Jam locengku mula berbunyi menunjukkan jam sudahpun berada pada pukul 6:00 pagi. Aku bangun dari tidurku lalu mencapai tuala menuju ke bilik air. Harini hari yang agak mendung. Angin yang agak nyaman bertiup dengan nyaman sekali. Matahari yang mula terbit pada pagi ini agak menyenangkan aku. Terbit tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung. Angin yang bergerak seiiring dengan cahaya matahari amat menyamankan diriku.
Ia amat ajaib...
"Hana! Kau dengar ke tak ni?" suara itu membuatkan aku terjaga dari lamunan ku tadi. Aku memandang ke arah empunya suara itu.
Lyn...
"Kau ni ok ke tak hah? Termenung je aku tengok dari tadi sampai kami panggil pun tak perasan.
"Aku ok... Sejak bila korang ada dekat sini?" Tanyaku tersenyum apabila melihat kawan - kawanku ini.
"Haa... Tengok. Kita yang dah lama dekat sini pon dia tak sedar?!" perli Lyn kepadaku. Rosé yang ada disebelah Lyn hanya mampu tersenyum.
"Hihihi... Mian aku tak perasan... Ni mana Joon, Hyuni dengan si Kei ni? Tak nampak batang hidung pon," kataku sambil tersengih malu. Nampak sangat aku ni tengah mengelamun tadi.
"Ouh... Diorang tu pergi kantin sekejap, sarapan... Yang kau ni buat apa dekat sini?" kata Rosé lalu mendekatiku dan duduk di bangku bersebelahan denganku.
"Aku saja restkan minda..." jawabku ringkas sambil menanyangkan muka selamba.
"Ooo..." kata mereka berdua serentak. Membulat mulut diorang.
"Kajja, palli kita masuk kelas nanti sosaengnim marah pulak," ajak Lyn lalu mula berjalan meninggalkan ku.
"Kau ada masalah ke? Kalau ada bagitau lah," kata Rosé kepadaku. Aku hanya tersenyum manis kepadanya sebelum menggeleng.
"Gwaenchana.." kataku lalu memeluk erat Rosé sehingga masuk ke kelas.
~~~
Entah kenapa fikiranku sekarang melayang entah kemana. Aku sedaya upaya menumpukan perhatian pada pembelajaran yang berlangsung sekarang ini namun gagal. Aku teringatkan...
Jungkook...
Entah kenapa... Aku harap sangat dia sihat harini. Entah kenapa aku nak sangat tolong dia untuk berjaya. Yeah... Aku tahu dulu dia merupakan pelajar yang cemerlang. Tapi sekarang, prestasi dia semakin menurun akibat kelakuannya yang jarang ke sekolah. Kenapa eh agaknya dia jadi macam tu? Dia ada masalah ke? Nak kata tu hobi dia takkan lah... Aku syak dia ada masalah lah. Tapi masalah apa? And betul ke? Haish... Otak aku serabut jadinya.
"Kim Hana... Are you ok?" kata - kata Miss Suzy membuatkan aku tersentak. Manusia lain yang berada di dalam kelas ini sekarang semuanya memandangku ibarat aku melakukan kesalahan membunuh orang dah. Aku hanya menganggukkan kepada tanda ok kepada Miss Suzy meskipun hakikatnya tidak.
Pembelajaran Mathematic berjalan seperti biasa sehinggalah Miss Suzy keluar dari kelasku apabila masa pembelajarannya sudah tamat. Lyn dan Rosé yang duduk disebelahku kini menumpukan perhatian memandangku. Menyedari aktiviti mereka itu, aku yang tadi sedang menyusun buku yang berselerakkan di atas mejaku mula bersuara.
"Bwo?!" aku memandang mereka dengan penuh pelik. Dah kenapa pandang aku ni?
"Eh... Mana si Jungkook kau tu eh? Kau tak tanya dia ke yang dia datang ke tak harini?" tanya Lyn dengan sedikit perli plus excited manakala Rosé yang berada disebelahku hanya menunggu jawapan ku.
"Waeyo?" sekali lagi aku memandang mereka dengan pelik. Dah kenapa sebok pasal Jungkook ni pulak. Tanpa disedari, sedikit rasa kurang suka mula menyerbuku.
"Yelah... Kau tak tahu ke dia datang ke tak harini," kini giliran Rosé pula bersuara. Aku hanya memandang mereka dengan muka menyampah. Entah kenapa hati aku tak suka bila ada orang nak ambik tahu jugak pasal Jungkook ni even kawan - kawan aku sendiri.
"Korang rasa?" balasku lalu memandang mereka sekilas sebelum kembali melemparkan pandanganku memandang koridor di luar kelasku ini.
"Aku rasa dia tak datang sebab semalam pon dia tak datang. Eleh... Si Jungkook ni bukan rajin sangat nak datang sekolah," perli Lyn. Aku yang mendangar perlian si Lyn itu hanya mampu tersenyum sinis kepadanya. Kini giliran mereka berdua pula memandangku pelik.
"Korang ni tak habis - habis pandang buruk dekat orang. Tak semestinya dia tak datang sekolah sebab dia malas. Mungkin dia ada sebab lain," kataku selamba lalu mengbackup Jungkook.
"Huh?" kata Rosé yang mula pening dengan apa yang aku sampaikan tadi. Dia memandangku dengan dahi berkerut. Begitu jugak Lyn.
"Jungkook demam panas lah. Haish... yang kita ni main tuduh je bukan - bukan dekat dia," kataku dengan nada sedikit serba salah dan sedih. Lyn dan Rosé hanya mampu tertunduk bersalah.
"Tapi dia kata kalau dia dah sihat maybe dia akan datang sekolah harini. Kita tunggu je lah lagipun dia memang datang sekolah lambat kan," kataku lagi. Lyn dan Rosé hanya dapat menganggukkan kepala dan terdiam. Rasa serba salah mula menyelubungi mereka.
Aku kembali memandang kosong ke luar kelas.
"Aku harap Jungkook cepat sembuh," kataku perlahan di dalam hati. Rasa sedih mula menyelubungiku.
Tiba - tiba aku terdengar satu tapak kaki yang datang dari arah anak tangga yang terdapat di tangga yang berhadapan dengan kelasku ini. Seperti seseorang mendaki anak tangga tersebut. Aku terus memerhatikan tangga tersebut sehinggalah satu figura yang amat ku kenali muncul.
Jungkook...
Mood sedihku tadi mula bertukar gembira. Aku gembira melihatnya. Adakah dia sudah sihat? Tanpa ku sedari, satu senyuman mula terukir dibibirku. Aku melihatnya sehinggalah dia hilang dari pandanganku apabila dia sudahpun memasuki kelasnya iaitu kelas sebelah.
Serta merta diriku menjadi gembira. Lyn dan Rosé tidak menyedari kehadiran Jungkook itu kerana mereka sibuk berbual dengan Jisoo.
Tetapi kegembiraanku mula bertukar dengan rasa gementar apabila aku teringatkan sesuatu. Aku teringat yang aku ada berjanji dengan Jungkook yang aku akan berjumpa dengannya sekiranya dia datang sekolah harini. And now dia datang.
Perlukah aku berjumpa dengannya?
Ataupun...
Memungkiri sahaja janji tersebut?
Tapi....
Vote and comment ✌
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story