TR 11

9.7K 666 6
                                    

9:00 A.M

Adrinne keluar dari sebuah cafe bersama cup minuman di tangannya. Sudah lama dia tidak ke cafe itu semenjak cuti panjang yang lalu.

Pakaiannya harini menampakkan dia seorang gadis yang feminine. Black pleated skirt dan kemeja putih. Dipadankan pula dengan aksesori seperti gelang dan anting-anting.

Tiba-tiba sebuah Lamborghini Black Matte berhenti di hadapannya.

'Hah siapa pula. Aduhai'

Seorang jejaka kacak yang tinggi lebih kurang 185cm keluar daripada kereta itu dengan kaca mata tersemat di wajahnya.

"Hai shorty" tegurnya.

Mata Adrinne membulat.

'Aduhai mamat ni nak mati awal ke'

Izz menanggal cermin matanya.

"Sorang je?" Soal Izz yang bersandar pada keretanya.

"Eh tak bertiga. Aduhai kau ada nampak orang lain ke dekat sini? Tak ada kan?" Soal Adrinne.

Mahu sahaja dia mencurah air yang berada di dalam cup itu.

"By the way- erm kau nampak macam perempuan harini" seloroh Izz.

Adrinne meniup bangs.

"Habis tu sebelum ni macam apa? Jantan" marah Adrinne.

Namun beberapa pejalan kaki di situ tertarik dengan kemunculan Izz.

"Eh Izz Raykarl la"

"HAAH LA IZZ RAYKARL"

Izz mula menjadi tarikan lensa kamera mereka. Kaca mata dipakai kembali. Lengan Adrinne ditarik.

"Ikut je jangan banyak soal" Adrinne yang clueless itu terus masuk ke dalam kereta Izz.

Kereta itu terus dipandu laju dan meninggalkan kawasan itu.

"Oh-uh"

Adrinne mengeluh.

"Kenapa kau mengeluh?" Soal Izz.

"Oh ah- nothing" balas Adrinne.

"Sorry. Kau tak sepatutnya terjebak macam ni. Tapi kalau diaorang dapat tangkap muka kau lagi susah" ucap Izz.

"Oh"

Sebenarnya Adrinne sedikit trauma dengan keadaan itu. Tetapi dia cuba untuk mengatasi masalah itu sebaik mungkin.

"Oh yea. Nanti aku gantikan latte kau" balas Izz.

"Hah tak apa. Bukan salah kau. Diaorang yang tolak aku tadi" balas Adrinne.

"By the way- kau nak pergi mana actually. And sorry kacau pagi kau" kata Izz.

"Ah cafe tu je. Sebab pukul 11 aku dah kena masuk court" balas Adrinne.

"Kau?" Soal Adrinne.

"Aku baru balik dari company. Ambil barang Mirul" balas Izz.

"Oh"

Keadaan mereka mula menyepi kerana masing-masing masih kekok. Tetapi kalau bertikam lidah ada sahaja ingin dibahaskan.

Someone POV

Seorang lelaki memerhati ketiga-tiga keping gambar di atas mejanya.

Gambar tiga lelaki bersama tiga perempuan.

"Panggil reporter Kim masuk" arahnya melalui intercom.

Sejurus itu seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu.

"I want you to find out those girls" arahnya.

Lelaki di hadapannya mengangguk.

'Hot news. 3 in 1. Aku takkan lepaskan'

Swimming Department

Sudah sejam Dahlia membasahkan dirinya di dalam kolam renang itu. Namun, kelibat pasangannya masih belum dilihat.

Manakala Bella dan Izzuan berada di kolam yang lain.

"Ish mana la mamat ni" keluh Dahlia lalu meletakkan tangannya di tepi kolam dan naik ke atas.

Tuala diambil untuk menutup padannya yang kesejukan.

'Dekat swimming pool pun kalau boleh nak pasang air conditioner'

"Ah mana dia ni?" Soalnya sendirian lalu mencapai botol air yang berada di sebelah kanannya.

"Tunggu aku ke?"

Pffttt

Serentak itu, air yang diteguk ya disembur keluar kembali dari mulut akibat disergah oleh seseorang.

"Serra Dahlia" Mirul menyebut gadis di hadapannya dengan nada yang lembut ditambah dengan senyumannya.

"Oh ooo. Lari" kata Dahlia lalu berlari mengelilingi kolam renang itu.

"Yah kau nak lari mana. Amboi kau dah segarkan muka aku dengan air yang kau sembur dari mulut. Then nak lari. No no no Serra Dahlia" bebel Mirul lalu mengejar Dahlia.

"So sorry. Siapa suruh kau sergah aku" kata Dahlia sambil menoleh ke belakang.

Tanpa disedari dia terlanggar pemegang tangga lalu terjatuh ke dalam kolam renang.

"Dahlia" jerit Mirul apabila tubuh gadis itu tidak timbul di permukaan.

Mirul terus membuka tshirt yang dipakai lalu terjun ke dalam air.

Badan Dahlia dirangkul lalu dibawa ke permukaan air.

Dahlia membuka matanya sambil terbatuk-batuk.

"Weyh kau okay tak?" Soal Mirul risau.

"Uhuk uhuk"

Dahlia hanya menggangguk. Kemudian, Mirul membantunya untuk duduk di tepi kolam.

"Kaki kau okay tak? Kalau tak kita pergi jumpa medic" kata Mirul lalu menyangkutkan tuala di bahu Dahlia.

Kemudian, tuala kecil dihulurkan kepada Dahlia.

"Thanks" ucap Dahlia.

Dia juga seakan-akan trauma dengan kejadian tadi. Nasibnya baik kerana Mirul segera menyelematkannya kerana sistem badannya tidak dapat berfungsi ketika itu serta otaknya tidak dapat memproses maklumat yang cuba disampaikan.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now