Pintu tandasku diketuk dari luar membuatkan aku berhenti daripada menangis. Air mata yang masih mengalir dipipiku diseka menggunakan tapak tanganku.
"Hana! Aku tau akau ada dalam tu!" Suara Rosè kedengaran dari luar. Aku hanya mendiamkan diri.
"Jangan risau, aku sorang je yang datang. Keluar ah..." pujuk Rosè lagi. Aku berfikir - fikir sebelum mula membuka pintu tandas. Baru beberapa langkah aku keluar daripada tandas itu, Rosè telahpun memelukku. Tak lupa jugak Kei.
"Kau tipu... kau bawak Kei..." kataku dengan nada perlahan.
"Kau janganlah macam ni... kau tau tak kau tak makan lagi," kata Kei berunsur pujukkan.
"Macam ni apanya? Aku pergi tandas saja lah," kataku sebelum ketawa fake untuk menetup kerisauan budak dua orang tu.
"Kami tau lah kau tu pergi tandas menangis. Kau fikir kami bodoh? Takkan kau pergi tandas lama sangat sampai habis masa rehat? Buat tandas ke?" Aku hanya tergelak kecil mendengar kata - kata perlian Kei. Rosè pon turut serta.
"Dah dah. Jom keluar," kata Rosè. Aku hanya tersenyum. Kakiku mula melangkah keluar bersama mereka.
Langkahku terhenti apabila Kei tiba - tiba hulurkan sepeket roti. Aku memandangnya dengan tanda tanya.
"Apa ni?"
"Nah roti ni. Joon bagi," kata - kata Kei membuatkan aku terkedu. Joon?
"Ambik lah... lagipun aku tau kau tu gastrik. Lebih baik kau ambik sebelum kau makan penum-" baru saja dia nak acah - acah menumbuk aku, aku telahpun mengambil roti dari tangan dia.
"Tau pon takut!"
"Erm... cakap kat Joon, thanks!" Kataku. Hatiku masih memikirkan tentang Joon.
Dan apa yang Lynn cakapkan tadi.
Masuk saja dalam kelas, aku terus duduk tanpa menghiraukan hal sekeliling. Malas aku!
Fikiranku masih memikirkan tentang Joon. Tentang semuanya sudah diketahui dan disalah tafsirkan olehnya. Aku rasa bersalah sangat. Aku tahu dia akan menganggap yang aku menyukai Jungkook. Aku tak nak jadi perampas. That's all.
Tanpaku sedari, seseorang sudah memerhatiku. Lama.
"Hana."
Aku memalingkan muka ke arah Lynn.
"Aku minta maaf tadi. Aku tahu kau terasa pasal tadi. Aku tak sepatutnya macam tu. Aku... emo sangat time tu. Mian..." kata Lynn. Aku hanya tersenyum.
"Aku pon minta maaf. Aku tak sepatutnya bohong korang semua," luahku.
"Aku rasa serba salah sangat..." tangan Lynn tiba - tiba mengusap bahuku.
"Ya aku nampak. Mata kau dah bengkak tu," katanya sebelum dia mula ketawa bersama - sama Rosè. Aku hanya tersenyum. Agak kelat.
Aku masih fikirkan pasal Joon.
"Rosè, balik nanti tak payah tunggu tau!"
~~~
Aku hanya memerhatikan manusia yang ingin ke rumah bergembira pulang.
Apabila menyedari hampir kesemua orang sudah mengosongkan kelas masing - masing, aku meula melangkah masuk ke dalam kelas Joon. Aku nampak Joon masih ada dalam kelas.
Dengan Kei.
"Joon aku balik dulu tau!" Kata Kei lalu mula keluar kelas meninggalkan Joon keseorangan. Sempat lagi dia menepuk bahuku.
Menyedari keadaan seakan sudah ok, aku mula melangkah masuk.
"Joon aku nak cakap sikit, boleh?" Tanyaku apabila mula mendekatinya. Joon hanya memandangku sekilas. Dia sibuk menyusun buku masuk ke dalam begnya. Aku hanya fikir positif.
"Kau marah aku ke?" Tanyaku berhati - hati. Joon memandangku sebelum duduk diseblahku.
"Mungkin," jawabnya sepatah.
"Aku minta maaf sebab tipu kau pasal tu tapi-"
Belum sempat aku nak berkata - kata lebih lanjang, dia sudahpun memotong.
"Lynn dah cerita. Aku tahu. Aku ok je pasal tu," katanya. Aku tersenyum nipis sebelum menunduk ke bawah.
"Aku minta maaf kalau buat kau jelous, tapi dan jujur aku cakap, aku tak ada niat sikit pon nak sakitkan hati kau. Aku tak suka dia, Joon. And aku tahu yang kau mas-" dan sekali lagi dia potong cakap aku.
"Aku dah move on, Hana..." aku hanya terdiam. Tak tahu nak kata apa. Aku masih rasa serba salah dengannya.
"Aku nak minta maaf dekat kau. Yup betul kata kau, bukan senang nak move on. Sama lah macam aku. Pada mulanya aku agak cemburu dengan kau walau hakikatnya aku dah move on. Aku terlalu ikutkan emosi. Aku tak patut buat kau rasa serba salah," katanya. Dia memandangku lalu tersenyum. Sama juga aku.
"Kau tak salah... lagipun tak bestlah kita macam ni... kita kan kawan. Tak payahlah fikirkan pasal tu ok. Aku dah lama dah move on. Aku dah tak suka dah dia," katanya lagi lalu ketawa terbahak - bahak. Lega aku tengok dia macam dulu balik dah.
"Jom balik!" Katanya lalu bersamaku berlalu dari situ.
~~~
Aku hanya dapat lihat Joon sudahpun pulang ke rumah dengan menaiki kereta. Gembira hati aku bila dia dapat gelak dengan aku balik.
Yang aku ni terpaksalah tunggu bas akibat terlepas bas tadi. Tabah. Sedang aku menunggu bas, ada satu suara menegurku membuatkan aku terkeluar dari lamunanku.
"Hana! Awak tak balik lagi?" Tanya Hoseok kepadaku. Aku hanya mengangguk. Dia tersenyum.
"Awak kenapa tak balik lagi?" Tanyaku kembali kepadanya. Dia mengeluh.
"Saya tunggu Jungkook, tapi entah mana tah dia. Haih..." jelasnya. Aku hanya diam.
"Kenapa diam saja ni? Ada masalah ke?" Tanya dia prihatin. Aku memandang lalu tersenyum.
"Ahh ani!"
"Ouh... saya fikir awak tak ok sebab semalam... awak..." kata - katanya itu membuatkan aku memandangnya dengan penuh tanda tanya.
"Huh? Kenapa dengan saya semalam?"
"Tak lah... semalam time saya balik dari tandas, saya macam dengar awak ada marahkan sesuatu dekat Jungkook. Korang bergaduh ke?" Tanya Hoseok. Aku terdiam. Nak kata apa dekat dia ni?
Baru sahaja dia nak bersuara, tiba - tiba ada hon berbunyi. Kami serentak memandang ke hadapan.
Hohoho my oppa jadi penyelamat tatkala ku harus menceritakan benda yang menyakitkan hati 🙈
"Hoseok saya pergi dulu eh, oppa saya dah sampai," kataku terus bqngun lalu mencapai beg dan di galas.
"Bye Hana!" Katanya lalu melambai ke arahku. Aku juga turut membalas lambaiannya.
Masuk sahaja ke dalam kereta, benda first oppa aku cakap ialah,
"Uishh namchin kau eh..."
What?!
Tapi kesian si oppa aku ni, aku hanya buat bodo je lepas tu macam aku tak dengar. Malas nak layan.
Tapi apa yang penting, banyak benda yang berlaku harini.
Mesej yang masuk dalam telefonku diperiksa satu persatu sehinggalah aku mendapat satu mesej daripada unknown number di whatsapp.
Unknown number
Saya minta maaf
[Send 12:00]Mianhae
[Send 12:30]Mian
[Send 12:31]Siapa pulak ni? Entah ah biar ah. Malas aku nak layan. Dengan itu aku seen je semua mesej dari number yang aku tak tahu tu. Malas aku nak chat tanya pulak. And malas aku nak layan orang yang aku tak kenal.
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story