"Bye Hoseok!" kataku lalu melambai tangan ke arahnya sebelum masuk ke rumah.
"Bye Hana!"
Sempat lagi Hoseok berpesan dekatku agar terus makan apabila sampai ke rumah. Dia fikir aku ni budak - budak? Weh... Aku pon lapar ah weh... Memang tak lah aku nak mati kebulur dekat sini sampai oppa alien aku tu balik. Baik aku pergi buat ramen lagi bagus *flip hair Jeonghan*
Beg sekolah yang ku bawak seharian ini ku campak ke atas sofa. Dah lah berat, lepastu boleh pulak Miss Suzy suruh bawak buku Mathematic yang setebal kamus dewan bahasa tu harini?! Dah ah berat, besar pulak tu. Habis ruang beg aku je. Maklumlah... Aku ni bukan pelajar terajin sangat nak bawak buku sebanyak gitu. Eleh... Padahal aku hanya bawak satu buku tu pon dah kecoh.
Barangan yang ku beli tadi diletakkan di kaunter dapurku. Cepat sahaja aku bukakan dan ambil sepeket oreo dalam tu. Dengan ganasnya aku membuka plastik oreo itu lalu memasukkan sekeping oreo itu di dalam mulut. Aku mula mencapai mangkuk yang tersusun di dalam kabinet dapur itu lalu diletakkan di atas meja. Air panas yang dari azali lagi dalam thermo pot itu ditekan. Mulalah air panas membanjiri mangkuk yang aku sudah letakkan ramyeon tadi.
Sementara menunggu ramyeon tadi mengembang, sempat lagi aku capai sekeping oreo dalam plastik tadi lalu dimasukkan dalam mulutku. Kakiku mula melangkah ke arah dimana brg aku dilempar dengan kejam sekali tadi. Aku menyelukkan tanganku ke dalam beg. Organ deriaku mula berkerja.
Aniya. Ni earphone...
Aniya. Ni gula - gula...
Aniya. Ni powerbank...
Ni lah akibatnya jika malas, satu benda pon tak jumpa. Memang ye ah tak jumpa, tangan je yang mencari mata langsung tak nampak. Dah main seluk je tangan tu masuk dalam beg memang ah. Akhirnya aku membuat keputusan untuk membuka seluas - luasnya begku. Haa... Kan senang nak cari.
Yess... Dah jumpa. Telefon.
Seperti biasa, aku meng'on'kan telefonku. Mobile data mula ku tekan. Mula lah masuk mesej dari pelbagai group dan pelbagai aplikasi. Ada dari kakaotalk, wechat, facebook bagai. Mulalah aksi mengumpat, borak kencang bagai.
Kakaotalk: gp mak minah 💁 (30)
Taehyung oppa 😒 (1)
classmate anda manusia
(43)
Unknown number (2)Wechat: Addmath excellent gp 😎 (24)
J.hoseok have add you
Instagram: j.hoseokkie started following you
parkjimin was liked your post
Twitter: Bts.twt & weareone.exo was bla3Malas aku nak tengok. Tu belum lagi aku scroll ke bawah ada notification dari v app, youtube bagai. Hmm... Memang tabah lah jadi orang femes cam aku ni *sila muntah*
Aku tahu kalau gp mak minah kawan aku tu ofc ah borak benda tah apa - apa tah. Korang mesti pelikkan apa terjadi dekat gp kelas aku ni en? Entah kenapa sejak manusia mana tah tukar nama gp kelas tu jadi tak normal, semua orang biar je bagaikan semuanya setuju dengan nama gp 'classmate anda manusia' tu. Gp ni apa lagi, ofc semuanya pakat mengutuk cikgu Jongkook yang acah perkasa tu sebab tak pandai main basketball tadi.
Yang gp addmath excellent lah sangat tu memang ah excellent, cikgu tak pernah marah kami tak siap kerja sekolah sebab semuanya masing - masing share jawapan. Bak kata mereka, sharing is caring *muntah pelangi* Tapi bagus jugak, boleh aku copy jawapan sekali.
Hoseok ni memang gempak ah, balik je sekolah tadi terus add aku dekat wechat and siap follow aku lagi kat instagram. Hebat! Yang si Jimin tu jangan suruh aku komen. Kalau nak suruh dia belanja aku lagi, aku on haha. Ok krikk.
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story