Sis ingat nak restkan mata ngan kepala.. Jadi untuk sementara tak nak post apa2 tapi bila nak restkan mata tetiba tngok cerita ni masuk ke dalam ranking romance.. #14 in Romance..\( ̄▽ ̄;)/ .. Jahat wattpad ni hahaha..Hahaha terus tak jadi nak rest... Amek ko sampai 1500 lebih patah perkataan..nampak tak excited nye tu..😂😂😂😂
Makan malam berlalu dengan sunyi. Remy dan bibik banyak memdiamkan diri hanya Aira sahaja yang banyak bersuara. Keesokkan hari nya, Aira hairan apabila melihat Remy masih ada dirumah padahal jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi.
"Aiz tak kerja ke? Dah pukul 10 dah ni". Aira bertanya pada lelaki itu.
"Aiz hari ni cuti, Aiz nak pergi jumpa kawan. Aira nak ikut tak?". Remy sejak Aira keluar dari hospital kemana dia pergi pasti akan dibawa Aira.
"Malas lah, Aira nak tolong bibik kat rumah". Remy hanya mengangguk dan memperingatkan Aira..."Aira jangan buat kerja berat-berat. Ingat baby kat dalam perut tu".
"Ok papa...mama dan baby faham". Aira berdiri tegak macam askar tangan nya diletakkan didahi. Remy mencubit manja hidung Aira. "Comel".
"Aiz pergi dulu. Ingat tau pesan Aiz tau".
"Yer...tau...pergi lah kang lambat". Aira melambai kepergian Remy.
"Baby tahu tak papa nak pergi mana? Mama nak ikut tapi mama rasa macam tak berapa nak sihat. Mama tak nak papa risau. Kita masak dengan bibik nak tak". Aira bercakap dengan perut nya.
Didalam kereta Remy menghubungi seseorang. "Aunty kat mana. Faiz tengah on the way ni". Setelah wanita itu kata dimana tempat mereka akan jumpa Remy terus mematikan panggilan.
Setelah sampai ke tempat yang dimaksudkan Remy mencari-cari kelibat wanita yang hendak dia jumpa. Setelah nampak wanita itu Remy pergi ke arag wanita itu dan meminta maaf atas kelewatan nya.
"Maaf sebab minta aunty balik Malaysia dengan terburu-buru". Sehari lepas Aira dimasukkan ke hospital Remy menghubungi wanita itu memintanya supaya pulang ke Malaysia dengan secepat mungkin.
"Tak apa, lagipun aunty nak ucap terima kasih sebab tolong carikan penderma jantung untuk Ellyna. Ohh ya bila aunty boleh jumpa Aira. Aunty rindu sangat dengan Aira". Hampir 2 bulan dia tak berjumpa dengan Aira. Seminggu lepas Aira balik Malaysia, Aira terus tinggal dengan lelaki yang ada dihadapan nya.
"Saya datang nak jumpa aunty sebab nak bincangkan pasal Aira. Aunty tau kan saya dengan Aira dah menikah". Wanita itu hanya mengangguk.
"Aira sekarang tengah mengandung". Wanita itu teruja dengan berita yang disampaikan. Tak sangka kalau dirinya akan menjadi nenek. Dan mempunyai cucu. Tapi kegembiraan wanita itu hanya sementara selepas dia mendengar berita yang Remy sampai kan setelah itu berubah air muka wanita itu.
"Maksud Remy?".
"Aira ada masalah tekanan darah rendah yang kronik. Bukan itu saja dia juga mengalami thrombocytopenia".
"Thrombocytopenia?". Remy tahu kalau wanita itu tak faham apa maksud thrombocytopenia. Dia sendiri pun baru tahu nama penyakit tu.
"Thrombocytopenia atau bahasa biasa orang panggil bacaan platelet yang rendah. Itu yang bahaya Aira tak boleh jatuh atau terlanggar apa-apa. Sikit je dia terhantuk badan dia akan lebam atau lebih teruk terus jadi pendarahan. Faiz dah cuba untuk halang dia keluar dari hospital tapi aunty lebih kenal anak aunty macam mana kan. Dengan sikap keras kepala dia Faiz terpaksa turutkan juga".
"Terus apa kene mengena penyakit tu dengan kandungan Aira?".
"Dokter sarankan supaya Aira gugurkan kandungan untuk selamatkan nyawa nya. Tapi Aira tak nak, dia berdegil nak kan anak tu. Dan dokter tak yakin kalau Aira boleh bertahan sampai kandungan dia sembilan bulan".
YOU ARE READING
Is It Love?
RomanceSiapa sangka kerana hutang Tengku Aira Ellyana boleh terperangkap ke dalam dunia gelap seorang lelaki.. Dan kemiripan wajah Aira Ellyana membuatkan Remy merasakan seperti melihat arwah isterinya yang telah meninggal. Sis tak pandai buat sinopsis...