"Arhhh!" Jeritku apabila seseorang menarikku dalam pelukkannya pada celah lorong yang sunyi ni.
Aku dapat rasa badannya dibelakangku memelukku erat. Pergerakkanku mula terbatas. Aku mahu lepaskan diri daripada pelukkannya namun gagal. Tenaganya agak kuat berbandingku.
"Emph... lepp paslah!" Kataku dengan nada hampir menjerit. Air mataku mula mengalir.
Aku takut.
Kenapalah aku pergi ke tempat macam ni lewat malam macam ni? Kenapa?
Dia menutup mulutku dengan tapak tangannya membuatkan aku tidak dapat bersuara. Dalam hatiku memohon agar aku tak di apa - apakan. Sumpah aku takut.
Air mataku mula mengalir.
Aku takut.
Mengapakah hidupku begini?
Mengapa aku degil sangat?
Tiba - tiba tubuh badan ditolak ke dinding. Kedua - dua belah tangannya mencengkam bahuku. Mataku dipejam manakala air mataku masih mengalir lebat. Aku takut. Takut nak hadapi setiap saat selepas ini.
"Hana?" Suara yang agak fimillar menerjah gegendang telingaku. Aku mula membuka mata. Aku merenung lama wajah lelaki dihadapanku sebelum mataku mula membutang.
"Jungkook?" Kataku separuh menjerit. Tak percaya yang dihadapanku sekarang ialah Jungkook. Dia memandangku risau.
"Kau buat apa dekat sini hah? Kau tau tak sekarang ni dah malam?" Tanya dia dengan nada yang agak marah.
"Aku... aku..."
"Kau ikut aku?" Aku memandangnya. Ya. Dia lelaki yang ikut tadi sebab aku boleh cam lelaki tadi pakai baju yang sama dan semua sama lah macam dia pakai sekarang ni. Dia memutarkan bebola matanya.
"Aku tak tau pon tu kau... aku fikir tu siapa. Aku pon ikutlah. Aku cuma nak tau je tu siapa," jawabku dengan serba salah apabila melihat dia seperti marah akan tindakanku. Aku menunduk.
"Kau tau tak bahaya?! Bahaya tau tak malam malam macam ni! Dengan sunyinya lagi. Dah lah kau tu perempuan. Nasib kau ikut aku, kalau kau ikut orang lain macam mana hah? Dah lah tempat ni sunyi! Kau ni tak sayang nyawa ke apa hah?!" Marahnya. Aku masih menunduk. Air mataku mengalir perlahan. Aku sedar apa yang aku buat ni bahaya. Aku tak sepatutnya buat benda macam ni. Betul kata Jungkook, kalau jadi apa - apa dekat aku macam mana?
Dia menarik tanganku mengikutinya.
"Kajja balik rumah aku dulu. Bahaya dekat sini lama - lama," katanya lalu mula melangkah. Tangannya memegang menarikku mengikutinya. Aku masih memandang bawah. Air mataku masih mengalir.
Mug diletakkan dihadapanku. Aku masih menunduk. Air mataku masih mengalir. Aku masih teringat perbuatan bodoh aku tadi. Andai kata bukannya Jungkook yang tarik aku tapi orang lain, mungkin harini merupakan mimpi paling buruk buatku. Tak boleh bayangkan.
"Hana..." panggil Jungkook dengan nada yang lembut. Tapi aku masih menunduk. Menangis teresak - esak.
Aku dapat rasa Jungkook mula mendekatiku dan duduk disebelahku. Aku hanya membiarkannya. Aku masih tak dapat lupakan hal tadi. Tiba - tiba terasa tubuh suam Jungkook memelukku. Dia menggosok belakangku untuk menenangkanku. Tapi aku hanya biarkan sahaja. Air mataku masih ku biarkan mengalir tanpa arah. Aku masih melayan perasaan sendiri.
"Shuut... dah dah. Uljima. Dah lama kau menangis macam ni... dah dah jangan macam ni," pujuknya. Rambutku diusap lembut olehnya. Air mataku masih mengalir.
"Tsk aku ni memang bodohlah Jungkook tsk... aku tak hiraukan langsung pasal keselamatan aku tsk. Kalau jadi apa - apa macam mana? Aku ni teruk, Jungkook..." kataku dalam pelukkannya cuba sedaya upaya menahan esakkanku. Dia mengusap rambutku lembut sebelum meleraikan pelukkan itu.
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story