TR 38

7.2K 486 7
                                    

"What is this?!" jerkahan itu membuatkan satu cafeteria terus memandang ke satu sudut yang sama.

Mirul dan Dahlia yang baru sahaja selesai mengambil makanan mereka juga terkejut.

"Asal tu?" soal Mirul. Dahlia terus menjongketkan bahunya.

Namun tanpa mereka sedari meja itu dihuni oleh Izz dan Haykal. Sedang dua jejaka itu elok berbual-bual sambil menjamu makan tengah hari mereka, tiba-tiba sahaja Izz didatangi seorang perempuan.

Izz mencerlung tajam ke arah perempuan itu.

"Don't make a scene here" tutur Izz tenang.

Dia amat mengenali perempuan yang menyerangnya secara tiba-tiba ini. Kayla, seorang atlet gymnastic yang juga merupakan seorang model terkenal di bawah jenama Nano9Go. Atau dahulunya dia ialah bekas teman wanita kepada Tengku Izz Raykarl.

Haykal sudah menggelengkan kepalanya. Sangkanya pasti berita mengenai hubungan Izz dan Adrinne sudah mula menjadi berita panas sejak dua hari pasangan itu secara rasminya menjalinkan hubungan.

"We're already over" balas Izz walaupun dia tahu banyak mata yang sedang memerhati.

"You said you love me? And now what? Izz please don't do this to me" rayu Kayla.

Seketika, Dahlia dan Mirul tiba di meja itu. Langkah Mirul terhenti apabila terlihat Kayla di situ. Dia terus memandang Haykal.

Haykal hanya mampu menjongketkan bahunya sahaja.

"Oh My God. This is a disaster" gumam Mirul perlahan tanpa disedarinya boleh didengari oleh Dahlia yang masih statik berdiri di sebelahnya.

"Disaster? Kenapa ni?" soal Dahlia ingin tahu.

"Izz please" Kayla mula memeluk lengan jejaka itu.

Mata Dahlia membulat melihat aksi itu.

Mirul segera meletakkan dulangnya di atas meja lalu menarik Dahlia pergi.

"Eh wait- wait- tapi- " Dahlia terus dibawa keluar meninggalkan cafeteria itu secara dipaksa.

"Go Kayla" halau Izz. Terus sudu dan garfunya diletakkan di atas dulangnya.

Seleranya terus hilang. Sudahlah banyak mata yang memerhati.

"But Izz- I love you. Please Izz, everyone deserves a second chance" rayu Kayla.

Pap

Izz terus mengangkat dulangnya lalu berjalan pergi ke arah kaunter meletakkan pinggan kotor. Haykal hanya membontotinya dari belakang.

Namun Kayla masih lagi tidak berputus asa, segera dia mengekori jejaka itu yang berjalan keluar dari cafeteria tanpa melihat ke arahnya.

"Izz" Kayla meluru ke arah Izz lalu memeluk jejaka itu dari belakang tanpa rasa segan silu.

Izz tersentak.

"Izz"

Lagi mengejutkan saat Izz mengangkat wajahnya dia terlihat Adrinne berdiri betul-betul di hadapannya. Sudah semestinya dengan muka yang sukar ditafsir oleh Izz sendiri.

"What the hell is going on here?" soal Adrinne yang sudah pasti menginginkan penjelasan.

Mirul yang terlihat termengah-mengah berlari ke arah mereka sudah tentu jejaka itu tidak sempat menghalang Adrinne.

Izz segera menolak Kayla kasar sehinggakan gadis itu terjatuh di atas lantai cafeteria itu.

"Auch" adunya.

"Are you serious with me or not?" soal Adrinne apabila melihat tindakan Izz itu.

"I-" tiba-tiba sahaja Izz was taken back kerana soalan Adrinne.

Tentu sekali gadis itu meraguinya kini. Dan yang pasti Adrinne believes what she sees.

Adrinne memejamkan matanya seketika kemudian menghembuskan nafasnya. Dia terus membuka langkah pergi meninggalkan mereka di situ. Dahlia yang baru tiba di situ juga membatukan dirinya.

Kayla sudah tersenyum kemenangan.

"This is your fault bitch" tengking Izz dengan muka bengisnya.

Kemudian melangkah pergi. Panas hatinya jika terus berlama di situ.
Haykal memandang Kayla dengan pandangan yang jijik.

"Murah" gumamnya lalu berjalan pergi.

Meanwhile

"Adrinne"

"Adrinne"

Adrinne pantas mengelap air matanya kasar. Namanya yang dipanggil berkali-kali itu sudah tidak dihiraukan lagi. Dia terus maju ke hadapan tanpa menoleh.

Manakala Izz berlari untuk mendapatkan Adrinne yang jauh berada di hadapan. Gadis itu langsung sedikit pun tidak menoleh ketika namanya dilaungkan.

Hubungan mereka yang masih mentah ini sudah diuji dengan dugaan seperti ini. Adakah mereka mampu untuk meneruskannya?

Adrinne terus berjalan ke hadapan. Tanpa disedari sebuah kereta meluncur laju di kawasan itu. Tetapi gadis itu tanpa teragak-agak terus melintas tanpa menoleh.

Izz sudah melihat ke arah kereta tersebut. Dia mempercepatkan lariannya.

"ADRINNE!" jeritnya kuat namun hampa Adrinne sedikit pun tidak menoleh mahupun berhenti melangkah.

Zrett

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now