TR 14

9.7K 646 9
                                    

Sevit Sport Univ.

Adrinne, Dahlia,Khairul dan Aidyn duduk berehat di taman selepas 2 jam berjogging.

"Korang bila competition?" Soal Aidyn.

"Ah sebulan lebih lagi. You know pihak atasan kata ada acara tambahan. Aku dah mengeluh gila-gila sebab nama aku tersenarai" cerita Dahlia.

"Acara tambahan?" Soal Khairul.

"Haah. Mix relay. HC buat dua group. So ada empat peserta. Izzuan dengan Bella while me with Mirul. Ah crazy thing ever" rungutnya.

"Yea. Kau kan lebih suka acara perseorangan. Tapi Mir okay apa. Dia kan already in professional team" celah Aidyn.

"But still he's little bit annoying" kata Dahlia.

"Weyh kalau mix atau acara berkumpulan mesti memerlukan chemistry. So mungkin dia cuba wujudkan chemistry antara korang berdua since korang baru know each other. Mirul pun baru balik dari liga kan" terang Khairul.

"Er backup. Kau pun fans dia ke apa?" Soal Dahlia.

"Hahaha. Dahlia jeles. Buuuu" kata Aidyn.

Dahlia sudah mengacah-acah penumbuknya di hadapan Aidyn.

"Hah kau Ad?" Soal Khairul.

"Ah mamat galah tu panggil aku shorty. What the hell doh" adu Adrinne.

"Hahaha. Sabar je la" kata Khairul.

Aidyn mengerling jam tangannya.

"Weyh jom la balik. Dah lambat ni" ajak Aidyn.

"Jom" kata Adrinne lalu bangun dan mengambil botol airnya.

Mereka mula berjalan pulang ke dormitory.

8:30 P.M

Swimming Department

Dahlia keluar dari locker room lalu menapak ke kolam renang tempat yang selalu menjadi kebiasaannya dia berlatih seorang diri.

Dia mengeluh beberapa kali.

"Aik mengeluh nampak" tegur seseorang yang berdiri di sebelahnya.

Dahlia memandang ke sisinya.

"Nak bet?" Soal Mirul.

Dahlia terus berdiri menghadap Mirul.

"Sure why not right? Even you're in pro team. I don't scare of you" balas Dahlia.

"Wah semangat daya saing yang tinggi" puji Mirul.

"Well Dahlia right" katanya sambil menanggalkan jaket yang dipakai.

Mereka beralih ke papan terjun.

"Kalau aku menang, kau kena belanja aku makan" kata Dahlia.

"Ah boleh but you know right my condition" kata Mirul.

"Sokay COD pun aku tak kesah nanti boleh makan dekat taman sambil tengok bintang" kata Dahlia seperti kanak-kanak.

"Kalau kau menang kau nak apa?" Soal Dahlia pula.

"Ah aku nak ermm. Nanti la aku fikir dulu" kata Mirul.

"Okay" balas Dahlia.

Dalam kiraan tiga mereka mula terjun ke dalam air.

Mirul mula mendahului Dahlia namun selepas beberapa saat Dahlia mendahuluinya kembali.

Dan akhirnya keputusan itu berpihak kepada Dahlia sebaik sahaja dia menyentuh touch bar.

"Yes aku menang. I bet you" sorak Dahlia sambil mengelap mukanya.

"Alah aku kasi kau peluang je tu" kata Mirul yang sudah berada di luar kolam renang lalu tangannya dihulurkan bagi membantu gadis itu naik.

"Eleh ye la" kata Dahlia.

"Tak percaya sudah. So bila?" Soal Mirul.

"Tonight? Deal?" Kata Dahlia.

"Okay. Kau order la dulu tapi dalam pukul 9 macam tu baru aku datang sebab lepasni aku ada photoshoot" katanya.

"Ah okay. So kau kena gerak la ni?" Soal Dahlia.

Mirul mengangguk.

"Okay bye" ucap Dahlia.

Mirul berlalu pergi.

'Ah I miss photoshoot too'

Dahlia masuk ke dalam locker room untuk membersihkan badannya dan menukar pakaian.
Selepas itu, dia beransur pulang ke dorm.

Basketball Court

Adrinne mengelap peluhnya. Ikatan rambutnya dikuatkan.

Harini team perempuan ada perlawanan bersahabatan bersama Genie Sport Univ.

Manakala pasukan lelaki hanya duduk di bangku pemain dan memerhati mereka.

Mata mereka tidak putus-putus memandang bola yang dipass ke seluruh kawasan court.

Mereka pula yang over excited berbanding pemain yang berada di gelanggang ketika itu.

Serentak itu, Adrinne menjaringkan gol tiga mata lalu team lelaki menjerit sekaligus meraikan kemenangan pasukan itu.

"Menang menang" sorak Daniel.

Pritttt

Bunyi wisel menandakan permainan sudah tamat.

Adrinne menghembuskan nafasnya lalu tersenyum.

Peluh yang menitik dilap menggunakan tangannya.

"As always Ad" kata Farahiyah.

Adrinne hanya membalasnya dengan senyuman akibat terlalu penat.

Pemain lelaki bangan lalu memberikan tempat duduk mereka kepada pemain perempuan.

Lili menghulurkan botol air kepada senior yang terlibat dengan game sebenar tadi.

"Eh Ary" tutur Aryana.

Semua mereka melihat kawan kepada Adrinne itu.

Aryana hanya tersenyum pendek.

"Aku ada something nak bagitahu kau" kata Aryana.

Adrinne dan Aryana meninggalkan tempat itu.

"Kenapa?" Soal Adrinne.

"MIO nak suruh kita sign dengan diaorang balik. Representative ada jumpa aku baru-baru ni" terang Aryana.

"Dahlia?" Soal Adrinne.

Aryana menggeleng.

"Then how?" Soal Adrinne.

"I don't know. Aku just nak cover up isu kita dengan mamat-mamat tu je" balas Aryana.

"Aku rasa- kita sign je la dengan diaorang balik. Lagipun dah lama kita senyap" ujar Adrinne.

"Nanti aku tanya Dahlia macam mana. I got to go first"

"Okay take care"

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now