TR 46

6.7K 449 13
                                    

Vromm

Deruman enjin motosikal berkuasa berjenama Kawasaki itu memecah kesunyian di tempat duduk bahagian luar cafe yang sarat dengan pelanggan muda yang datang untuk melepak bersama kawan-kawan mereka pada larut malam.

Izz menanggalkan helmet serta sarung tangan kulitnya. Langkah diatur mendekati meja yang dihuni oleh dua lagi rakannya iaitu Mirul dan Haykal.

Dia terpandang Mirul yang termenung ketika menarik kerusinya.

Matanya terus dialihkan memandang Haykal yang duduk di sebelah sahabatnya itu.

"Marriage under family arrangement" balas Haykal.

Tahu sangat dengan apa yang bermain dalam fikiran kawannya yang baru sahaja tiba itu.

"What? Then how about Dahlia?" soal Izz terkejut.

Mirul mengalihkan pandangannya memandang Izz.

"We're over even we're nothing" jawab Mirul lemah. Seperti orang yang tiada kekuatan lagi.

Haykal tidak mampu lagi untuk berkata-kata. Mereka berjumpa pada malam ini juga disebabkan Mirul yang mengajak mereka untuk keluar.

Akhirnya, mereka tahu mengenai tujuan Mirul yang mengajak mereka untuk keluar pada malam ini. Pasti lelaki itu sedang stress dan bersedih.

Sesekali dia melihat ke arah skrin telefon pintarnya. Kot-kot Aryana memaklumkan sesuatu mengenai Dahlia mungkin.

"Kau macam mana sekarang ni?" soal Izz berhati-hati.

Tidak mahu menambahkan stress kawannya itu.

"Aku biarkan mummy aku uruskan semua. Aku malas nak ambil tahu. Bayangkan majlis dia hujung minggu ni" jelas Mirul.

Dia benar-benar malas untuk campur tangan soal majlis pernikahannya pada hujung minggu ini. Jika dikira-kira masih ada tiga hari lagi untuk membuat persiapan. Tetapi dia malas untuk ambil tahu kerana ini semua keputusan keluarganya.

Pelik juga dia macam mana perempuan yakni bergelar tunangnya sekarang boleh bersetuju pinangan keluarganya.

Ini semua satu kerja gila. Rambutnya dikusutkan. Manakala Izz dan Haykal hanya mampu menyalurkan kekuatan serta sokongan buat kawannya sahaja.

"Sabarlah. Semua yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Kita hanya manusia yang penuh cacat cela untuk menolak takdir Allah" nasihat Haykal.

Belakang tubuh tegap kawannya diusap perlahan. Izz mengangguk tanda menyokong dengan kata-kata Haykal.

Pak

Kunci motosikalnya dicampak di atas meja yang diperbuat daripada kayu jati.

Badannya direbahkan di atas katil.

Sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar jeans yang tersarung pada kakinya.

Sebuah kotak segi empat tepat kini berada di tangannya. Penutup kotak itu dibuka.

Terserlah sebentuk cincin emas putih yang bertakhtakan batu permata biru laut.

Nampaknya hasratnya untuk menyarungkan cincin itu pada jari gadis idamannya tidak tercapai dek kerana rancangan keluarganya.

Siapa sangka perkenalan singkat atara mereka sebagai pesaing bertukar menjadi kawan dan akhirnya lahirlah satu perasaan cinta datang mengetuk pintu hati masing-masing.

Lama-kelamaan matanya tertutup.

'Sweet dream Serra Dahlia'

08:00

Aryana selamba keluar dengan memakai baju tidurnya apabila Adrinne menelefonnya sebentar tadi.

"Kau kenapa? Demam dah pagi-pagi datang mencemar duli dekat rumah aku" bebel Aryana.

Habis tidurnya terganggu.

"Habis dah membebel?" perli Adrinne.

Aryana terus menjeling rakannya itu. Pakaian Adrinne diperhatikan atas bawah.

"Pergi rumah aku perlu ke pakai macam ni?" soal Aryana apabila sudah puas meneliti pemakaian rakannya itu.

"Dah-dah jangan potong aku boleh tak? Pergi mandi, siap cepat kita pergi jumpa Dahlia" arah Adrinne.

Sebelah kening Aryana terangkat.

"Asal?"

"Pergi la siap dulu ish. Banyak bunyi la kau ni" terus tubuh kawannya itu dipusingkan lalu ditolak agar berjalan masuk ke dalam rumah.

Aryana merengus.

Dalam keadaan tidak berpuas hati itu dia segera melangkah masuk ke dalam bilik untuk bersiap seperti yang diarahkan oleh Tengku Adrinne Alexa, gadis kacukan Italy itu.

09:30

Aryana dan Adrinne kedua-dua mereka keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup. Kini mereka berada di rumah banglo mewah milik orang tua Dahlia.

"La eh kamu berdua ke. Aunty ingat siapa lah tadi" tegur Puan Sri De'layla.

Kedua-dua mereka menguntumkan senyuman kepada wanita itu.

"Assalammualaikum Aunty" ucap mereka serentak lalu bersalaman dengan Puan Sri De'layla.

"Waalaikumsalam" balasnya.

"Kamu dah tahu pasal Dahlia?" soal Puan Sri Dahlia.

Serentak itu, kedua-dua mereka mengangguk.

"Tolong pujukan Dahlia ye. Dia ada dekat dalam bilik dia" pinta wanita itu.

Aryana dan Adrinne mula rasa terbeban dengan permintaan wanita itu lalu lambat-lambat mereka mengangguk.

Langkah diatur masuk ke dalam rumah selepas meminta izin untuk mengundurkan diri berjumpa dengan Dahlia.

"Means dia dengan Mirul tak jadi la?" soal Aryana ketika mereka berjalan ke arah bilik Dahlia.

Adrinne mengangguk. Dia juga tahu cerita ini daripada Izz ketika mereka berbual melalui panggilan telefon sebaik sahaja lelaki itu pulang ke rumah selepas melepak bersama Haykal dan Mirul.

Sememangnya Izz ialah partner gosipnya apabila melibatkan hal-hal berkenaan rakan-rakan mereka.

Drit drit

Langkah Aryana terhenti apabila telefon pintarnya berbunyi.

"Kau masuk la dulu" arahnya kepada Adrinne.

Adrinne hanya bersahaja lalu membuka pintu bilik Dahlia dan tubuhnya hilang di sebalik pintu legap itu.

Manakala Aryana mengeluarkan telefon pintarnya lalu melihat caller ID yang terpapar pada skrin iPhone miliknya.

Haykal Bae is calling...

Tanpa menunggu lama dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Hello"

"....."

"WHAT?"

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now