bab 17

131 18 1
                                    

Telefon tiba - tiba bergetar pulak.

Aku mengeluk blazerku untuk mengambil telefon. Telefon di on kan.

Message: Taehyung oppa 😒 (1)

Haih menyebok punya abang.

Taehyung oppa 😒
Woi jangan lupa balik
awal harini. Kita kena
gi beli barang dapur.
Barang dah habis kau
melantak je keje

What? 😑 apakah jenis manusia macam ni? Tak sedar diri!

Me
Tak sedar diri dia
yang melantak.
Tak guna!

Kalau aku tak pergi
tak apa en?

Taehyung oppa 😒
Watever ah 💁 btw
boleh kalau kau tak
nak ikut.

Aku melompat keriangan. Yeay tak payah ikut. Dah lah membosankan ikut dia tu. Lepas tu aku je kena angkat semua barang nanti. Dah ah aku stayback harini, memang tak ah! Penat weh 😣

Tiba - tiba ada satu mesej masuk lagi.

Taehyung oppa 😒
Tapi kau bakal kebulur
lah nanti kalau kau tak
ikut hahaha 😂 jangan
haraplah aku nak kongsi
makanan dengan kau
kalau kau tak ikut
HAHAHAHA!!!

Ok sumpah aku menyampah dengan perangai mengugut dia ni.

Aku menutup telefonku dan dimasukkan kembali ke dalam poket blazerku. Baru sahaja aku nak jalan balik ke arah dua manusia tadi, aku teringatkan sesuatu.

Aku memandang sekeliling. Tiada.

Betul ke yang aku nampak tadi?

Aku kembali semula ke arah dua manusia tadi. Dalam fikiranku masih terfikirkan hal tadi.

"Mian tadi aku tak sengaja," kata Jungkook. Aku hanya mengukirkan senyuman.

"Eh mana Hoseok?" Tanyaku apabila menyedari kelibat Hoseok sudah hilang.

"Tandas," jawabnya sepatah. Aku hanya mengguk faham.

"Termenung apa sampai terlanggar tangan saya tadi tu hah?" Tanyaku diiringi dengan ketawa kecil. Jungkook hanya tersenyum.

"Awak pon sama tadi termenung sambil jalan. Cakap aku pulak," balasnya kembali. Masih lagi tak terbiasa dengan panggilan kau-aku. Aku hanya ketawa malu. Huh kantoi.

"Huh mana ada aku teringatkan something je tadi," alasanku. Dia memandangku seakan masih tak mahu percaya. Aku hanya buat selamba.

"Ermm... awak... nak tanya sikit boleh?" Tanya Jungkook sekian lama kami krikk. Aku tak faham berapa lama Hoseok gi tandas. Pergi tandas buat hajat ke buat tandas. Hampir setengah jam dah.

"Mwo?"

"Macam mana nak buat ni?" Katanya lalu mengeluarkan fail assignment History yang pernah aku kata dekat dia dulu and pernah aku tawarkan diri nak tolong dia dulu tapi dia tolak. Macam sakai.

Aku memandang ke arahnya sebelum kembali memandang failnya itu.

Masih kosong. Ni gempak. Even aku pon dah ada lebih tiga kertas dah dalam fail tu.

"Kan aku dah kata aku nak tolong kau, kau tak nak!" Kataku pasrah. Pensilku melakar sesuatu pada kertas. Seperti kerangka jawapan yang agak sama seperti apa yang aku tulis dalam fail aku.

Baru aku keluarkan satu keping kertas contoh aku buat, dia mula merampas kertas yang aku lakar tadi dengan kasar. Tak lupa jugak fail dia. Aku terkejut dengan tindakannya itu.

"Aku tanya kau macam mana nak buat bukannya aku suruh kau tolong aku!" Segala fail serta kertas tadi dia simpan kembali ke dalam begnya. Aku pandang dia dengan riak marah plus menyampah.

"Tanya macam mana nak buat dengan mintak tolong lain ke hah?! Apehal kerek sangat sampai tak boleh tolong langsung?! Fikir kau tu siapa?!" Marahku dalam hati. Eii geram aku! Rasa macam nak bunuh je dia ni.

Menyampah sia dengan orang macam ni. Nak tolong tak nak. Berlagak bodoh!

Aku terus ambil barang - barang aku yang bersepah atas meja tu dan masukkan dalam beg. Menyampah aku dengan manusia macam ni. Aku dah putus asa nak tolong orang macam ni. Berlagak bodo! Orang nak tolong pun tak nak ke hah?!

"Apa masalah kau hah?! Ada aku mintak duit kau ke aku nak tolong ni? Tak en?! Aku ikhlas tapi kau yang sengaja uji keikhlasan aku. Baik tak payah! Tak guna betol!" Caciku dalam hati. Aku still sabar dariapada aku sebur terus semua depan muka dia ni. Aku masih beradab.

Beg aku digalas dan bersiap sedia ingin pergi dari situ. Tapi tiba - tiba Jungkook pegang tangan aku.

"Kau nak apa lagi? Aku nak tolong kau tak nak en? Ok aku tak kesahlah. Aku ni bukannya desprate sangatlah!" Kataku dengan nada marah kepadanya sebelum mahu melangkah pergi dari situ. Panas pulak lama - lama dekat situ. Orang nak tolong tapi berlagak!

"Sorrylah korang aku lambat sik-" kata - kata Hoseok yang sudah kembali itu tadi membuatkan aku terhenti daripada mahu blah dari situ. Hoseok terhenti apabila melihat kami berdua.

"Hana? Awak nak pergi mana ni? Nak balik dah ke?" Tanya Hoseok kehairanan apabila melihat keadaanku. Aku hanya tersenyum kelat kepada Hoseok.

"Hmm mian Hoseok saya kena balik awal. Oppa saya ajak keluar malam ni ada hal. Ermm saya minta diri dulu. Mian Hoseok," kataku tersenyum kelat lalu melepaskan tanganku daripada pegangan Jungkook. Kakiku melangkah pergi.

Lagi lama aku dekat situ, makin sakit pulak hati aku!

Mian Hoseok terpaksa tinggalkan awak.

Baru sahaja aku mahu mendekati bus stop, tanganku direntap seseorang.

Jungkook.

"Hana! Jap saya nak-"

"Lebih baik awak patah balik temankan Hoseok sorang - sorang tu," potongku dengan nada yang masih dikawal. Tanganku dilepaskan. Aku berjalan duduk di bawah bus stop tersebut. Mengendahkan dia disitu. Aku masih sakit hati.

Dia melangkah menghampiriku lalu duduk disebelahku.

"Hana... mian... saya...-"

"Tanya macam mana nak buat dengan mintak tolong lain ke eh?" Tanyaku sinis. Masih bersisa tak puas hati, marah bagai. Jungkook memandangku manakala aku memandang ke arah jalan raya. Buat apa nak pandang dia. Buat sakit hati.

"Mianhae..." ucapnya perlahan. Aku hanya mendiamkan diri.

"Pergi temankan Hoseok," kataku cuba menghalaunya dari sini.

"Hana. Saya tahu awak marahkan saya tapi-"

"Dah lah Jungkook. Baik awak pergi temankan kawan awak daripada awak buang masa dekat sini," halauku lagi. Aku makin menyampah pulak dengan dia ni. Jadi aku bangun untuk blah dari situ. Tapi tangan dia ni memang tak sah tak tarik tangan aku.

"Perlu ke awak sentuh saya? Saya dah tak tolong awak dah en? Apa yang awak tak puas hati lagi hah?" Kataku berang. Dia agak terkejut apabila aku memarahinya, mungkin? Tanganku mula dilepaskan daripada tangannya sebelum kakiku mula melangkah menuju ke pintu bas yang sudah berhenti dihadapan bus stop ini.

"Hana-"

"Saya akan ingat pesanan awak. Jangan risau!" Kataku sebelum berlalu memasuki ke dalam perut bas tersebut.

Tanpa ku sedari, setitis air mataku mengalir turun. Cepat -cepat saja ku kesat.

'Perlu ke aku menangis atas sebab bodoh ni? Kerana manusia tak guna tu? Sumpah aku menyesal cuba nak tolong dia. Menyesal!'

+++

Btw amacam? Best? 😂😂😂 macam bosan je.

Btw apa kes si Jungkook ni?

Nantikan.... jeng jeng jeng...

Author rasa cam nak update banyak2 lagi sebab tahun depan author spm. Amacam ok tak kalau update lagi? 🙃

Silent || JJKWhere stories live. Discover now