bab 30

97 10 0
                                    

Dengan pantas sekali aku berlari ke anak tangga, menuruni anak tangga untuk ke bawah untuk masa pjk. Dengar kata harini belajar pasal gimnastik? Gila semangat aku dibuatnya hahaha. Tengah laju pecut nak turun tangga ke bawah, tiba - tiba lah pulak boleh aku terjatuh.

Belum sempat aku jatuh tersembam dekat atas simen yang keras ni, ada orang menarikku dari belakang.

Wah... superman mana pulak yang datang menyelamatkan diriku ini?

Tanganku ditarik membolehkan aku berdiri tegak semula. Perhh nasib baik baju aku tak koyak.

Aku melihat ke arah manusia selamatkan aku tadi tu.

Jungkook.

Aku mula berdiri tegak ini menunduk kepadanya.

"Gomawo," ucapku. Yelah orang tolong kita mestilah kita berterima kasih.

Jungkook hanya tersenyum sebaris kepadaku sebelum kembali meneruskan langkahnya. Namun langkahnya terhenti apabila aku memanggilnya semula.

"Jungkook!"

"Hmm?"

"Pasal haritu tu. Ermm gambar... aku-" belum lagi aku habiskan kata - kata aku yang macam penghidap pakinson, dia dah potong dulu.

"Ouh gambar tempat kajian tu? Tunggu aku dekat tempat biasa harini," katanya sebelum kembali ke meneruskan langkahnya pergi meninggalkan aku.

Aku mula melepaskan nafas lega. Lega dia dah pergi. Entah kenapa bila aku mula bercakap dengan dia je, aku mula gagaplah sampai rasa cam nak tergigit lidahlah, sejuk satu badan and paling aku tak boleh, bila aku cakap dengan dia je mesti dia tenung aku. Aku tak boleh! Aku rasa macam nervous gila. I don't know why~

Aku tak boleh gila bila bercakap dengan dia. Even dalam fon pon.

Badanku mula tersandar di dinding. Aku merasa jantungku. Huh macam nak tercabut! Tanganku mula terketar - ketar.

Haih apa masalah dengan aku ni? Kenapa aku asyik macam ni setiap kali aku bercakap dengan dia?

"Hoi Hana! Cepatlah!"

~~~

Aku menunggu Jungkook di taman permainan seperti selalu. Dan seperti yang dijanjikan.

Aku mengeluarkan fail yang berisi gambar tempat kajian haritu. Sesekali aku bermain - main dengan dengan fail itu. Dari tadi aku gelisah macam hilang anak. Haih. Padahal nak jumpa si Jungkook tu je pon.

"Hana!" Panggil seseorang. Aku mula memaling ke arahnya.

Oh Jungkook.

"Ouh... Jungkook..."

"Dah lama ke tunggu?" Tanya Jungkook. Dia duduk disebelahku. Aku menggeleng perlahan.

"Aku sakit perut tadi. So singgah toilet jap tadi," jelasnya. Aku hanya meng'oh'kan kata - katanya itu. Aku menghulurkan fail berisi gambar tempat kajian itu apabila melihatnya tak habis - habis menenungku

"Thanks," ucapnya. Aku hanya membalas senyuman. Selepas itu kami kembali diam. Yang aku pasti, dia hanya pandang aku.

"Ermm... dah lama tak nampak. Kau... tak pergi sekolah ke?" Tanyaku. Aku pandang Jungkook. Haih yang dia ni mengelamun ke apa?

"Jungkook?"

"Hah... ermm ya haa aku tak pergi sekolah," katanya mula tersedar dari mimpi apatah dia tu.

"Kenapa? Sakit ke?" Tanya ku lagi. Dia menggeleng.

"Aku ada hal," jawabnya. Aku memandangnya pelik. Belum aku tanya lagi banyak, dia terus memotong kata - kataku.

Silent || JJKWhere stories live. Discover now