bab 12

248 27 0
                                    

"Nak tanya sikit boleh?" tanyaku perlahan. Dia mula mendongakkan kepalanya melihatku. Dia hanya tersenyum kecil.

"Ermm... Awak kawan Jungkook kan?" tanyaku dengan teragak - agak. Takut jugak sekiranya dia tersedak aiskrim ke apa disebabkan soalan aku secara tiba - tiba ni.

Seperti yang aku jangka, dia agak terkejut dengan soalan ku tadi namun tak lah sampai tersedak bagai tu... Matanya membulat tanda tidak sangka, mungkin. Dia hanya merenungku lama sebelum menjawab.

"Eo? Awak kenal Jungkook?" tanya Hoseok agak pelik dicampurkan perasaan tidak percaya dengan soalanku tadi. Aku hanya mengangguk perlahan sebelum kedutan di dahinya berkerut seribu.

"Nae," jawabku pendek lalu kembali tersenyum kepadanya.

"Dia tu ada masalah ke?" tanyaku apabila melihat Hoseok dari tadi hanya memandangku pelik. Ok. Pelik sangat ke soalan aku tadi sampai dia dari tadi lagi tak habis - habis berkerut dahi?

"Pelik sangat ke soalan saya?" tanyaku apabila melihatnya tidak habis - habis hanya memandang pelik. Ada jugak riak dia masih tidak percaya yang aku akan bertanya begitu. Mungkin dia masih terkejut yang aku bertanyakan pasal Jungkook.

"Takk... Cuma saya pelik... Macam mana awak kenal Jungkook sementara dia pun tak berkawan dengan orang lain?" jelas Hoseok. See... Kan aku dah kata dia mesti pelik macam mana aku boleh kenal Jungkook.

Takkan aku nak cakap yang aku boleh kenal Jungkook disebabkan kawan aku minat si Jungkook tu. Lagipun tu kisah lama weh...

"Dia ada masalah ke?" tanyaku tanpa menjawab soalannya tadi. Dia menjeda sekejap sebelum menjawab.

"Ermm... Rasanya tak ada lagi lah... Waeyo?" kata Hoseok. Dia memandangku dengan seribu persoalan. Ok. Jangan pandang aku macam tu weh...

"Ouh... Tak lah... Dia asyik tak datang sekolah je... Sebab tu saya pelik. Dia ada masalah ke?" jelasku. Dia memandangku sebelum mengangguk beberapa kali. Mungkin dia sudah faham apa yang aku cuba sampaikan.

"Dia ok je... Biasalah tu dia tak datang sekolah selalu. Lagipun dia kata dia malas," kata Hoseok membuatkan aku hanya dapat memberikan tanda tanya.

"Takkan lah dia malas nak pergi sekolah kot... Lagipun lama kot dia tak datang tahun lepas..." fikirku di dalam hati. Sungguh kata - kata Hoseok tadi masih tidak dapat membuatkan aku yakin tentang Jungkook lagi.

"Takkan lah dia malas?" kataku pelik. Hoseok hanya mengangguk perlahan. Nak sahaja aku tanya Hoseok lagi tentang Jungkook tetapi entah kenapa ia tidak terkeluar langsung dari mulutku. Mulutku ibarat dikunci dan menyebabkan aku hanya dapat menjilat aiskrim yang berada ditanganku.

Cuaca disekeliling amat sejuk membuatkan kadang - kadang menggosokkan kedua - dua belah tanganku dengan blazer sekolahku. Aiskrim yang ku makan tadi sudah tamat riwayatnya. Aku hanya mendiamkan diri menikmati pemandangan disekeliling taman ini.

"Ermm... Hana... Nak tanya sikit boleh?" tanya Hoseok apabila sudah menjamah aiskrimnya itu. Pandanganku yang dari tadi melihat taman ini segera dialihkan ke arahnya. Aku nampak dia tersenyum kepadaku sebelum menyambung kata - katanya itu apabila melihat aku tidak memberikan sebarang respon kepada soalannya tadi.

"Awak... Suka Jungkook eh?" tanya Hoseok sambik tersengih penuh makna kepadaku.

Oh no! Dunia aku ibarat terhenti sekejap. Wattapak?! Dia kata apa tadi? Dia kata aku suka Jungkook?!

Wow.

Memang agak - agak lah kalau nak teka pon... Memanglah Jungkook tu hensem, tapi aku tak lah sampai suka dia... Entah lah aku tak berapa minat sangat dekat Jungkook tu... Maybe aku ni hanya minat macam Park Bogum je tak pun macam Lee Jongsuk je... Tak pon Lee Dongwook ke... Jungkook ni pun sebab aku nak tahu apa masalah dia je... Kalau tak memang tak lah aku nak ambil tahu pasal dia tu.

Silent || JJKWhere stories live. Discover now