Kami mendekati Hoseok yang sedang kusyuk membuat kerja sekolah. Aiskrim yang Jungkook suruh bagi kepada Hoseok ku hulurkan. Dia memandangku lalu tersenyum.
"Ni bukan aku yang beli, tapi Jungkook," kataku lalu duduk disebelahnya kembali. Dia memandangku sebelum mula memandang Jungkook.
"Gomawo," ucapnya perlahan.
Dia kembali membuat kerja sekolahnya. Aku hanya memerhatikannya sahaja. Kerja mengemas kembali kertas serta buku aku terhenti apabila aku terpandang Jungkook yang sudahpun menggalas beg.
"Jungkook! Kau nak pergi mana?" Tanyaku kepada Jungkook.
"Balik," jawabnya sepatah dengan nada mendatar. Aku nampak Hoseok mula memandang ke arahnya.
"Aku ada hal. Annyeong!" Kata Jungkook lagi sebelum mula melangkah pergi meninggalkan kami berdua yang masih dalam kebingungan ini.
Pelik!
~~~
Aku membuka WhatsApp. Mesej diterima tanpa henti sejak aku tidak membuka telefon dari pagi tadi sampailah ke malam. Tapi bukan mesej tu yang aku cari. Nama Jungkook ku cari lalu dihantar satu mesej kepadanya.
Me
Jungkook. Are you ok?Aku menunggu beberapa minit tapi still tak berbalas. Kenapa dengan dia ni?
Ting! Mesej masuk.
Jungkook
Wae? Aku ok je 😅😂Me
Habis tu tadi... pasal
tiba2 kau balik tu?Jungkook
Aku memang ada halMe
Ouh... tapi mian sebab
sepatutnya harini kita
siapkan pasal History tu,
tapi tiba2 Hoseok ada pulakJungkook
Tak apa. Lagipon bukan
penting pon pasal tu hahaha.
Malas ahMe
Eleh... malas je tauJungkook
Tak apa esok ada.
Aku akan pastikan
Hoseok tak ada 😂Me
Asal pulak kalau ada
Hoseok?Jungkook
Dia kan ada banyak
kawan. So buat apa nak
tolong lagi?Aikk? Pulak? Dah kenapa pulak. Kalau aku perasan, tadi dekat sekolah pon dia ulang ayat yang sama jugak.
Me
Tapi Hoseok kan
chingu kita jugak en?Jungkook
Chingu kau. Not meKenapa ni? Aku tak faham mengapa apakah ini?
Me
Huh? Why?Jungkook
I need to go. Jalja!And guess what? Dia offline macam tu je. What?! Dia ni ada masalah dengan Hoseok ke? Hoseok bukankah kawan dia ke? Asal dia cakap macam tu?
JUNGKOOK POV
Aku menutup telefon selepas menghantar mesej kepada Hana. Menyampah pulak aku bila bincangkan pasal bab - bab yang aku tak suka.
Bukan tak suka, menyampah.
Habis sahaja kerja yang perlu aku selesaikan, aku mula melangkah masuk ke dalam rumah.
Gelap macam biasa.
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story