TR 05

10.5K 721 2
                                    

Adrinne memunggah laci alatan sukannya.

"Woi mana bandage aku. Aduhhh" jeritnya.

Walaupun hanya dia sahaja di dalam bilik kerana Dahlia baru sahaja keluar 5 minit yang lalu.

Kawasan wardrobe-nya sudah seperti tempat pembuangan sampah.

"Ahh Aryana!" jeritnya lalu mencapai beg latihannya dan masuk ke dalam bilik Aryana yang berhadapan dengan biliknya.

Aryana yang sedang mengemas beg latihannya mendengus.

"Kau pehal terpekik-pekik?" Marahnya.

Adrinne membesarkan matanya.

"Uhuk uhukk"

Adrinne bermain-main dengan lengan jaket Aryana.

"What's wrong with you?" Soal Aryana lagi selepas siap mengemas begnya.

"Hrm aku nak pinjam bandage. Aku punya tak jumpa la" rayu Adrinne.

Aryana meniup bangs-nya.

"Ambil la dalam kotak tu. Aku pergi dulu. Jangan lupa tutup pintu" arahan yang dikeluarkan amat jelas.

Adrinne mengangguk berkali-kali.

Padang

Aryana duduk di tepi bagi menyusun laporan kesihatan pelajar tahun pertama.

Sesekali dia melihat atlet-atlet lain sedang berlari mengelilingi padang.

Beberapa minit kemudian, Najmi menghampirinya bersama seseorang.
Pancaran matahari yang tepat ke arah penglihatannya menyukarkan dia untuk melihat.

"Weyh ni laporan Haykal. Jangan bercampur pula" kata Najmi.

Aryana berdiri sambil mengangguk.

"Haykal ni Aryana dia satu kategori dengan kau merangkap setiausaha department" kata Najmi.

Haykal memandang gadis di hadapannya.

'Aryana? Macam pernah dengar and tengok muka dia ni. Ary— Aryana. Hah'

Kejadian di mana dia menyelamatkan seorang gadis daripada dilanggar bermain di fikirannya.

'Ouh dia ke orangnya'

Aryana memandang Haykal dengan riak biasa.

'Hotstuff Sevit my sole. Kenapa la student perempuan fangirling sangat. Ok memang la rupa dia ada tapi bukan style aku nak pandang lelaki'

"Err Ary kau tenung dia macam nak tembus dah dengan laser kau tu" bisik Najmi.

"Ouh yea sorry" balas Aryana.

"Kitaorang training dulu. Nanti dah habis susun tu kau letak dekat beg aku" kata Najmi.

"Ok" balas Aryana ringkas.

Semua rutin harian mereka sebelum cuti kini bermula seperti biasa.

Beberapa hardcore training juga dijadualkan kepada atlet yang bakal mengikuti pertandingan akan datang.

1:30 P.M

Adrinne menghentak kakinya tanda protes lalu masuk ke dalam cafeteria.

Dia cuba mencari batang hidung rakan-rakannya.

Telefon pintarnya dikeluarkan.

"Korang dekat mana ni?"

"Cakap perlahan-lahan boleh tak?

"Tuan puteri sekalian di mana?"

"Meja nombor 13"

"Baik tuan puteri. Terima kasih"

Adrinne terus berjalan ke arah meja nombor 13.

Kerusi ditarik kasar lalu secara mengejut dia meletakkan kepalanya di atas meja.

"Eh kau asal ni?" Soal Dahlia pelik melihat kelakuan kawannya.

Aryana yang sedang menghirup minumannya terus tersedar.

Dadanya ditepuk berkali-kali.

"Ada juga makan straw ni nanti" kata Aryana geram.

Adrinne mengangkat kepalanya kembali. Muka sedih ditayangkan.

"Hey muka kau kenapa?" Soal Aryana.

"Mamat tu panggil aku pendek. Huaaaaaaa" raung Adrinne.

Serentak itu, Dahlia menyumbat salad ke dalam mulut Adrinne.

Aryana menundukkan kepalanya dan mengeluh.

"Woi woi. Cover ah. Malu budak lain tengok" kata Dahlia.

"Pendek? Mamat mana ni?" Soal Aryana pening.

"Tu hah. Panjang umur pendek akal" kata Adrinne lalu memuncungkan mulutnya.

"Hai pendek. Jumpa lagi kita" sakat Izz yang sedang memegang dulang makanan.

Di belakangnya terdapat Mirul dan Haykal.

Beberapa pelajar sudah memandang ketiga-tiga gadis itu dengan pandangan membunuh.

Adrinne menarik nafasnya dalam-dalam.

"Sabar Ad sabar" kata Adrinne.

"Ouh yea by the way boleh duduk sekali?" Soal Mirul.

"Oh. Hah duduk. Duduk la" kata Adrinne dengan senyuman seperti seorang psiko.

Senyumanya yang menyeramkan itu membuatkan Izz berundur.

Kini kerusi meja bulat itu dipenuhi dengan Haykal, Izz dan Mirul.

Dahlia dan Aryana memandang sekeliling mereka.

'Mampos'

Manakala Adrinne merenung tajam Izz.

Teringat kejadian di mana Izz tersalah pass bola lalu terkena pada kepalanya.

Bangs-nya ditiup.

"Makan Ad makan. Heheheh" kata Dahlia lalu menyumbat salah ke dalam mulut Adrinne.

Izz hanya menanyangkan senyumannya kepada Adrinne.

Penumbuk ditayangkan di hadapannya oleh Adrinne.

"Sorry I got to go" kata Aryana lalu mengangkat dulangnya.

Dia ada urusan yang perlu diuruskan.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now