TR 29

8.1K 503 3
                                    

Langkah Aryana terhenti apabila ada tangan lain yang memegang lengannya dari belakang.

Gadis itu segera menoleh untuk melihat orang yang telah menghentikan langkahnya.

"Kau pergi mana semalam?" soal suara itu lalu melepaskan lengan Aryana.

"Nothing important" balas Aryana sedikit dingin.

Manakala mahasiswi yang melalui kawasan itu sudah memerhati Aryana dengan pandangan yang membunuh.

Sejak berita mengenai hubngan dua atlet itu tersebar luas, Aryana mula tidak senang apabila diperhatikan sebegitu rupa. Padahal hubungan mereka hanya atas dasar business semata-mata.

"I'm talking to you Aryana. Are you listen to me?" soal Haykal.

Aryana mengalihkan pandangannya tepat ke muka Haykal.

"Sorry what?" soal Aryana kembali.

Haykal memandang Aryana.

"Malam ni dinner dengan aku. Pukul 9 sharp dekat bawah" ujar Haykal lalu meninggalkan Aryana di situ.

"Sorry what dinner?" Aryana kelihatan sudah hilang kata-kata.

"Argh whatever"

Aryana terus melangkah masuk ke dalam gymnasium untuk memulakan latihan paginya.

Meanwhile

"Argh! I'm so dead" laung Dahlia lalu menekup mukanya ke bantal.

Adrinne yang baru sahaja keluar dari bilik mandi terkejut melihat kelakuan kawannya itu.

"Kau apahal?" soalnya lalu melibas tualanya perlahan ke badan Dahlia.

"Tu kau tengok la tu" katanya lalu menolak perlahan Samsung Galaxy Note 9 itu menggunakan kakinya.

Adrinne mengangkat sebelah keningnya lalu mengambil telefon pintar milik kawannya itu.

Adakah atlet Serra Dahlia dan perenang terkenal Mirul Daniel akan menjadi seperti pasangan Tengku Haykal dan Tengku Aryana yang dilaporkan bercinta

"Ala nothing serious pun" kata Adrinne selamba.

Dahlia mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Adrinne. Tidak percaya apa yang didengari olehnya sebentar tadi.

"Weyh you should support me" bentak Dahlia lalu membaling sebiji bantal ke arah Adrinne kerana geram.

Dahlia kembali menutup mukanya dengan bantal. Sudahlah gambar yang digunakan oleh pihak media itu ialah gambarnya dan Mirul yang sangat kelihatan mesra.

"Remember Ary kena lagi teruk daripada kau" ujar Adrinne sambil menyangkut tualanya.

Pintu wardrobe ditutup. Manakala Dahlia tiada tanda-tanda untuk berhenti melakukan kelakuan peliknya itu.

"Dah la Dahlia oi" pujuk Adrinne lalu melabuhkan punggung di atas katilnya.

"Aku tak ras-"

Drit drit drit

Kata-kata Adrinne terhenti di situ kerana bunyi yang datang daripada telefon Dahlia itu.

Dahlia mengangkat kepalanya.

"Ish siapa pula yang kacau time aku tak ada mood ni" getusnya.

Tanpa melihat nama pemanggil pada skrin dia terus menyentuh icon berwarna hijau.

The Rivals✔Where stories live. Discover now