TR 48

7.1K 494 7
                                    

Dahlia termenung di hadapan meja soleknya selepas dirinya siap disolek oleh jurusolek.

Kedua-dua belah tangannya dirapatkan lalu jari-jemarinya digenggam rapat. Perasaan gemuruh mula menyapa dirinya.

"Kamu termenung apa lagi tu Dahlia? Ni kawan kamu dah sampai" tegur Puan Sri De'layla sebaik sahaja menapak masuk ke dalam bilik anak daranya lalu melihat gadis itu termenung di hadapan cermin.

Manakala Adrinne dan Aryana hanya berdiri di belakang wanita itu.

Dahlia memusingkan badannya menghadap mereka.

"Ad, Ary nanti bila rombongan lelaki dah sampai tolong bawa Dahlia turun bawah ye" pinta Puan Sri De'layla sambil menyentuh bahu kedua-dua gadis itu bersama senyuman manis yang tercalit pada wajah awet mudanya.

"Okay aunty" balas Adrinne, Aryana sebaliknya hanya mengangguk.

Dahlia hanya mampu mendiamkan dirinya apabila mendengar kata-kata daripada wanita itu. Dalam diam dia mengeluh perlahan.

Fikirannya mula melayang kembali mengingati saat-saat ketika dia bersama Mirul. Walaupun sekejap sudah cukup meninggalkan satu kenangan manis dalam ingatannya.

12:30

Haykal merenung jam tangan Rolex yang tersarung pada pergelangan tangannya.

Badannya disandar pada kereta McLaren milik Izz sambil kedua-dua belah lengan baju Melayunya dilipat sehingga ke paras siku.

"Gila tak gila, dia tak pernah tengok muka tunang dia. Pergh dahsyat" ujar Izz.

Kini mereka sudah tiba di hadapan rumah pengantin perempuan dan bersedia untuk masuk ke dalam sahaja.

"Kau ingat senang ke dia nak buat keputusan ni. Dia tersepit bro" balas Haykal lalu menanggalkan kaca mata hitam yang tersemat pada wajah kacaknya.

"Dah la jom" Haykal menepuk bahu kawannya itu lalu menyertai yang lain yang sudah berjalan masuk ke dalam rumah.

"Assalammualaikum"

Mendengar sahaja salam dari luar, saudara-mara pihak pengantin perempuan mula bergegas memanggil bakal pengantin untuk turun ke bawah.

Mirul terus duduk di atas sitting mat berwarna putih yang senada dengan warna baju Melayu yang tersarung elok pada tubuh tegapnya.

Mata Izz yang sedang melihat skrin telefon pintarnya terus mengangkat wajahnya apabila mendengar ketibaan pengantin perempuan.

Sebaik sahaja melihat figura itu, dahinya berkerut sekaligus keningnya bercantum.

Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, terus dia menolak perlahan bahu Haykal yang duduk di sebelahnya.

"Asal kau?" soalnya perlahan tidak mahu mengganggu majlis yang sedang berlangsung.

Haykal terus memandang ke arah jari telunjuk Izz.

"Mata aku tak salah tengokkan?" soal Izz.

Haykal terdiam.

"Kau confirm dia tak pernah jumpa tunang dia ni?" soal Haykal menginginkan kepastian.

Izz mengangguk.

Selesai Mirul membaca tanggungjawab si suami maka majlis akad nikah pun berlangsung.

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Nur Serra Dah—"

Sebaik sahaja mendengar pangkal nama itu, wajahnya yang menunduk terus diangkat. Terkejut dia apabila lelaki itu menuturkan nama anaknya dalam lafaz akad itu.

"—Dahlia binti Muhd Dzull dengan mas kahwin sebanyak RM 5,800 tunai"

Mirul menarik nafasnya dalam lalu dihembus kembali.

"Aku terima nikahnya Nur Serra Dahlia binti Muhd Dzull dengan mas kahwin sebanyak RM 5,800 tunai"
Lancar dengan sekali lafaz sahaja.

"Sah?"

"Sah" tutur kedua-dua saksi.

Doa dibacakan kemudian diaminkan.

Setitis air mata Dahlia jatuh apabila dia sah menjadi milik lelaki itu. Sejujurnya fikirannya mula melayang jauh dan tidak dapat mendengar apa-apa.

Manakala Aryana dan Adrinne tersenyum sesama sendiri. Bukan dia tidak mendengar nama pengantin lelaki yang disebut oleh Tan Sri Dzull itu tadi. Cuma Dahlia sahaja yang sibuk melayan perasaan.

Tambahan pula, sempat Adrinne bertentang mata dengan Izz apabila dia tiba di ruang tamu mengiringi Dahlia sewaktu rombongan pengantin lelaki tiba.

Dahlia menundukkan wajahnya.

"Still nak nangis ke?"

Dia tersentak apabila mendengar suara itu. Tatkala dia mengangkat wajahnya, wajah kacak itu menerpa pandangannya.

Mirul tersenyum memandang Dahlia yang kelihatan lost.

Ibu jari Mirul menyentuh wajah Dahlia, air mata gadis itu dihapuskan.

"Why I can't realized it at the first place?" bisik Mirul.

"I love you"

"Ehem nanti-nanti la. Orang nak ambil gambar ni" seloroh Izz yang sengaja menyakat pasangan pengantin baharu itu.

Terus Adrinne memukul lengan teman lelakinya.

"Auch"

"Mengganggu la you ni" marahnya.

Izz tersengih. Manakala Aryana dan Haykal hanya menggelengkan kepala masing-masing.

"Nanti kita pun macam tu juga" tutur Haykal perlahan.

Aryana terus memusingkan kepalanya sedikit memandang lelaki itu lalu mengangkat sebelah keningnya.

"Boleh. In your dream dear" balas Aryana sedikit kejam tanpa riak.

Haykal terus menayangkan wajah cemberutnya.

14:35

Adrinne mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan. Mereka kini duduk di meja yang terletak di bawah khemah yang disediakan pelbagai juadah buat para tetamu.

"Tu la jual mahal. Tak nak tengok muka tunang konon. Propa la kau" sakat Izz lalu membaling tisu yang digumpal menjadi bulat ke arah Mirul.

Nasib lelaki itu baik apa dia sempat menepis balingan Izz.

"Dahlia lagi beria menangis bagai nak rak" kini Adrinne pula cuba menambahkan minyak ke dalam api yang sudah marak.

"Diam la kau" marahnya.

Ikutkan hatinya mahu sahaja dia mengambil cawan polisterin di hadapannya lalu dibaling ke arah mulut Adrinne.

Manakala Aryana tekun menjamu pencuci mulut yang berada di atas pinggannya masih berbaki beberapa potong kek lapis.

"Aku nak makan pun tak senang la" rungut Aryana. Terus kek lapis itu disumbat ke dalam mulut Adrinne.

"Woi"

Mirul,Izz dan Haykal hanya memerhati. Takut-takut mereka pula yang akan dimandikan dengan air oren gadis itu yang masih penuh di dalam cawan.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now