Hoseok memalingkan wajahnya kepada empunya suara yang memanggilnya tadi.
Jungkook.
"Aikk... Hana?" tegur Jungkook dengan riak yang agak tak sangka atau mungkin lebih tepat, terkejut. Terkejut benar Jungkook apabila melihat aku dengan Hoseok. Mata tak nya, siap nampak kami bergelak ketawa sekali. Yang si Hoseok ni pon satu, terkejut kalah beruk bila Jungkook tegur aku. Fikir Jungkook tak kenal aku? Aku pon femes lah... Cuma aku tak nak riak je. Ok. Ni bukankah dah riak ke ni?
"Lah... Kau kenal dia rupanya," kata Hoseok yang sudah faham apa yang berlaku. Jungkook masih memandang kami berdua dengan tanda tanya.
"Eh, sejak bila pulak kau kenal si Hana ni?" tanya Jungkook yang masih pelik dengan kami berdua. Ok. Perlu ke kau tau? Aku yang sepatutnya tanya kau buat apa dekat sini.
"Hmm... Dalam bulan ni baru. Waeyo? Salah ke?" tanya Hoseok dengan nada pelik. Ok. Now dua orang ni dah mula act pelik sesama sendiri. Yang aku ni pulak yang pelik apa masalah dua makluk ni.
"Tak ah... Tak sangka kau kenal jugak," balas Jungkook. Selamba dia je duduk tepi aku.
"Yang awak ni buat apa dekat sini? Bukankah semua dah balik ke?" hah... Terkeluar pon ayat yang dari tadi aku nak tanya tu. Jungkook mengalihkan badannya mengadap aku. Sempat lagi dia memandang Hoseok dengan muka tak puas hati.
Ok. Dah kenapa dia ni?
"Tu. Pasal si manusia sorang tu lah ajak stayback lah kononnya, rindu cakap je lah." katanya sambil menunjukkan ke arah Hoseok. Sekarang ni Hoseok pulak yang buat muka menyampah. Ok. Dah pasal manusia?
Eh wait. Rindu? Jap. Nak gelak jap. Bahahahahaha. Serius ah? Ini gempak!
Muka tak puas hatinya tadi kini bertukar serius. Dia kini memandangku.
"Mian..." hampir tersembur jugak si Hoseok tadi bila terdengar kata - kata Jungkook ni. Dia memandang ke arah kami berdua. Terhenti terus aktiviti menjamu seleranya.
"Mian pasal tadi," ucap Jungkook lagi. Aku nampak dia pandang aku. Ok dia bukan cakap dengan Hoseok eh? Aku mula memandang Jungkook dengan muka tidak puas hati. Ok ni bab botol air tadi ye. Manakala Hoseok memandang kami berdua sudahpun blur.
Aku malas nak layan drama dengan Jungkook ni, mee segera tadi aku capai dan aku makan. Sempat lagi hirup kuah dia. Perrhh... Sedap gila! Manakala Jungkook masih memandang ku dan Hoseok still blur dekat situ dengan apa yang berlaku.
"Wait wait, apakah ini?" Hoseok tanya bagi merungkai segala teka - teki di dalam kepala hotak dia sekarang ni, tapi malangnya dia hanya mendapat satu pandangan menyampah dari Jungkook.
"Ni hal kami, kau jangan sibuk." kata Jungkook lalu memalingkan wajahnya ke hadapan. Muka Hoseok mula bercampur menyampah plus nak tersembur buat kali kedua bila Jungkook tekankan ayat 'hal kami' tu.
Baru sahaja aku nak aman hirup kuah mee segera ni, dia menarik ramyeon cup tu ke arah menyebabkan aku mula memandang tajam ke arahnya.
"Dah kenapa?" kataku dengan nada tidak puas hati. Dia memandang aku dengan riak serius.
"Aku cakap dengan kau ni..." katanya perlahan dengan nada memujuk. Aku mengeluh perlahan. Muka menyampah ku tayang.
"Boleh. Dengan syarat!" Kataku padanya. Jungkook memandangku dengan muka tak percaya manakala Hoseok still sama ah, still tak faham dengan apa yang berlaku.
"Ganti balik and bagi balik ramyeon aku tu," kataku sambil menundingkan jari ke arah ramyeonku tadi. Aku kembali menjamu selera apabila ramyeon aku dikembalikan. Dia hanya memandang aku yang sedang enak menjamu selera tanpa sepatah kata. Dia ni dah kenapa? Ada kami buat show ke dekat sini?
"Eh jap jap! Ganti apa pulak ni? Aku tak faham ni. Jap. Korang ni rancang benda apa ni?" Tanya Hoseok masih tak faham apa yang sedang berlaku. Jungkook hanya memandang tajam kepada Hoseok.
"Kan aku kata itu 'hal kami'. So kau tak perlu tahu," balas Jungkook. Hoseok yang sakit hati kini terus menjamu seleranya kembali dengan penuh geram.
Beberapa minit kemudian, Jungkook bersuara semula setelah beberapa minit krikk dekat sini.
"Weh Hoseok, makanan untuk aku tak ada ke?" Tanya Jungkook kepada Hoseok. Hoseok hanya buat bodoh.
"Pergi ah suruh 'hal kami' kau tu belikan," kata Hoseok dengan nada merajuk. Aku tahan je rasa nak gelak ni.
"Alah... Hoseok... merajuk pulak... kalau macam ni malaslah aku stayback dengan kau. Lebih baik aku balik tidur dekat rumah," kata - kata Jungkook tadi membuatkan Hoseok terus bangun lalu menuju ke arah kaunter untuk beli makanan dengan gaya masih tersisa sakit hatinya itu.
Jungkook kembali memandang ke arahku semula. Ditenungku lama hinggakan membuatkan aku rasa terganggu. Aku memandang ke arahnya dengan pandangan kau-apasal.
"Macam mana awak boleh kenal Hoseok pulak?" Tapi aku hanya mengendahkan pertanyaannya itu. Aku masih sakit hati pasal botol air tu. Melihat aku hanya buat bodo, dia mengeluh perlahan.
"Yah arrasseo. Mianhae..." aku hanya biarkan kata - kata dia tu. Biar sikit dia rasa bersalah tu.
"Hey aku cakap deng-"
"Tanya Hoseok," jawabku dua patah memotong kata - katanya itu.
Dari sini aku boleh nampak Hoseok datang dengan satu cup ramyeon lalu dihempaskan di depan Jungkook. Perhh nasib dia hempas je, kalau dia simbah terus atas kepala si Jungkook ni tak ke jadi biskut hangit terus jadinya. Bengang benar.
"Kau ni kalau nak bunuh aku pon, bagitahulah sebabnya dulu. Ni tak. Tau tak kuah ramyeon ni panas," kata Jungkook tak puas hati. Hoseok hanya menjeling manakala aku hanya memerhati drama bana ni.
"Kau bukan nak share pon dengan aku, dah ah buat drama dekat depan aku. Tak guna!" Luah Hoseok dengan perasaan tak puas hati.
"Pasal botol air pecah pon nak tau ke?" Kata Jungkook dengan riak menyampah manakala Hoseok tiba - tiab gelak. Ok aku tengah cari mana lawak tu 😑
"Macam tak penting je hahaha," kata Hoseok dan kembali ketawa sakai. Aku dan Jungkook berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang ke arah Hoseok yang berada dihadapan kami sekarang ni.
"Jadi ada apa - apa boleh aku buat untuk bazirkan masa aku dekat sini?" Tanya Jungkook sinis. Aku memandang ke arah Hoseok memandangkan kata - kata Jungkook tadi nampak macam ada kebenarannya.
"Ermm... kita study?" Cadang Hoseok. Aku dan Jungkook memandang sesama sendiri. Sekali lagi.
Setelah beberapa minit.
"Ermm Hoseok, soalan nombor satu ni macam mana?" Tanyaku kepada Hoseok. Entah kenapa aku rasa otak aku tepu sangat harini sampai soalan satu pon tak boleh jawab lagi. Nak tahu sebab apa?
"Haa yang ni eh? Ni darab ni tolak ni sama dengan ni tambah ni and... done!" Sebab ni soalan matematik. Subjek yang tak pernah terima aku dalam hidup dia. Tapi macam manalah sekarang ni Jungkook jawab selamba je soalan tu. Terasa kurang bijaknya disitu ☺
"Eh kau Jungkook! Teror nampak. Ajar ah aku," kata Hoseok. Jungkook hanya buat muka selamba.
"Tak payah. Kau dah pandai," kata Jungkook perlahan.
"Eleh. Kau lagi pandai lah, Jungkook. Asal kau-"
"Dah dah buat latihan tu," belum sempat Hoseok nak beekata - kata, Jungkook telah pun memotong. Mukanya diletakkan di atas meja sambil memandang pergerakkan pencil aku menulis.
Haih dia ni, dah lah aku noob bab math ni dia tengok pulak.
Manakala Hoseok hanya mendiamkan diri dari terus berkata - kata. Apa yang Hoseok cuba nak sampaikan?
Tiba - tiba dengan tak sengaja Jungkook tersiku tangan aku menyebabkan pensil yang aku tulis tadi terpelanting jauh.
"Mian aku tak sengaja, Hana" aku sudah bangun melangkah mencari pensil tersebut.
Baru beberapa langkah, aku ternampak pensil aku tadi bergolek bawah kerusi selang empat meja dari meja kami. Baru sahaja aku hendak bangun dari tertunduk nak ambik pensil tadi, aku ternampak kelibat seseorang lalu di sebelahku.
Macam kenal!
Namun tiba - tiba telefon aku bergetar.
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story