part 13

10K 414 26
                                    


Sebelum baca sis mk mntk maaf.. Sebab part ni merapu sikit. Bagi sis lah x tau lah kalo bagi korang.. Sbb kepala.tngah sakit.

Aira bangun dan merasa sakit dikepala nya. Dia cuba menyentuh dahinya dan rasa sakit yang teramat membuatkan dia membatalkan niatnya. Aira cuba berdiri tetapi kepala nya rasa macam nak pitam. Sudahnya dia duduk kembali.

Bibik masuk ke dalam bilik dan membawa makanan. Aira hanya memerhatikan gerak geri wanita itu. Aira pelik kenapa bibik buat muka seperti itu. "Ini makanan nya non". Lepas berkata seperti itu bibik terus keluar.

Aira memandang makanan itu. Saat itu tekak nya langsung tidak ada selera untuk menjamu apa apa makanan. Aira teringatkan apa yang telah terjadi. Betulkah apa yang dikatakan Remy tentang papa nya. Atau Remy mungkin salah faham.

Cakap pasal Remy kemana perginya lelaki itu. Selalu nya waktu waktu macam ni dia dah ada tercogok kat depan mata. Aira memandang jam menunjukkan pukul 9 malam. Terkejut dia tak sangka lama sangat dia pingsan.

Keesokkan nya Aira bangun dan melihat Remy seperti terburu-buru keluar rumah. Aira hairan kenapa dengan lelaki itu. "Nona ini makanan nya?".

"Bibik marah dengan saya ke?".

"Gak ada".

"Terus.kenapa bibik dah tak nak bercakap dengan saya".

"Dihabisin makanan nya sementara masih hangat. Permisi".

...............€............

Hampir seminggu Aira tak melihat Remy. Lelaki itu seakan mengelak dari berjumpa dengan nya. Bibik pula banyak mendiamkan diri. Bila Aira tanya bibik hanya menjawab tiada apa apa. Jujur dia kata kalau dia merasa bosan. Selalu nya lelaki itu selalu mengganggu hidupnya. Tapi bila keadaan jadi macam ni dia merasa kehilangan.

Aira berjalan keluar dari bilik. Dan turun ke bawah. Tak sangka Aira kalau rumah lelaki itu begitu besar. Aira mencari cari kelibat bibik dan Remy tetapi tak ada. Saat Aira hendak naik ke atas tanpa sengaja dia terdengar suara orang berbual bual.

Aira mencuri dengar perbualan mereka. Kedengaran seperti suara bibik dan Remy. "Sampai kapan kamu mau mengurung dia di sini. Jika kamu mulai sayang padanya seharusnya kamu melakukan dia dengan selayaknya. Bukan dengan cara kayak gini".

"Saya tak pernah sukakan dia bik. Semua ni hanya untuk membalas perbuatan keluarga dia. Dalam hati saya tak terlintas pun nak jatuh hati dengan dia".

"Dendam. Apa kamu masih belum puas dengan dendam kamu. Apa masih belum cukup Aira kehilangan papa nya. Dan sekarang dia udah kehilangan kakaknya ibunya pula sekarang menjadi kurang siuman kerana terpukul dengan kejadian yang menimpa anaknya.a Apa masih belum cukup semua itu buat kamu".

Aira berundur ke belakang dan tanpa sengaja terlanggar pasu. Pasu yang jatuh itu telah menarik perhatian Remy dan bibik. "Aira". Bibik terkejut melihat Aira diluar.

"Kakak dah tak ada. Apa maksudnya. Bagitahu aku Remy mana perginya kakak aku".

"Kakak kau meninggal sebab jantung dia terlalu lemah sangat. Berita tu buatkan mama kau terkejut dan dia ada kat hospital bahagia sekarang ni".

"Bila kakak meninggal?".

"Dah seminggu". Dengan selamba dia menjawab tanpa perasaan

Aira tak dapat nak tahan perasaan nya. Jatuh terduduk ke lantai sambil menangis terisak isak. "Kau jahat Remy kau kejam. Puas dah sekarang hati kau. Atau kau nak aku pulak yang mati baru puas hati kau".

"Tentu kau gembira kan. Pucuk dicipta ulam mendatang. Aku dah tak ada apa apa lagi Remy aku dah hilang semua nya disebabkan perbuatan kau. Dendam kau buat aku kehilangan semua nya".

"Nona Aira jangan kayak gini. Nona masih belum sembuh". Aira menepis tangan bibik yang cuba memapah nya.

"Jangan sentuh aku. Kau dengan lelaki ni sama je bersubahat. Pura pura baik depan aku padahal kau pun berdendam macam dia".

"Kau benci aku just benci kan aku je. Tapi jangan pernah libatkan bibik. Bibik tak ada kene mengena dalam hal ni. Bibik sayangkan kau macam anak sendiri".

"Habis tu macam mana dengan aku. Kau benci keluarga aku tapi kau libatkan aku dalam dendam kau. Sedangkan aku tak ada kene mengena pun dalam hal ni".

"Aku dengan keluarga kau berbeza antara kau dan bibik".

"Beza? Apa yang berbeza. Ohh bibik hanya lah bibik dan aku adalah adik kepada perempuan yang kau benci". Aira bangun dan hendak berjalam keluar tapi suara Remy membuatkan langkah nya terhenti.

"Kau tak boleh keluar dari rumah ni selagi kau belum berikan aku anak". Bibik dan Aira sama terkejut.

"Kau ingat aku perempuan apa hah. Aku tak nak mengandungkan anak kau. Apatah lagi anak luar nikah".

"Kalau macam tu kita kawin".

"Kau gila. Aku tak nak kahwin dengan lelaki gila macam kau". Dengan cepat Aira membangkang.

Remy menghubungi seseorang. Dan berkata. "Keluarkan perempuan gila tu dari hospital. Dan biarkan dia tinggal di tepi jalan. Blacklist kan nama dia untuk semua hospital. Biar dia mati sebab tak dapat rawatan".

"Jangan pernah libatkan mama".

"Keputusan kat tangan kau. Kau yang menentukan nasib mama kau saat ni".

"Aku....setuju menikah dengan kau. Dengan syarat mama tinggal kat rumah ni!" Aira menekankan setiap kata katanya.

"Kita kahwin dan aku akan pastikan mama kau dpat rawatan yang terbaik. Dan dia akan tinggal dengan kita".

"Selagi kau berpegang pada janji kau. Aku akan berpegang pada janji aku". Setelah berkata begitu Aira naik ke atas.

"Kamu udah gila atau apa Remy. Apa kamu pikir pernikahan ini satu permainan. Kamu mempermainkan ikatan suci. Kamu mempermainkan perasaan Aira".

"Aku tak nak kehilangan Aira bik".

"Iya. Kamu takut kehilangan Aira. Tapi bukan Aira Ellyana kamu cuma takut kehilangan Aira Qaisarah. Sadar lah Remy. Sampai kapan pun dia gak bakalan menjadi seperti yang kamu mahu".

"Setidaknya dia.ada dekat dengan aku bik".

"Semakin hari kamu semakin gila. Semakin obses untuk menjadikan dia seperti Aira Qaisarah. Pecaya lah kamu hanya membuat diri mu dan Aira makin terluka. Bibik tahu jauh di sudut hati kamu, kamu udah mula mencintai dia. Tapi kamu menolak perasaan itu kamu menolak perasaan yang datang dari hati kamu kerana kamu tidak mahu dan tidak pernah cuba untuk membuka pintu hati kamu untuk Aira Ellyana"

"Aira juga ingin melihat kamu gembira. Melihat kamu seperti ini membuatkan dia disana tidak tenang Remy apa kamu tidak kasihan sama Aira".

"Aku terlalu sayangkan dia terlalu cinta sama dia bahkan tiap hari aku merindui dia tapi aku gak bisa ketemu sama dia kerana kita berada di dunia yang berbeda kehadiran wanita itu membuat aku merasakan seperti melihat isteriku yang berada di sisiku".

"Terserah bik nak pikir aku gila atau apa. Sejak Aira meninggal aku dah jadi gila bik".

Is It Love?Where stories live. Discover now