Aku masih memikirkan perkara itu. Sungguh sekarang ini perasaanku mula bertukar kepada amat gementar. Sungguh aku tak tahu kenapa. Tapi kalau aku tidak bertemu dengannya hari ni tak apa kan sebab bukannya dia kenal siapaku. Tapi... Dalam masa yang sama aku juga ingin menjadi seorang yang menepati janji. Memang sifatku selama ini tidak suka memungkari janji. Jadi mengapakah hari ini aku perlu memungkiri janjiku?
Aku mengambil keputusan untuk pergi berjumpanya dan aku rasa inilah cara yang terbaik untuk berkawan dengannya. Seseorang itu tidak akan memberkongsi sesuatu dengan orang yang dia tidak kenali kan. Mungkin selepas ini aku akan tahu apakah masalah sebenar dia.
"Ermm... Lyn, Rosé aku pergi kedai buku jap nanti. Korang pergilah kantin dulu eh," Lyn dan Rosé yang mendengar kata - kataku itu hanya tersenyum. Mian aku terpaksa tipu korang.
"Ouh... Tapi jangan lupa cepat sikit nanti, kau tu gastrik. Nanti tak pasal - pasal kau pengsan pulak," Lyn memberi peringatan kepadaku. Aku hanya mengangguk faham. Yeah sememangnya dia amat mengambil berat tentang pemakananku.
"Haa... Lupa pulak nak tanya kau, semalam kau ada jumpa abang aku ke?" tanya Rosé kepadaku. Aku memandangnya sebelum mengangguk.
"Nae... Dah lah dia langgar aku. Nasib aku tak jatuh. Tapi telefon aku jatuh tau tak. Memang sakit hatilah aku time tu. Nasib dia pandai pujuk aku, dia belanjakan kek coklat dengan kek red velvet," jawabku. Lyn yang berada di hadapanku sudah menjilat bibirnya membayangkan keenakkan rasa kek itu.
"Hahaha... Tulah. Dia balik semalam dia di sembang dengan aku. Dia kata dia rasa serba salah sangat sampai dia tak jadi pergi tandas," penjelasan Rosé membuatkan kami ketawa terbahak - bahak. Sampai macam tu sekali? Patutlah si Jimin tu semalam tak jadi nak pergi tandas semalam.
Tanpa ku sedari, rasa gementarku mula hilang.
Kring...
Loceng berbunyi menandakan masa rehat sudahpun tiba. Lyn dengan Rosé sudah laju pergi ke kantin kerana aku menyuruh mereka pergi dahulu. Sebenarnya aku bukannya nak pergi kedai buku, tapi aku nak berjumpa dengan Jungkook. Aku tahu masa yang sesuai berjumpa dengannya ialah masa rehat kerana dia hanya duduk di dalam kelas seorang diri dan bukannya ke kantin untuk makan.
Aku sengaja buat - buat aku menyusun buku bagi melambatkan lagi masa. Setelah melihat semua orang mula tiada kerana ke kantin, aku segera melangkah menghampiri kelasnya. Aku melihat di dalam kelasnya.
Jungkook ada...
Aku dapat tengok Jungkook tengah tekun membaca buku. Aku melangkah dengan berhati - hati masuk ke dalam kelasnya meskipun sekarang ini diriku terasa amat gementar. Aku menapak ke arah Jungkook yang berada di meja hujung kelasnya itu lalu duduk di sebelahnya. Dia hanya kusyuk membaca buku itu langsung tidak menyedari kehadiranku sehinggalah aku duduk di sebelahnya. Dia hanya memandang sekikasku sebelum menyambung kembali pembacaan bukunya itu. Aku melihat buku yang di bacanya itu. Ok, komik?! Daebaklah...
"Ermm... Awak tak pergi kantin ke makan?" tegurku meskipun aku tahu apa jawapannya. Dia memandangku dengan pandangan yang kosong sebelum menjawab pertanyaanku.
"Ani. Saya malas," katanya malas lalu kembali membaca komiknya itu. Rasa amat kekok sangat sekarang ni apabila bercakap dengannya.
"Ermm... Saya lah yang chat dalam Wechat dengan awak semalam tu," kataku tersenyum dengan masih tekun memandangnya. Aku boleh nampak dia mula menutup komiknya itu lalu memandangku dengan riak teruja plus terkejut. Aku yang memandangnya itu hanya tersenyum.
"Ouh... Awak lah yang Hana tu? Wow... Daebak... Tak sangka tu awak," katanya sambil tersengih. Lehernya yang tidak gatal itu digaru.
"Nae. Hana tu saya," kataku untuk menyakinkan lagi dia diiringi dengan ketawa halus. Dia yang melihatku ketawa jugak terut sama sekali. Sekali lagi aku terpegun melihatnya. Sungguh... Selama ini aku tidak pernah nampak dia tersenyum apatah lagi ketawa. Ini merupakan kali pertama aku melihatnya ketawa.
"Tak lah... Saya tengok perempuan semua sama je sampai saya tak boleh bezakan," jelasnya lagi lalu kembali ketawa kecil sekali dengan ku.
"Aniyo!Lain lah..." kataku perlahan manakala dia tetap terus ketawa.
"Aaa... Awak dah sihat ke?" tanyaku. Dia yang dari tadi asyik ketawa terus berhenti apabila mendengar pertanyaanku. Dia memandangku lalu tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya.
"Sayakan kuat... Mestilah cepat sembuh," katanya lalu menayangkan gigi arnabnya kepadaku. Aku sekali lagi ketawa kecil.
Kyeopta!
"Macam - macamlah awak tu. Haa... Fail tu dah ambil dekat sosaengnim?" tanyaku lagi. Kini dia hanya membalas dengan mengangguk seperti budak kecil. Neomu neomu kyeopta!
"Tapi saya tak berapa fahamlah macam mana nak buat..." katanya dengan nada kecewa. Aku melihatnya dengan pandangan sedih sebelum terus tersenyum.
"Saya tolong awak boleh?" kataku untuk menawarkan diriku untuk menolongnya.
"Tak apalah..." balasnya. Aku mengeluh perlahan.
"Boleh lah... Lagipun awak tak datang kan, macam mana nak faham. Biar saya tolong awak ye," kataku lagi tetapi gagal. Dia masih menolak tawaranku untuk menolongnya itu.
"Tak payah lah... Tak apa... Tak payah susah - susah tolong saya," tolaknya. Aku memandangnya sayu. Aku tahu dia sebenarnya nakkan pertolongan seseorang dan aku cuma nak tolong dia sahaja.
"Lah... Boleh lah... Saya nak tolong awak je," kataku lagi sedaya upaya tidak mengalah kepadanya.
"Wae awak baik sangat nak tolong saya ni?" tanya dia yang mula curiga denganku. Aku sekali lagi mengeluh berat.
"Kita kan kawan, kawan kan kena tolong kawan yang lain. Jadi apa salahnya kalau saya tolong kan," kataku masih mengekalkan senyuman dibibir meskipun perasaan kecewa dan sedih mula menyelubungiku. Serious aku berasa kecewa kerana dia tidak habis - habis menolak pertolonganku walaupun aku sedaya upaya mahu menolongnya.
Aku dapat lihat kini dia sudah bangun. "Chingu saya yang lain tak pernah tolong saya pon selama ni, wae awak pulak nak tolong saya?" katanya yang mahu berlalu dari sini. Kalau boleh nak je aku sekat dia dari pergi tapi apakan daya. Bukan aku boleh buat apa - apa pon.
"Saya cuma nak tolong awak je... Salah ke?" kataku perlahan apabila melihat Jungkook mula beredar meninggalkan ku. Aku dapat lihat Jungkook memandangku sebelum kakinya mula meninggalkan kelasnya ini.
Aku hanya memandangnya sayu.
"Wae dia tak bagi aku tolong dia? Waeyo?" kataku sendirian sebelum keluar dari kelas itu dan menuju ke kantin.
"Wae?"
Di kantin
"Haa... Dah sampai pun Hana... Mana kau pergi hah?" Kata Lyn apabila aku mula menjejakkan kaki memasuki kantin.
Aku mula duduk di sebelah Rosé yang sedang kusyuk makan spaggeti cabonara dia tu. Lyn, Hyuni dan Kei hanya memandangku pelik manakala aku masih mendiamkan diri memikirkan Jungkook.
"Hana! Kau ni dengar tak kami cakap?" marah Lyn apabila aku tidak menjawab pertanyaannya itu.
"Aku kan kata aku pergi kedai buku. Waeyo?" jawabku endah tak endah. Fikiranku masih memikirkan Jungkook. Serious aku kecewa sebab tak dapat tolong dia.
"Tak lah... Lama sangat kau pergi tadi sebab tu aku tanya. Dah lah... Palli makan," jelas Lyn lalu memberikan kentang goreng kepadaku. Aku menggeleng perlahan.
"Aku tak ada seleralah harini. Kau makanlah. Mana Joon?" kataku perlahan. Kei yang berada di hadapanku mula memandangku.
"Mollayo..."
Huh... Jungkook ni kenapa?
Joon pulak pun kenapa?
Vote and Comment ✌
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story