TR 41

7.1K 448 3
                                    

Dahlia menilik pakaian yang tersarung pada tubuhnya di hadapan cermin dari atas hingga ke bawah.

Manakala Adrinne yang duduk di atas katil mampu menggeleng melihat kelakuan Dahlia yang tidak habis-habis membetulkan pakaiannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Manakala Adrinne yang duduk di atas katil mampu menggeleng melihat kelakuan Dahlia yang tidak habis-habis membetulkan pakaiannya.

"Dah cantik dah tu" akhirnya Adrinne bersuara.

Dahlia terus berpusing lalu melihat jam yang tergantung pada dinding bilik mereka. Masih ada lagi 15 sebelum jarum jam menginjak ke angka 6 yang menandakan 8:30.

Dia melepaskan keluhan perlahan.

Kerusi beroda yang elok berada di mejanya ditarik lalu melabuhkan punggung di atas kerusi kulit itu.

"Terngiang-ngiang doe ayat wear something nice dia tu. Aku rasa aku bukannya fashion terrorist" luah Dahlia.

Serentak itu, Adrinne menampar dahinya sendiri.

'Apa ke blur sangat kawan aku ni'

"Ary mana?" soal Dahlia lagi.

Dari petang tadi dia tidak melihat kawannya yang seorang itu. Takkan keluar dengan teman lelakinya sehingga malam kot.

"Balik rumah dia sebab Aryssa ada dekat sana" balas Adrinne sambil jari-jemarinya ligat menyentuh skrin telefon pintarnya.

"Lagi 4 hari nak cuti, dia dah apply cuti sendirian berhad ke" kata Dahlia.

Adrinne hanya memandang Dahlia sekilas.

"Dah pergi la cepat" halau Adrinne.

"Tch halau" Dahlia berdecit.

Dia bangun lalu mengambil beg tangannya.

Pintu bilik ditutup rapat.

Meanwhile

Mirul menunggu di hadapan bangunan dorm sambil menyandarkan badannya di kereta. Jam pada tangannya dikerling sekilas.

"Ehem"

Mirul terus mengangkat kepalanya apabila terdengar dehaman tersebut.

Dahlia berdiri di hadapan Mirul sambil menyilangkan tangannya ke dada apabila jejaka itu masih lagi tidak perasan akan kehadirannya terus dia berdeham.

"Great. On time. Let's go" Mirul terus membukakan pintu kereta buat Dahlia.

Manakala gadis itu tanpa bersuara terus masuk ke dalam kereta milik jejaka itu.

"Kita nak pergi mana?" soal Dahlia setelah menilik gaya pemakaian Mirul.

Jejaka muda itu mengenakan kemeja berwarna navy blue dan dipadankan dengan denim jeans.

"Secret" balas Mirul dengan nada seakan-akan gaya bad boy.

Dahi Dahlia mula menghasilkan kerutan. Pelik melihat jejaka itu pada malam ini.

'Kena sampuk ke mamat ni? Mohon dijauhkan'

"Ary!"

Aryana terus menjarakkan telefon daripada cuping telinganya. Sumpah suara nyaring Adrinne boleh memekakkan telinganya.

Telefon itu didekatkan semula.

"Kau apahal? Terjerit-jerit macam beruk boleh ada"

"Gosh aku rasa firasat aku betul weyh. Oh my God"

"Firasat what? Explain"

"Alah Mirul dengan Dahlia"

"Hah?"

"Tekaan aku about soalan Mirul tu la. Petang tadi Dahlia story dekat aku yang Mir ajak dia keluar malam ni. So I guess Mir nak confess. Omg"

"Jangan suka sangat. Kita tak tahu apa yang akan jadi seterusnya"

Terus mati senyuman Adrinne sebaik sahaja mendengar ayat Aryana di hujung panggilan.

"Aku tak nak pisang berbuah dua kali"

Adrinne terkedu mendengar ayat yang dilontarkan oleh kawannya itu lagi.

"Aku tahu tu. Tapi Mir takkan buat sama macam Denny kan. Aku berani jamin yang Dahlia akan bahagia dengan Mir. Lagipun Kisah Den dengan Dahlia dah lama Ary"

"Bukan aku tak sokong cuma jadikan pengajaran. Dahlia-"

"Ary trust him okay. Trust him macam mana kau percayakan Haykal untuk bahagiakan kau"

"Okay"

"Bye"

Akhirnya perbualan mereka berakhir dengam aura dingin.

Aryana meletakkan telefonnya di atas meja solek. Kemudian bingkai gambar yang berada di situ diambil.

Gambar itu ialah gambar mereka bertiga sewaktu Dahlia menjalinkan hubungan bersama seorang atlet kebangsaan kira-kira tiga tahun yang lalu.

Universal Restaurant

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Universal Restaurant

"Mirul Daniel" tutur Mirul kepada receptionist yang berdiri di kaunter penyambut tetamu.

"Please follow me" tutur pekerja restaurant itu.

Dahlia yang kelihatan bingung itu terkial-kial mengekori langkah Mirul di hadapannya.

"This is your table sir, miss. And we will serve your food in minutes"

"Thank you"

"You're welcome" pekerja tadi terus beredar selepas meninggalkan Dahlia dan Mirul di meja mereka.

"Sit" lamunan Dahlia terhenti apabila mendengar suara Mirul.

Jejaka itu sudah menarikkan kerusi buatnya untuk duduk. Dahlia yang masih tertanya-tanya terus duduk di atas kerusi tersebut.

Selepas itu, Mirul terus duduk di hadapan Dahlia.

"Kenapa-"

Kata-kata Dahlia terhenti di situ apabila dia menyedari keadaan restoran di tingkat atas itu sangat pelik untuk satu makan malam yang biasa.

Dengam belon berbentuk hati tergantung diudara serta lilin-lilin merah jambu yang dinyalakan di sekeliling mereka. Sebuah piano juga menyinggah retina matanya di atas pentas.

"What are we doing here? I mean this is so weird" soal Dahlia.

"What are we doing here? Dinner of course Miss Dahlia. Weird? Apa yang weird?" jawab Mirul satu per satu soalan daripada gadis di hadapannya.

Dia tahu Dahlia sedang tertanya-tanya dalam dirinya sendiri. Senyumanya disorokkan daripada gadis itu.

Dahlia mula berpeluk tubuh apabila tidak berpuas hati mendengar jawapan Mirul. Belakang badannya disandarkan ke kerusi.

Selang beberapa minit kemudian, makanan mereka dihidangkan oleh pelayan.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now