Hana tidak berganjak sedikit pun daripada tempat duduknya berada disisi Jungkook yang terbaring sejak dia masukkan ke dalam hospital tadi. Dia hanya menghantar mesej kepada ommanya mengatakan bahawa dia tidur di rumah kawannya malam ini.
Bukan apa, baginya dia tidak mahu meninggalkan Jungkook keseorangan. Dia mahu menemani Jungkook sehingga dia sedar. Dia mahu berterima kasih kepada Jungkook yang sanggup mengorbankan nyawanya semata - mata untuk menyelamatkan dirinya itu.
Mujur kata doktor Jungkook tak apa - apa yang serius cuma dia masih tidak sedarkan diri.
HANA POV
"Hana?" Panggil seseorang mengejutkanku ke alam realiti. Kelopak mataku dipaksa angkat.
"Jungkook?" Aku mula menegakkan kepalaku yang dibaringkan di atas katil Jungkook. Mataku mula memandang ke arah Jungkook yang masih terbaring. Ternyata tepat sangkaanku.
Jungkook dah sedar! Syukur!
"Awak ok?" Tanyaku dengan nada gembira. Jungkook hanya mengangguk. Fuhh rasa lega tu tak terhingga aku tengok si biskut ni dah sedar. Tersenyum sampai telinga aku dibuatnya. Dia pun tersenyum namun agak lemah. Mungkin masih lemah.
"Aku panggilkan nurse jap," kataku sebelum aku melangkah mencari nurse. Dia hanya mengangguk lemah.
"Kau... tak balik rumah ke? Aku rasa dah malam ni," kata Jungkook setelah aku kembali masuk ke dalam biliknya apabila selesai diperiksa oleh nurse. Aku hanya menggelengkan kepala lalu mengukirkan sebuah senyuman kepadanya.
"Aku nak teman kau malam ni," kataku perlahan. Kerusi di sisi katilnya ku rarik dan duduk semula.
"Tapi dah lewat malam ni, kau balik lah aku tak nak parents kau risau," katanya. Aku hanya tersenyum.
"Aku dah beritahu diorang, kau jangan risau..." dia hanya tersenyum.
"Aku sebenarnya... nak ucapkan terima kasih dekat kau... sebab selamatkan aku. Mian aku dah menyusahkan kau..." ucapku padanya. Air mataku mengalir perlahan. Aku tak boleh bayangkan kalau aku kena langgar tadi kalau Jungkook tak tarik aku tadi mungkin aku dah tak bernyawa dah. Aku rasa terharu, tak sangka, terkejut, sedih, macam - macam yang aku rasa. Kejadian tadi masih bermain di dalam fikiranku. Ia berlaku amat pantas.
"Ani... uljima juseyo. Aku ok dekat sini, kau pon dah selamat kan. Shuutt jangan macam ni..." pujuknya. Dia menghampiriku perlahan lalu diseka air mataku perlahan. Aku memandangnya. Dia tersenyum.
"Dah dah jangan sedih sedih. Kalau tak nanti aku join kau menangis," katanya. Aku ketawa kecil. Dia juga turut sama ketawa.
"Nah ni aku ada belikan makanan untuk kau. Makanlah. Lagipun kau tak makan lagi dari tadi," kataku sambil menghulurkan satu mangkuk bubur segera kepadanya. Dia tersenyum.
"Ke... nak aku suapkan?" Kataku segaja. Saja nak kenakan dia tapi apa yang berlaku ialan dia mengangguk. Habislah kau Hana apasal kau buat tawaran bukan - bukan dekat dia hah? Mampus!
Aku meletakkan mangkuk bubur tadi di atas meja sebelah katilnya. Tangan aku basah habis matilah. Dah kenapa dengan aku ni?
Aku mengambil air botol di dalam begku sebelum menghulurkan kepadanya.
"Nah minum air dulu. Nanti tercekik susah pulak aku," kataku tanpa memandang ke arahnya yang tak habis - habis tersenyum - senyum macam kerang busuk. Otak pon terhentak ke tadi sampai pelik macam ni?
"Hmm... bubur?" Katanya dengan nada manja dibuat - buat. Geli aku!
Aku pon dengan redhanya menyuapkan bubur kepadanya dengan kekuatan yang aku ada sampailah setengah. Yang dia tak habis - habis tersengih - sengih. Saja ah tu kenakan aku. Tapi tiba - tiba bila aku nak teruskan menyuap buat kali ke seterusnya dia titibe pegang tangan aku. Aku pandang dia and dia pon pandang aku.
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story