"Nasib kau tak apa - apa sangat boleh dah kau keluar harini," kataku pada Jungkook sambil mengemas katilnya manakala Jungkook tengah mengemas pakaian dia ke dalam beg.
"Hmm tulah. Kalau tak lama lagi lah kau kena jaga aku dekat sini hahahaha," katanya lalu ketawa jahat. Aku hanya menjeling dia walaupun dia tak pandang ke arah aku and tak nampak aku. Tapi apa aku kesah dah mata aku.
"Kalau lama lagi kau kena bayar ah. Kau fikir perkhidmatan aku free?" Kataku. Dia hanya tergelak melihat aku yang membuat riak acah - acah marah ni.
"Tapi kan tak sangka kau lah kawan aku yang selalu main dengan aku dekat taman permainan tu dulu. Patut ah kau suka sangat pergi taman permainan tu. Rupanya kau budak perempuan tu? Hahahaha," katanya lalu ketawa terbahak - bahak. Aku pandangnya dengan pandangan menyampah.
"Wae wae? Aku tahu lah aku lawa," kataku sambil flip hair. Dia memandang aku dengan muka jijik. Lebih ah budak ni.
"Tapi tulah... patutlah aku rasa macam kita dah pernah kenal, rupanya budak tu kau. Daebak!" Katanya. Aku tersenyum. Aku tak sangka dapat berjumpa kawan baikku kembali. Tak sangka sangat dan aku rasa gembira sangat.
Tak sangka kan? Kecil je dunia ni.
"Hana," panggilnya. Aku yang sudah habis mengemas katilnya itu memandang tepat ke arahnya.
Tiba - tiba dia senyum.
"Gomawoyo Hana-ah sebab jaga aku dua tiga hari ni. Aku happy sangat sebab ada seseorang yang macam kau," ucapnya. Aku boleh nampak keihklasan dalam matanya. Aku tersenyum. Aku pon happy tengok kau happy, Jungkook.
"Gwaenchana. Lagipun kau dah selamatkan aku. Aku yang sepatutnya berterima kasih banyak - banyak dekat kau," kataku pula. Dia tersenyum aku pun tersenyum.
Sedar tak sejak kemenjak ni asyik membalas senyuman je. Penat aku. Ok back to the story.
"Kau tunggu dekat sini jap," kata Jungkook sebelum bergegas mahu keluar dari bilik ini. Namun kakinya terhenti apabila aku memanggilnya kembali.
"Jungkook, kau nak pergi mana?" Tanya ku pelik. Pelik gak gi mana tiba - tiba dengan bawak duitnya. Ya aku nampak dia tengah kira duit tadi. Tapi untuk apa?
"Aku nak bayar bil hospital. Nak ikut?" Jawabnya. Belum sempat dia menapak keluar dari bilik ini, aku terus mencapai lengan bajunya untuk ditarik.
Dia memandang aku dengan riak 'kenapa?'
"Tak payah bayar, appa aku dah bayarkan bil hospital kau. Kau jangan risaulah," dia memandang aku dengan riak tak sangka.
"Aku tak nak menyusahkan kau, Hana. Tambah lagi family kau. Aku-" belum sempat lagi dia melanjutkan kata - katanya yang semestinya aku tahu apa perkataannya, aku terus memotong.
"Jungkook... kau tak pernah menyusahkan aku, malah kau yang selamatkan aku. Ni pon hadiah kami untuk kau sebab dah selamatkan kau," jelasku. Dia hanya diam. Tak lagi membantah seperti dulu.
"Gomawo," ucapnya. Dia mulai tersenyum. Tak sangka manusia yang selama ni suka menyendiri ini mempunyai senyuman yang comel. Tak salah kan aku puji?
Sambil kami mengkrikk - krikk menunggu lif ini berhenti ditingkat yang kami mahukan, sempat lagi aku membaca mesej yang dihantar oleh appa. Appa kata dia sudah tunggu dekat bawah. Yehet! Nice appa!
"Jomlah tinggal dengan kami, lagipun... kau tinggal sorang - sorang je kan dekat situ. Sekurang - kurangnya kau ada teman kalau duduk dengan kami. Makan minum pun terjaga," kataku tiba - tiba kepada Jungkook. Mataku masih melekat pada telefonku yang berada di tangan. Apabila aku sedar yang dia pandang ke arah aku barulah aku mula pandang ke arahnya juga.
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story