TR 27

8.3K 543 8
                                    

Swimming Competition(Univ.)

Dahlia yang duduk di bilik menunggu di mana menempatkan kesemua atlet yang mengambil bahagian. Di situ juga disediakan sebuah monitor besar yang menayangkan acara mereka secara live.

Dahlia menyumbatkan wireless iPod ke dalam cuping telinganya.

Tanpa menghiraukan peserta lain, dia hanya khusyuk mendengar lagu yang dimainkan melalui alat itu.

Tanpa disedari, seseorang datang lalu menarik earphone di sebelah kanannya dan duduk di kerusi kosong di sebelahnya.

Serentak itu, Dahlia mencelikkan matanya kembali.

Dia menoleh.

'Ish sesuka hati dia je ambil earphone aku'

Kelihatan Mirul ialah orang yang sudah mengganggu ketenteramannya sebelum acara bermula.

Dahlia melihat sekelilingnya. Ada atlet perempuan lain yang sudah berbisik-bisik.

"Bagi la balik" minta Dahlia.

"Hurm? Tak nak" kata Mirul selamba.

Dia juga turun menikmati alunan muzik itu di telinganya.

Sebelah tangannya pula sedang sibuk menyentuh skrin telefon pintarnya.

Dahlia menjeling jejaka itu. Geram.

"Ish orang lain pandang la" tutur Dahlia.

Mirul terus menutup telefon pintar dan memusingkan kepalanya ke kiri, memandang tepat ke arah wajah Dahlia.

"Jangan kesah apa orang kata. Jangan jaga perasaan orang lain tapi jaga hati dan perasaan kau and one more-"

"-put your trust on me"

"Muhammad Mirul Daniel please get ready"

Serentak itu, Mirul bangun dan berjalan meninggalkan bilik menunggu itu. Dahlia terkesima.

Kemudian dia melihat ke arah tapak tangannya. Terdapat sebelah lagi earphone miliknya yang diambil oleh Mirul sebentar tadi.

Acara bermula dengan kategori lelaki acara 100M gaya bebas.

Dahlia statik di tempatnya. Masih cuba untuk menghadam setiap tutur kata yang dilontarkan oleh Mirul sebentar tadi.

'Apa yang dia cuba sampaikan?'

Meanwhile

"Weyh Ad"

Izz menggoncangkan tubuh Adrinne yang terbaring di atas court.

Dia sudah tidak sedarkan diri.

Beberapa orang ahli medic datang membawa stretcher.

"Perlawanan akan ditangguhkan buat sementara waktu"

Kesemua pemain dari SSU memandang pasukan lawan mereka dengan pandangan maut.

Jika tidak disebabkan salah seorang daripada mereka sengaja membaling bola itu dengan kuat ke arah belakang kepala Adrinne, sudah tentu gadis itu tidak akan pengsan.

Izz mengekori jurulatih mereka ke bilik rawatan.

Darah yang mengalir turun daripada hidung Adrinne sudah dilap.

"That player sepatutnya digantung" luah Ain dengan rasa tidak puas hati.

"We will see what happened next" tutur jurulatih mereka.

"You should tell Aryana or Dahlia about their friend, Izz" ujar Ain.

"Dahlia is busy with competition today. But Aryana I don't know. I will check on her later"

Back to Dahlia and Mirul

Sebaik sahaja sejam setengah berada di bilik menunggu, Dahlia akhirnya mencelikkan matanya apabila nama acaranya telah diumumkan melalui pembesar suara.

Wireless iPod itu ditanggalkan.

Dia bersama-sama dengan 6 orang peserta lain beratur dan bergerak masuk ke tempat pertandingan.

Saat dia berdiri di atas platform, matanya ter-eye contact dengan Mirul yang sedang duduk di bangku rehat peserta dengan badannya ditutup dengan tuala.

Mirul yang juga membalas pandangan Dahlia menuturkan sesuatu melalui bibirnya tanpa bersuara.

"You can do this"

Dahlia segera menumpukan perhatiannya semula ke hadapan.

Badannya dibongkokkan.

'Yea you can do this Dahlia. Ni bukan your first time'

Mirul yang berdiri di tepi kolam itu tidak langsung mengalihkan pandangannya daripada melihat Dahlia.

Kesemua peserta sudah bersedia di atas platform masing-masing.

Bang

Prittttt

Tembakan yang disusuli bunyi wisel itu menandakan sudah bermulanya pertandingan.

Dahlia terjun ke dalam kolam tanpa teragak-agak.

Mirul yang memerhati bersorak.

"Yes"

Gadis itu memulakan acara kegemarannya dengan baik.

Ramai juga atlet dari department lain turut hadir untuk menyokong universiti masing-masing.

Beberapa orang reporter juga turut serta apabila mengetahu nama Mirul turut tersenarai sebagai peserta.

Dahlia menyentuh touch bar. Masa dihentikan.

Dia terus melihat ke arah skrin utama yang mempaparkan masa yang diambil oleh atlet untuk tiba di garisan penamat.

"Yash"

Dahlia yang masih belum keluar dari kolam renang itu melompat kegembiraan.

"Serra Dahlia dari SSU sekali lagi memecahkan rekodnya sendiri dengan 14.56 saat"

Pelajar SSU mula bersorak apabila melihat nama universiti mereka berada di tangga teratas.

Dahlia terus meluru ke arah Mirul sebaik sahaja keluar dari kolam.

"Yeayyy" soraknya.

"See you can do it" kata Mirul lalu mereka berjalan masuk ke ruang menunggu.

Namun, perkara ini hanya dipeka oleh pihak media sahaja apabila Dahlia memeluk lengan Mirul. Manakala Mirul meletakkan tuala di atas bahu Dahlia.

Nampaknya Mirul dan Dahlia juga tidak sedar akan tindakan mereka itu.

Acara seterusnya berjalan dengan lancar sehinggalah tamat pada pukul 7.30 petang.

Keseluruhannya SSU mengutip 20 emas dan 12 perak.

Mirul dan Dahlia juga masing-masing membawa pulang gelaran MVP pada pertandingan kali ini.

Namun semuanya tidak berakhir di sini sahaja.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now