bab 23

150 15 5
                                    

Dia hanya diam.

Aku memandangnya yang masih diam sambil menundukkan kepalanya. Tak lama lepas tu dia kembali memandangku.

"Saya tak biasa menyusahkan orang lain," jawabnya ringkas. Aku memandangnya pelik.

"Walaupun kawan awak sendiri?" Tanyaku padanya. Dia hanya mengangguk perlahan.

"Jangan terlalu mempercayai seseorang," katanya lagi lalu mengeluarkan kotak pensil untuk membuat kerjanya.

"Tapi ni? Kenapa awak suruh saya tolong pulak?" Tanyaku masih keliru. Dia memandangku semula dengan wajah dingin.

"Entah. Saya pon tak tahu," katanya lalu menghulurkan fail kepadaku. Aku mengambilnya.

Haih aku pon naik pening dengan jawapan dia tu.

Malas aku mahu bertanyakan lagi hal tadi, aku pon segeralah menolongnya membuat tugasan tu. Ajar, bagitau dia nak buat itu bagai. Nasiblah dia faham. Almaklumlah aku ni memang tak boleh jadi cikgu.

"Ermm nak tau tak dua perkara?" Tanya Jungkook tiba - tiba. Aku memandangnya dengan muka ingin tahu. Dia berfikir lama sebelum mula bersuara kembali.

"Ermm tak ada apalah... mungkin tu andaian aku je kot," katanya sebelum kembali menyiapkan kerjanya. Aku memandangnya pelik. Hah pulak?

"Ermm nanti teman aku pergi tempat kajian tu tau," katanya lagi. Aku hanya mengangguk setuju.

"Chakkaman," katanya kemudian berlari ke 7 eleven. Dia nak buat apa pulak? Aku kemas baranganku kembali memandangkan kerja aku dah selesai.

Kadangkala aku terfikir sesuatu. Aku pernah jumpa ke dia sebelum ni?

Kenapa rasa macam aku dah lama rapat dengan dia eh?

~~~

Mobile data fonku di'on'kan. Aku mula menyentuh aplikasi WhatsApp.

Perhh... inikah parahnya jika terlampau femes? Banyak gila mesej!

Aku skroll ke bawah. Perhh... semuanya mesej yang membosankan dari makcik bawang mana tah. Sis tabah.

Tanganku mula terhenti mengskroll. Mataku mula tercap pada mesej yang dihantar daripada Joon.

Joonnnnn
Weh Hana.

Cikgu Jongkook denda
kau cuci jamban eh?
😂😂

Aku mula buat muka menyampah walaupun aku tahu si Joon tu bukan boleh nampak aku pon sekarang ni. Menyampah pulak diungkit kisah itu 😑

Me
Hermm... usah diungkit
wahai sayangku.
Sesungguhnya diriku
ini amat MENYAMPAH
kisah itu 😌😑

Joonnnnn
😂😂😂😂 bapak tabah
weh! Dalam sejarah
Hana menjadi cleaner
jamban pulak tu 😂

Me
Aku pasrah 😌

Joonnnnn
Perhh pedih
bhaii denda

Me
Tu ah. Tau ah dia
jeles aku datang
lewat. Nak join
cakap jelah 😒

Joonnnnn
En 😂😂😂

Me
Btw mana kau dapat
tau ni?

Joonnnnn
Ada ah... 😏

Kau kena denda
dengan Jungkook en?

Aku terhenti daripada menaip. Macam mana dia tau?

Silent || JJKWhere stories live. Discover now