TR 33

7.8K 530 14
                                    

Greenish Park

Kereta Haykal berhenti di tempat letak kereta taman tersebut.

Aryana memerhati sekeliling sambil menanggalkan seatbelt. Dia masih lagi tertanya-tanya mengapa jejaka itu membawanya ke sini.

Haykal turun dari kereta tanpa berkata apa-apa. Aryana juga bergegas keluar dari kereta.

"What are we doing here?" soal Aryana.

Soalan itu hanya dibiarkan sepi, Haykal terus melangkah ke arah taman itu lalu berhenti di hadapan sebuah bangku yang berhadapan dengan sebuah tasik buatan manusia.

Aryana terus mengekori langkah lelaki itu lalu duduk di sebelahnya.

"Masa aku putus dengan Hanna dulu, aku suka datang sini and nobody knows about this place. You're the first person to come here with me" ujar Haykal.

Hujan yang baru sahaja berhenti itu membuatkan suhu sekeliling terasa sejuk dan dingin.

Setelah mendengar kata-kata Haykal, Aryana terus memusingkan wajahnya memandang lelaki itu.

"Why?" soal Aryana.

"Because aku rasa lain bila aku dengan kau. Tak sama macam aku dengan dia dulu. You know what I mean right?" balas Haykal tenang.

Matanya masih menghadap ke arah tasik di hadapan mereka.

Aryana terus memalingkan wajahnya. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Mindanya tidak mampi untuk menyusun kata-kata membalas bicara jejaka tersebut.

"You don't understand Haykal, I never been in relationship before. And for me it's just a waste" balas Aryana lalu menunduk.

Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia diserbu dengan perasaan rasa bersalah dalam dirinya terhadap jejaka itu.

Haykal senyap. Hanya kedengaran bunyi angin yang menyapa telinga dua manusia itu. Sunyi. Sepi. Lama mereka dalam keadaan begitu.

Aryana juga melarikan pandangannya ke arah tasik di hadapan mereka.

"Aryana" panggil Haykal lembut.

Aryana terus mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah jejaka itu. Rambut lelaki itu kelihatan agak sedikit serabai akibat tamparan angin.

"Hrm" Aryana memandang Haykal tepat ke dalam iris jejaka itu.

"Trust me. Believe in me and I will make you happy for your entire life. Make me the first and you will be my last" tutur Haykal.

Aryana kaku mendengar kata-kata jejaka itu. Mulutnya terasa seperti dikunci begitu juga dengan pergerakannya. Seluruh sistem tubuhnya lumpuh buat seketika apabila Haykal menghabiskan kata-katanya. Seperti ada butterflies in her stomach.

She, Aryana the heartless one but she can't handle this man as well. Is this what we called as love?

3 days later

Fitness Day

Izz menolak bahu Mirul apabila dia terlihat sesuatu.

Mirul terus memandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh kawannya.

Stadium besar SSU mula dipenuhi dengan ramai atlet yang berarak masuk, jarum jam masih menunjukkan jam 7:30 pagi. Mereka masih mempunyai 30 minit untuk membuat persiapan di khemah masing-masing.

Mirul memandang ke arah dua gadis yang bersandar pada salah satu tiang yang berdekatan dengan mereka.

Dua gadis itu diperhati.

"They're unexpectable" ujar Mirul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"They're unexpectable" ujar Mirul. Jaket rasmi swimming department pada tubuhnya dikemaskan.

"Mana Ary? Aku tak nampak pun?" soal Izz kerana hanya melihat dua rakan itu sahaja.

"Tak tahu. Jom la"

Adrinne bersandar pada dinding. Sekelilingnya diperhatikan kosong.

"Jom la" ajak Dahlia apabila semua atlet SSU mula bergerak ke khemah jabatan masing-masing. Jaket yang terikat ada pinggang rampingnya dirungkai lalu disarung ke tubuhnya.

"Jom"

Mereka mula bergerak ke khemah yang telah disediakan. Pada hari ini mereka semua dikenali sebagai pesaing. Sudah tentu pesaing terhebat mereka ialah Field and Track Department iaitu johan FD buat 3 tahun berturut-turut.

"Let me help you"

Aryana mendongak sebaik sahaja mendengar suara yang dikenalinya. Kotak yang berada di tangan Aryana bertukar tangan.

"Are you okay nak join acara hari ni? If not I boleh bagitahu Najmi suruh tukar" ujar Haykal.

"Nah no need I okay la" balas Aryana.

Flashback

Haykal memandang Aryana. Dia menanti dengan penuh sabar untuk mendapatkan jawapan gadis di hadapannya.

Aryana menyatukan tangannya. Entah mengapa dia berasa nervous.

"Aryana" panggil Haykal lagi.

"Yes" balas Aryana.

Melalui anak mata jejaka itu, Aryana sudah dapat mengagak bahawa dia mahukan jawapan.

"Ermm" lambat-lambat dia mengangguk.

Haykal mula mengukir senyuman.

"Thank you"

"Haykal we need you dekat atas podium nanti untuk baca ikrar" datang Khairil menegur mereka.

Haykal meletakkan kotak itu di atas meja yang terletak di bawah khemah.

Dahi Haykal mula berkerut. Aryana juga memandang rakan sepasukan mereka itu pelik. Bukankah sepatutnya president setiap department yang akan membaca ikrar?

"Mana Naj?" soal Haykal.

"Er" Khairil mengusap lehernya.

"Dia sakit perut" tuturnya perlahan dengan gelak yang ditahan.

"Pftt" Aryana mula melepaskan tawanya.

Haykal memandang Aryana dengan muka toya bersama pandangan Is it really funny?

"Okay sorry" tutur Aryana lalu mengunci mulutnya apabila sedar dia diperhatikan oleh Haykal dan Khairil dengan pandangan yang tajam.

"Hah you tunggu apa pergi la. Acara nak mula bila dean sampai nanti" arah Aryana apabila dia juga perlu bersiap untuk ke bahagian pintu masuk di bahagian timur untuk acara berarak masuk.

"Bye" ucap Haykal. Dia segera melangkah mengikuti Khairil untuk ke bahagian pintu masuk di bahagian selatan, di mana semua president setiap department perlu berkumpul.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now