bab 21

136 13 2
                                    

Aku membuka mataku. Aku lihat kini dia sedang gelakkanku. And yang paling gempak. Dia simpah aku?!

What?!

"Sengaja eh kau!" Kataku lalu menyimpahnya kembali.

"Tak guna!" Aku disimbah.

Dan bermulalah kisah simbah menyimpah hinggakan kami penat. Kami mula memandang sesama sendiri lalu ketawa. Lawak pulak fikir. Dah macam pesta air dibuatnya kami.

"Huh penatlah..." adunya.

"Kau ah yang mulakan," kataku kembali.

"Eh kata kita pulak. Kau ah!" Katanya itu membuatkan kami tergelak seketika.

"Dahlah jom kita kemas," kataku kemudiannya mula mengemas tempat itu menjadi bersih, cantik dan wangi.

Kami mula berpandangan sesama sendiri dari luar tandas.

"Dah boleh jadi cleaner dah kita lepas ni," katanya kemudiannya kami kembali gelak. Sakit perut aku asyik ketawa je dari tadi.

Pintu tandas tadi dia kunci dengan mangga sebelum kami mula berlalu dari situ. Tapi tanganku ditariknya menyebabkan blazer yang ku pegang hampir terjatuh daripada genggamanku. Aku memandangnya dengan kening dijongketkan sebelah.

"Wae?"

"Tu baju awak tu... basah. Tak nak tukar ke?" Tanya Jungkook sambil memandang bajuku yang sudahpun basah. Rimas dengan pandangannya, aku menarik tangannya cepat - cepat ke loker. Baju spareku diambil dan menuju ke bilik persalinan perempuan.

Alamak! Berkunci!

Sedar tak Hana bahawa anda sudahpun berada disekolah sehari suntuk.

Aku mahu ke loker semula tetapi seseorang memanggilku dari belakang. Aku menoleh.

"Nak pergi mana Hana? Awak tak tukar baju lagi?" Tanya Jungkook hairan melihatku membawa baju spare itu kembali ke loker.

"Ermm... bilik persalinan perempuan... kunci," jelasku. Redha.

"Habis tu takkan awak balik dengan baju basah macam ni?"

"Tak apa nanti keringlah tu," kataku lalu tersengih kepadanya. Habis tu nak buat macam mana lagi dah? Berkunci pulak.

"Haih kau ni... jom!" Ajaknya. Aku mengangkat sebelah kening.

"Ni bilik persalinan lelaki ah! Tak nak ah!" Kataku mahu pergi. Tapi dia menahanku.

"Takkan lah kau nak balik dengan basah kuyup ni? Dah dah aku teman. Jom!" Katanya lalu menyuruhku masuk. Nak tak nak aku kena jugaklah tukar baju. Betul jugak kata dia tu, takkan aku nak balik basah macam ni. Gila ke apa.

Aku meletakkan blazerku di atas bangku yang ada disitu bersama telefonku serta begku. Baru sahaja aku nak masuk salah satu daripada bilik persalinan itu, aku perasan Jungkook mengikutiku.

"Awak nak buat apa hah?!" Aku memandangnya. Diriku mula dijauhi daripadanya.

"Buat apa pulak? Nak jaga pintulah. Kang kejap nanti ada orang bukak ke macam mana?" Jelasnya. Aku memandangnya dengan muka tak percaya. Dia mengangguk seperti memahami apa di dalam hatiku.

Dengan kepercayaan yang ada, aku menutup pintu sebelum menukar apa yang patut. Kadang kala aku jerit juga kepada Jungkook. Takut jugak kalau dia lari tinggalkan aku kang kejap lagi datang sesiapa ganggu aku ke apa. Kan bahaya.

"Jungkook! Awak masih dekat situ en?" Jeritku dari dalam apabila menyedari Jungkook sudahpun diam.

"Nae! Wae?"

Silent || JJKWhere stories live. Discover now