TR 37

7.5K 527 10
                                    

Tup

Bunyi pintu kereta milik Haykal ditutup oleh Aryana.

"Kenapa—"

Kata-kata Haykal terus terhenti apabila Aryana menghulurkan sekeping kertas kepadanya. Tangan yang setia melekap pada stereng kereta itu terus dialihkan.

"What is this?" soal Haykal tidak sedap hati lalu mengambil kertas putih itu.

Pelik dia melihat Aryana. Sepatutnya mereka berjanji untuk berjumpa pada pukul 2 petang bersama-sama dengan yang lain tetapi teman wanitanya ini tiba-tiba sahaja ingin berjumpa dengannya 30 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

"From Hanna" tutur Aryana.

Dahi Haykal berkerut. Pelik dia tiba-tiba sahaja Aryana menyebut nama Hanna. Bukankah gadis itu juga membenci Hanna?

"Dia minta tolong I bagi surat tu dekat you. She already transfer to Australia. Yesterday was her last day in here. Also, she knew you won't never meet her again so that's why she asked me a favour. Bacalah" terang Aryana dengan jelas.

Haykal membatukan dirinya sebaik sahaja mendengar penjelasan Aryana. Tidak sangka ini tujuannya.

Dia terus mengalihkan pandangannya melihat ke arah kertas putih itu. Perlahan-lahan lipatan kertas itu dibuka.

Tengku Haykal Hakimi,

Thanks for everything untuk apa yang awak buat selama ini untuk saya. I knew saya ialah perempuan yang paling bodoh dalam dunia ni. Lepaskan lelaki sebaik awak demi cita-cita yang saya impikan. Yea I was stupid.

Terima kasih kerana telah pinjamkan kasih saya dan perhatian awak selama dua tahun untuk saya. You know tak mudah untuk saya lupakan awak. Sebab tu saya buat keputusan untuk kembali. Walaupun saya tahu awak takkan terima saya kembali.

But bila saya tengok awak dengan Aryana saya mula sedar, tak guna saya kejar awak lagi bila hati awak sudah sepenuhnya dimiliki oleh Aryana. Saya dan Aryana sememangnya rival but she's a lot better than me. Akhirnya ini jalan yang saya pilih.

Lepaskan awak untuk dia selamanya dan pergi untuk mencipta sejarah baharu. Saya doakan kebahagiaan awak bersama dia dan tolong maafkan saya atas kesalahan saya selama ini.

Sincerely,
Hanna Halyana

Sebaik sahaja, Haykal selesai membaca surat itu dia terus memandang ke arah Aryana.

"Are you okay?" soal Aryana risau.

Haykal segera menyimpan surat tersebut.

"Yes I'm okay. Shall we?" balas Haykal bersama senyuman di wajahnya.

"Yea"

Kereta Audi Haykal terus keluar meninggalkan perkarangan SSU untuk ke destinasi yang telah ditetapkan.

'Aku dah maafkan kau, Hanna'

Platinum Outlet Mall

Adrinne melepaskan keluhannya kemudian dilihat Dahlia yang berdiri di sebelahnya sambil memandang ke ruang utama di tingkat bawah mall itu.

"Mana ni?" soal Adrinne sambil mengerling ke arah jam tangannya.

"Kejap lagi sampai la tu. Ary and Haykal maybe singgah somewhere dulu ke and Mirul texted me he and Izz lambat sikit sebab ada shoot" pujuk Dahlia.

Adrinne akur.

"Akak"

Tiba-tiba ada suara seorang budak lelaki yang menegur mereka. Serentak itu, Adrinne dan Dahlia menunduk memandang ke arah kanak-kanak lelaki yang berdiri di sebelah Adrinne sambil memegang sejambak bunga di tangannya.

"Akak ke?" soal Adrinne sambil jari telunjuknya ditala ke arah dirinya.

Kanak-kanak itu mengangguk. Manakala Dahlia memerhati ke sekeliling kawasan tempat mereka berdiri.

"Nah" kanak-kanak lelaki itu menghulurkan sejambak bunga ros merah yang dibalut kemas kepada Adrinne.

Adrinne terus membongkokkan badannya sedikit lalu mengambil huluran budak itu.

"Boleh akak tahu siapa yang bagi?" soal Adrinne dengan nada yang lembut kemudian membelek jambakan bunga itu.

"Abang handsome" balasnya kemudian berlari pergi tanpa sempat Adrinne menahannya.

Dahlia mula memandang jambakan bunga itu. Kad yang terselit di antara bunga-bunga itu diambil oleh Adrinne.

"Abang handsome mana pula ni?" soal Dahlia.

Segera kad itu dibuka setelah mendengar soalan daripada Dahlia.

Tengku Adrinne Alexa would you be mine?

-TIR-

Terkelip-kelip mata Adrinne membaca isi yang tertulis dalam kad tersebut. Melihat responds Adrinne yang kaku itu, Dahlia terus mengintai ke arah kad tersebut.

Spontan mulutnya terbuka.

"Oh my goodness, Adrinne?" dia dan Adrinne berbalas pandangannya.

"What's wrong with both of you?" mereka terus dikejutkan dengan soalan yang pastinya daripada Aryana yang baru tiba di situ.

Dahlia dan Adrinne, kedua-dua memandang ke arah Aryana dengan mata yang tidak berkelip. Kerutan pada dahi Aryana jelas menunjukkan bahawa dia sedang bingung melihat kelakuan kawan-kawannya ini.

Kad pada tangan Adrinne terus dirampas oleh Aryana. Jambakan bunga itu dilihat.

"Mana kau dapat tu?" soal Aryana lalu melihat ke arah kad tersebut.

Manakala Haykal juga turut melihat ke arah kad tersebut yang dipegang oleh Aryana.

"TIR? Tengku Izz Raykarl?" tutur Haykal spontan. Aryana terus memandang ke arah Adrinne dengan senyuman yang sukar ditafsir.

"Woah" Dahlia mula teruja lalu menepuk kedua-dua belah tangannya.

Manakala Adrinne pula sepertinya sukar untuk mempercayainya.

"Ehem" serentak itu mereka semua menoleh ke kiri apabila terdengar deheman seseorang.

"Really? Is that you?" soal Haykal apabila melihat Izz dan Mirul berjalan menghampiri mereka.

Izz hanya menguntum senyuman yang sudah pasti buat Adrinne.

"Wuuuuu" Dahlia mula menyakat. Manakala muka Adrinne sudah mula memerah.

Bahu kawannya itu ditolak perlahan.

Izz berhenti melangkah betul-betul di hadapan Adrinne.

"You saw it right? Let me do it properly. So Tengku Adrinne Alexa would you be mine?"

Adrinne sudah tertunduk malu. Dahlia dan Mirul pula sibuk dengan telefon pintar mereka, tiba-tiba menjadi paparazzi tidak bertauliah. Seorang membuat insta live manakala seorang lagi membuat insta story.

Dengan perlahan Adrinne mengangguk.

"Wuuuuuuu" Dahlia dan Mirul mula bersorak.

"Congrats congrats"

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now