"Bye aku balik dulu tau!"
Aku mula melangkah keluar daripada kelasku dengan hati girang. You alls nak tau kenapa? Harini cikgu Dongwook tak datang guys!
Memang parti ah harini. Ramai gila cikgu tak datang sebab ada khursus apa tah. Malas aku nak ambik tau. Yang penting harini aku boleh tidur dengan nyenyaknya.
Baru sahaja aku mahu keluar dari kelas, aku dudah nampak Hoseok sudah tersengih menungguku. Segera aku menapak ke arahnya.
"Ermm dah lama ke tunggu?" Tanyaku kepadanya. Dia menggeleng sambil tersenyum.
"Tak lah... baru lagi," balasnya. Aku hanya mampu menghembus nafas lega. Aku ni bukan jenis orang yang suka buat orang menunggu.
"Mana Jungkook?" Tanyaku kepadanya lagi apabila melihat dia hanya keseorangan disitu. Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu. Aku intai sedikit ke dalam kelas Jungkook.
Dah kosong.
Mana pulak budak ni? Kata nak balik sama - sama tadi.
"Tak ada lah... kau ada nampak dia tadi?" Tanyaku lagi. Hoseok menggeleng.
"Waktu aku datang dekat sini tadi, kelas dia memang dah kosong..." jelasnya. Aku memandangnya dengan riak tak percaya apa yang dia cakapkan tadi.
"Ermm tak apa lah kalau Jungkook tak ada, Hana... kita berdua jelah. Kajja balik," katanya sebelum tersenyum lagi kepadaku. Aku hanya mengangguk sebelum melangkah menuruni anak tangga. Aku hanya diam memikirkan Jungkook. Bukan memikirkan dia, mengutuk dia. Tak guna blah macam tu je! Bukan nak tunggu.
"Lagipun kalau tak ada Jungkook, jimat sikit duit aku," katanya lalu tergelak membuatkan aku turut serta bergelak ketawa dengannya sekali.
"Dia tu tadi kata nak balik sama - sama, last last dia yang hilang dulu," kataku menyuarakan ketidakpuasan hati.
"Haih biar lah dia tu. Nanti kita boleh lepak mana - mana yang best sikit kalau dia tak ada en?" Kata Hoseok. Aku hanya tergelak.
"Habis tu kalau dia ada tak boleh lah makan dekat tempat best?" Tanyaku. Dia menggeleng.
"Tak boleh! Dia tu makan banyak," kata - kata Hoseok tadi membuatkan kami berdua gelak terbahak - bahak.
Sampaikan kami tak sedar yang ada telinga yang mendengar.
"Mengutuk aku ye?!" Kami berdua yang terkejut dengan suara yang datang tiba - tiba itu mula memusingkan badan ke belakang. Terdiam terus kami.
"Wesh... korang berdua bhaii... ada apa - apa ke ni?" Tuduhan Jungkook itu membuatkan aku dan Hoseok berpandangan. Berkerut dahi kami sebelum kami mula memandang ke arah Jungkook semula.
Tiba - tiba aku dengar ada bunyi ketukkan. Kepala Jungkook kena ketuk dengan Hoseok.
"Banana mu! Dah kenapa kau ni? Nak buat lawak apa weh Jungkook?!" Marahnya kepada Jungkook membuatkan aku hanya tergelak melihat gelagat mereka berdua. Jungkook mengusap kepalanya yang sakit itu.
"Hah kau, Jungkook. Mana kau hilang eh? Kami cari kau lepas tu kami pulak dituduh dengan tuduhan tak bernas kau tu," Tanya Hoseok dengan nada tidak puas hati. Jungkook mula memandang Hoseok dengan muka menyampah. Eh eh dia ni, dah memang salah dia en?
"Aku pergi tandas lah tadi. Dah sakit perut gila kau fikir sempat nak tunggu kau?" Balas Jungkook. Hoseok masih memandang Jungkook dengan muka tak puas hati.
"Kalau kau tak ikutkan senang," kata Hoseok. Aku memandangnya manakala Jungkook masih memandangnya dengan muka tak puas hati.
"Eleh kau yang tak diundang. Sebok je!" Kata Jungkook dengan nada tak puas hati. Aku memandang mereka berdua. Entah kenapa aku rasa macam aku ni tunggul dekat sini yang diabaikan untuk melihat gelagat mereka berdua ni je.
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story