mungkin dia rasa tak selesa sebab Aiz ada tadi".
Aiz hanya menjawab sepatah tanda mengizinkan Aira pergi jumpa dengan mama nya. Aira berjalan dengan perlahan-lahan. Sampai sahaja didepan pintu pergerakkan nya terhenti apabila mendengar suara mama dan Ellyna
"Mama tak sudah-sudah nak bela Aira, dari dulu lagi mama memang suka lebihkan Aira. Mama suruh El masuk dalam tu tengok keadaan dia. Mama ada pikir tak perasaan El. Perasaan benci El pada dia makin bertambah bila tengok dia bahagia dengan Remy".
"El kata El tak sukakan Remy. Kenapa El nak benci pulak. El patut bahagia tengok Aira bahagia. Dah macam-macam Aira lakukan untuk kita. Kenang kan lah jasa Aira".
"Mama tak perlu nak berpura lah. Mama selama ni sayangkan dia sebab dia anak kepada.....".
"Cukup Ell!! El patutnya rasa bersyukur sebab El diberi peluang untuk hidup dengan jantung baru. Sedangkan Aira? Bila-bila masa je dia boleh meninggal. Adik kamu sakit teruk El, setidaknya bagi lah dia kenangan yang manis untuk dia kenang sebelum dia pergi".
"Dia hidup ke tidak tak ada makna nya buat El. Bagi El dia perampas kebahagian El macam Qaisarah. Dia dan Qaisarah sama je....perampas..sampai bila pun El tak akan sayangkan dia macam adik El. Sebab dia bukan adik El, dia anak pungut!!".
Aira tergamam dengan apa yang dia dengar. Tak lama El berkata begitu Aira terdengar bunyi tamparan yang kuat. "Hati Aira lebih mulia dari hati kamu. Hati kamu penuh dendam dan busuk. Dosa silam mama yang buatkan mama dapat anak macam kamu ni".
"Aiz harap Aira sabar dengan perangai perempuan tu. Jangan ambil hati sangat dengan kata-kata perempuan gila tu".
Aira hanya tersenyum melihat Remy yang terbawa emosi. "Aiz suruh Aira sabar tapi Aiz yang terbawa emosi kenapa?".Aira berkata dengan nada ketawa.
"Aiz tak boleh terima dengan apa yang dia buat. Patut nya dulu Aiz tak....".
"Aiz....please jangan mengungkit, Aira nak Aiz ikhlas bantu kak El, dia ada hak nak marah biarlah dia Aiz, Aira malas nak serabutkan kepala dengan benda-benda kecil tu. Sebab Aira ada benda penting yang Aira nak kene jaga dan perlukan perhatian Aira sepenuh masa. Aiz nak tahu tak?".
"Apa dia benda penting tu?".
"Pertama...tentu lah suami Aira ni..Aira kena jaga abang sado Aira ni elok-elok, nanti bila Aira dah tak ada Aiz tak ada lah lupakan Aira. Kalau boleh Aira nak bila Aira tak ada nanti, akan ingat kenangan yang pernah kita lalui. Cari mama yang baik untuk anak kita"....
"Aira....".
"Aira belum habis cakap lagi.Aiz drive elok-elok jangan menyampuk haha".
"Yang ke dua anak kita. Aira kene pastikan anak kita lahir dalam keadaan yang selamat". Aira memegang perutnya yang sudah kelihatan. Jadi anak yang baik bila mama tak ada nanti. Mama minta maaf sebab tak dapat jaga sayang bila.sayang lahir nanti. Jangan jadi macam mama, jangan susahkan papa.
Aira memandang muka Remy tanpa berkelip. "Kenapa sayang pandang abang macam tu. Tau lah abang hensem".
"Hensem sangat laki Aira ni. Aira pandang sebab Aira nak sematkan dalam ingatan Aira muka Aiz. Bila.Aira tak ada nanti.....".
"Aira tolong jangan cakap benda tu lagi...in shaa Allah tak ada yang mustahil. Aiz yakin Allah akan bantu kita. Aira akan selamat lahirkan anak kita".
"Aiz sendiri tahukan cuma 5% je kemungkinan untuk Aira selamat lahirkan anak kita".
"Aiz tetap yakin pada Allah. Kita kena berusaha sampai ke akhir. Lagipun Aiz bersyukur sangat Aira dapat keluar hospital hari ni. Dokter pun kata Aira jangan patah semangat".
YOU ARE READING
Is It Love?
عاطفيةSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...