Kriinggg!!
Mata aku seakan bangun tak bangun saja aku rasa sekarang ni. Mataku dibuka setengah. Jam locengku yang berbunyi dari tadi lagi ku campak ke bawah katil.
Bising ah!
Mataku dipejam semula. Ah nyaman... diam dah pon. Tiba - tiba terasa sejenis cecair membasahi wajahku. Aku membuka mata. Marah ni siapa yang main air pulak!
"Kau pasal percik - percik air dekat muka aku?!" Marahku lalu melempar bantal ke arah oppaku.
"Weh ahjumma tak guna! Kau sedar tak yang kau dah lewat ke sekolah harini?" Kata - kata dia membuatkan aku terhenti daripada terus melempar bantalku ke arahnya. Aku masih memproses apakah yang sedang berlaku.
Jam loceng? Air? Lewat? Sekolah?!
Aku ambil jam loceng yang dah arwah dekat bawah katil aku lalu ditenung lama.
Alamak!!! Aku dah lewat!!!
Taehyung hanya gelak macam sakai. Siap kau nanti!
~~~
Taehyung oppa aku memberhentikan kereta jauh sikit dari pintu pagar sekolah atas arahan aku. Untuk apa? Supaya oppa gila aku tu tak gelakkan aku nanti kena denda 😒
Dah ah lewat 45 minit dari time pagar ditutup. Nampak tak yang aku ni gempak? Lewat tu tak boleh lewat lagi ke kak?
Aku lihat pintu pagar yang memang dikhaskan untuk pelajar. Perhh dah kunci lama dah. Nampak gayanya ada satu saja pintu pagar sekarang ni. Pintu pagar utama dimana ada makcik guard menyakitkan hati.
Baru aku mahu menyelinap masuk melalui pagar utama, mataku bertembung dengan seseorang.
Jungkook.
Sedang membuat aktiviti yang sama sepertiku. Heh.
"Asal dia tu masih wujud hah? Menyampah benar!" Marah dalam hati. Aku fokuskan kembali melepasi guard tak guna tu. Huh mampus kalau kantoi.
And then. Yes finally aku berjaya! Parti sikit! 💃
Aku baru melangkah beberapa anak tangga tapi kakiku terhenti apabila ada seorang manusia menghalang.
"Lebih baik kau jangan masuk kelas lagi," kata Jungkook berbentuk pesanan kepadaku. Aku memutarkan bebola mata. Menyampah. Kakiku mahu melangkah tapi kali ni dia memegangku.
"Tepilah aku nak masuk kelaslah!" Marahku. Tangannya ditepis. Tapi dia masih menghalang.
"Baik kau diam dan ikut cakap aku," katanya tapi aku masih ego. Jarang weh aku buat - buat ego heh. Flip sikit.
"Tak ada masanya lah... lagipun aku nak naik cepat nak belajar bukan macam kau tau ti-"
Belum sempat aku membebel panjang, dia tarik tangan aku menyebabkan aku terduduk disebelahnya.
"Shuutt!" Dia membuat isyarat senyap kepadaku. Kalini aku diam.
Setelah beberapa saat, dia kembali bersuara.
"Kau tak boleh masuk kelas, cikgu disiplin ada dalam kelas kau sekarang!" Katanya dengan nada perlahan.
"So?"
"Kau nak ke kena tangkap datang lewat? Nak kena denda?" Katanya. Aku terdiam.
Lepas itu, kami terdiam lama. Hampir tiga minit kami terdiam. Masih duduk dekat tangga tu.
"Jom!" Ajaknya. Aku memandangnya. Keningku diangkat sebelah.
"Nak pergi mana?" Tanyaku.
"Aku belanja kau. Jom je lah," kataku lalu bangun dari situ. Aku hanya mengikutinya dari belakang.
YOU ARE READING
Silent || JJK
FanfictionSemakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada... -Silent JJK [WARNING!!!] Dont copy & paste my story