TR 44

7K 463 14
                                    

3 days later

"Assalammualaikum"

Pintu rumah ditutup perlahan. Kasut sukan yang tersarung pada kakinya ditanggalkan sebelum melangkah masuk ke dalam.

Beg galas yang tersangkut pada bahu kanannya dibetulkan.

"Waalaikumsalam"

"Eh Dahlia" tegur seorang wanita.

Dahlia terus berjalan ke arah wanita itu lalu disalaminya.

"Kamu sihat?" soalnya.

Dahlia mengangguk perlahan.

"Hey kenapa dengan anak mama ni? Muka tu macam ada masalah je?" tembak Puan Sri De'layla setelah melihat wajah suram anaknya.

Dia mengenali Dahlia dengan perwatakan yang periang setiap kali pulang ke rumah tetapi tidak kali ini.

"Lain kali okay ma? Dahlia penat, nak naik atas rehat dulu" balas Dahlia sopan tidak mahu mamanya berkecil hati.

Puan Sri De'layla hanya mengangguk lalu menguntumkan senyuman buat anaknya.

Dahlia dibiarkan untuk berehat. Mungkin anak gadisnya penat dengan kerjanya sebagai model serta tugasnya sebagai seorang mahasiswi atlet.

PAP

Beg galas Adidas itu diletakkan di atas lantai di tepi sofa. Kemudian langkah diatur naik ke atas katil.

Sudah 3 hari dia memikirkan jawapannya buat jejaka itu tetapi masih belum atas kata putus.

Tiba-tiba teringat kembali cerita Adrinne mengenai bekas tunang yang hampir menjadi suaminya ketika dia berusia 20 tahun.

Adrinne dan Aryana menapak masuk ke bilik selepas membaca message daripada Dahlia.

"Ada apa kau nak bagitahu?" soal Adrinne tidak sabar.

"Semalam— Mirul confess dekat aku— and—" Dahlia menghembus nafasnya berat.

"And?" soal Aryana.

"Dia ajak aku kahwin. I mean dia melamar aku semalam" jelas Dahlia.

Kedua-dua mereka yang mendengar penyataan itu terkejut.

"Seriously?" soal Adrinne.

Dahlia mengangguk lemah lalu menunjukkan kotak cincin pemberian Mirul kepadanya.

"Haykal tak bagitahu kau apa-apa pasal ni?" soal Adrinne lebih kepada Aryana.

Aryana lantas menggeleng. Mungkin teman lelakinya tidak tahu-menahu perihal ini.

"How about Izz?" soal Aryana pula.

"Same goes to Haykal. Dia tak tahu rasanya" balas Adrinne.

"So sekarang macam mana Dahlia?" soal Adrinne lalu memandang kawannya.

Dahlia melepaskan keluhannya lagi. Bahunya dijongket tanda tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang.

"Fikir baik-baik Dahlia" pesan Aryana lalu beredar. Dia ingin memberikan ruang kepada kawannya itu untuk berfikir.

8:30 P.M

Dahlia melangkah masuk ke ruang makan, melihat Puan Sri De'layla sedang menghidangkan makan malam mereka sekeluarga dan dibantu oleh dua pembantu ruang. Tan Sri Dzull elok duduk di tempatnya.

"Pa" tegur Dahlia.

Tan Sri Dzull mengangguk apabila melihat anak gadisnya turut serta mereka di meja makan itu bersama dua lagi anak lelakinya.

"Bila kamu sampai Lia?" soal Tan Sri Dzull.

"Pagi tadi" balas Dahlia.

Syahmi Darius memandang adik bongsunya.

"Asal muka kau macam serabut je?" soalnya.

Dahlia memandang abang sulungnya.

"Biasa la penat training" balas Dahlia.

Si abang hanya mengangguk.

"Lia ada nak cakap apa-apa ke dekat papa?" soal Tan Sri Dzull seolah-olah boleh membaca fikiran anak bongsunya itu.

"After dinner, I will tell you later" jawab Dahlia. Lauk dicedok ke pinggannya.

Mungkin dia perlu berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu soal itu. Takut-takut ada bantahan dari mana-mana pihak. Tambahan pula, dia tidak mahu dikecewakan buat kali kedua.

After dinner

Dahlia membantu Puan Sri De'layla menghidangkan air buat Tan Sri Dzull serta dua abangnya iaitu Syahmi Darius dan Syamil Dazrel.

"Kamu nak kata apa Dahlia? Papa dengan mama pun ada benda nak bagitahu kamu ni" ujar Tan Sri Dzull memulakan topik perbualan mereka.

Manakala dua anak terunanya hanya mengunci mulut mereka.

"Ada orang melamar Lia tiga hari lepas"

Kesemua mata terus terarah kepada dirinya setelah baris ayat terakhir habis dituturkan.

"Siapa?" celah Darius.

"Mirul Daniel"

"Athlete-celebrity tu ke?" teka Dazrel.

Dahlia mengangguk.

"Model under KD Insurance?" soal Puan Sri De'layla menginginkan kepastian mengenai lelaki yang dikatakan anak-anaknya itu.

Dahlia sekali lagi mengangguk.

"Abang" Puan Sri De'layla memandang suaminya.

"Macam anak Tan Sri Amren je si Daniel tu" bisik Puan Sri De'layla.

Tan Sri Dzull memandang isterinya.

"Ehem. Dahlia sebenarnya dua hari lepas, Uncle Amren dengan Aunty Elis datang merisik kamu" tutur Tan Sri Dzull mengenai kejadian beberapa hari lalu sebelum kepulangan anak gadisnya ke rumah.

"What? Then what did you say?" soal Dahlia dan cuba bertenang. Tidak mahu mengikutkan emosinya.

"Kami belum bagi jawapan sayang. We're waiting for your answer" pujuk Puan Sri De'layla.

"Dahlia dah bagi jawapan dekat Mirul tu ke?" soal Puan Sri De'layla.

Lantas gadis itu menggelengkan kepalanya.

"I don't know ma, pa. I can't decide"

"Think carefully dear. You know what is the best for you. You deserve to be happy"

Fikiran Dahlia terus melayang jauh. Kini timbul satu masalah lain yang juga memerlukannya untuk membuat keputusan bagi kedua-dua belah pihak.

Tetapi pihak yang manakah akan mendapat berita gembira dan pihak yang manakah akan mendapat berita sebaliknya. Ini sesuatu yang amat sukar buat Dahlia.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now