TR 01

20.7K 854 20
                                    

Sevit Sport Univ.

Keadaan di seluruh kawasan di university itu dibanjiri dengan pelajar yang baru sahaja pulang dari cuti semesta mereka dan ada juga yang baru menjejakkan kaki di situ buat kali pertama.

4th Senior Year Dorm

Rata-rata pelajar yang baru sahaja memulakan tahun ke-4 mereka sibuk menyusun jadual latihan.

Keadaan di lobi itu sangat sesak dengan pelajar.

"I'm coming home tell the world that I'm cominggggg homeee" nyanyi Dahlia.

"Bising doh" marah Adrinne lalu menarik bagasinya. Manakala Aryana hanya membiarkan mereka berdua dan berjalan ke arah papan kenyataan untuk melihat biliknya.

"Huh kau dapat bilik sorang, Ary?" Soal Dahlia pelik.

"I don't know" balas Aryana kerana Dahlia dan Adrinne ditempatkan di bilik yang sama.

"Aku naik dulu" kata Aryana lalu masuk ke dalam lif.

Sikapnya yang tidak banyak soal itu membuatkan dia tidak kesah jika ditempatkan di bilik yang berasingan dari kawan-kawannya.

"Aku dengar Hanna akan balik"

Adrinne berpaling saat mendengar nama itu disebut.

"Mana kau tahu, Kiey?"soal rakannya.

"Tah ah aku dengar-dengar je" balas Akieyra.

"Korang cakap pasal siapa tadi? Hanna?" Soal Adrinne.

"Ouh Ad. Haah" balas Amirah atlet di bawah Badminton Department. Manakala Akieyra ialah atlet di bawah Netball Department.

"Kau kata dia nak balik?" Soal Dahlia pula.

Amirah mengangguk.

"Kenapa pula? Bukan season ni dia dapat masuk pros league ke?" Soal Adrinne bingung.

"Betul la tu. Tapi aku dengar prestasi dia kurang memberangsangkan. Dah 2 game dia kalah sebab late starter" terang Akieyra.

"Macam mana la kalau Ary tahu ni" kata Amirah.

"I know right" sokong Akieyra.

Adrinne dan Dahlia hanya mendiamkan diri.

"So better jangan Ary tahu" kata Adrinne.

"Kitaorang pergi training dulu la" kata Akieyra.

Adrinne dan Dahlia mengangguk.

Sejurus Adrinne dan Dahlia masuk ke dalam lif, keadaan di hadapan mula menjadi huru-hara.

Sebuah kereta Vellfire berwarna hitam berhenti kira-kira 500m dari pintu masuk dorm.

Tiga jejaka keluar dari kereta itu.

"We're back" tutur salah seorang daripada mereka.

Rata-rata pelajar perempuan bersorak dan menyebut nama mereka.

Mereka yang berdiri di situ hanya tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam dorm.

Pengawal pula terpaksa menghalau pelajar-pelajar yang berkumpul di hadapan dorm.

"Kita dapat bilik bertiga. Jom" tutur lelaki yang memakai snapback di kepala.

"Hah Kal aku dengar Hanna akan masuk sini balik" tutur Izz.

Haykal terus memandang ke arah dua lagi rakannya.

"Dia bukan urusan aku" kata Haykal lalu pintu lif terbuka.

Adrinne&Dahlia POV

Adrinne mundar-mandir di hadapan Dahlia.

"Kau apahal? Cuba duduk. Serabut aku tengok kau" marah Dahlia lalu membaling bantal kecil tetapi Adrinne sempat mengelak.

"This is crazy" ujar Adrinne.

"Kenapa?" Soal Dahlia.

"Tak la kau tak pelik ke sebab apa si Hanna tu nak datang balik. Ke dia ada agenda lain?" Kata Adrinne.

Dahlia menggeleng.

"Kau ni dah la jangan sibuk hal dia" katanya.

Drittt dritttt

Adrinne dan Dahlia terus memeriksa telefon pintar mereka.

"Oh shit" tutur Dahlia lalu mencapai jaket rasmi pasukannya.

Manakala Adrinne juga kelam-kabut memunggah bagasinya.

Pesanan ringkas yang diterima oleh semua pelajar tahun ke-4 itu menggegarkan seluruh dorm.

Masing-masing turun dan berlari ke Sevit Sport Indoor Hall.

Manakala Aryana hanya berjalan dan tidak menghiraukan mereka yang kelam-kabut untuk ke perjumpaan.

Jarak antara dorm mereka dan dewan itu kira-kira 4km.

"Ah Ary tunggu" jerit Dahlia yang berada di belakang.

"Aku jalan je kot. Cepat la" kata Aryana lalu memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket bajunya. Dia hanya berjalan santai manakala atlet lain kelam-kabut berlari ke dewan tersebut.

Dahlia dan Adrinne berlari mendapatkan Aryana.

Nampaknya hari pertama mereka di sini selepas bercuti sudah memaksa mereka marathon dari dorm ke dewan.

Belum lagi jadual latihan yang akan dikeluarkan oleh department masing-masing.

'This gonna be bad day ever'

TBC

Official OST- Stand Up by J-Min

The Rivals✔Where stories live. Discover now