TR 13

9.8K 651 12
                                    

"Ah reporter Kim what are you doing here?" Soal Mirul sambil menyangkut lengannya pada bahu lelaki itu.

Anak mata Reporter Kim mula tidak tentu arah. Manakala Izz dan Haykal berdiri di hadapan Aryana dan Adrinne.

"Ah saja nak tahu kehidupan awak bertiga di Sevit" balasnya.

Mirul, Haykal dan Izz berpandangan.

"Oh but you're under Scandal News not from Daily News. So?" Kini Izz pula menyoal lelaki itu.

"Ah ermm— by the way Adrinne and Aryana you guys can give me a call okay" pesannya sambil terjengkit-jengkit ingin memandang gadis di belakang Haykal dan Izz.

"Dah-dah jom" Mirul terus menarik lelaki itu pergi. Haykal dan Izz juga mengekorinya dari belakang.

Adrinne dan Aryana memandang sesama mereka.

"Aku terasa nak gelak pun ada" kata Adrinne.

"I know right" tutur Aryana ingin memasukkan kad itu ke dalam poket seluarnya tetapi tangannya disiku oleh Adrinne lalu menyebabkan kad itu terjatuh tanpa disedari mereka.

Namun, satu susuk tubuh berhenti di hadapan kad itu lalu mengambilnya.

"Scandal News?" Katanya lalu tersenyum dengan penuh makna.

Meanwhile

Izz dan Haykal memandang ke kiri dan kanan mereka.

"Ah now what?" Soal Mirul.

"Apa?" Soal reporter Kim.

"Jangan cuba tunjuk muka kau depan kitaorang lagi. Kalau tak nahas" Haykal memberi amaran kepada lelaki itu.

"Dah jom blah" kata Izz lalu mereka bertiga pergi dari tempat.

Adrinne dan Aryana naik ke bilik mereka.

Aryana meletakkan iPhone di atas charging plat.

"Kau dengan Haykal ada apa-apa ke?" Soal Hanna.

Aryana memandang Hanna.

"Kau sibuk apahal?" Soal Aryana dingin.

"Dia aku punya" kata Hanna.

Aryana tersenyum sinis.

"Oh so apa yang aku agak selama ni betul la. Kau balik sini sebab dia? How sweet and betapa bodohnya kau. Kalau aku jadi kau aku takkan hancurkan impian aku untuk masuk pros league demi seorang lelaki" kata Aryana.

"Oh yea— but wait. Kau dah pernah tinggalkan dia sebab impian kau right. So now deserve it" perli Aryana.

Sindiran yang dilemparkan oleh Aryana kepadanya sangat pedas dan membuatkan dia mati kata-kata.

Aryana tersenyum sinis saat dia mahu masuk ke dalam bilik mandi.

'Kau nak Haykal? Silakan but never halang aku untuk beat kau. Kalini aku takkan bagi kau peluang pun'

9:00 P.M

Adrinne dan Dahlia turun ke bawah dengan sportwear mereka dan dipadankan dengan cap berwarna hitam. iPod juga turut dibawa bersama.

Kebetulan pada waktu itu, mereka terserempak dengan Khairul dan Aidyn di hadapan vending machine.

"Hye girls. Nak pergi mana?" Soal Aidyn.

"Memasak" balas Adrinne dengan loya buruknya.

"Hahaha nice try. Gelak la Khai. Adrinne buat lawak" kata Aidyn.

Adrinne menjelingnya.

Terus jejaka itu bersembunyi di belakang Khairul.

"Oh pergi memasak Ad. Mana apron kau?" Sakat Khairul.

"Ni hah apron aku. Nak try?" Soal Adrinne sambil menunjukkan penumbuknya di hadapan jejaka itu.

"Opss. Tak apa la. Aku pun ada juga" balas Khairul lalu menepis penumbuk Adrinne dengan air tin minumannya.

"Kitaorang nak jogging. Korang nak join?" Celah Dahlia setelah lama menyepi. Bukannya apa senak perutnya melihat kerenah kawan-kawannya itu. Pipinya juga turut sakit mengetawakan mereka.

"Oh kebetulan. Kitaorang pun nak jogging juga. Jom la" kata Aidyn dengan ceria ditambah dengan eye smile miliknya.

"So ladies first" kata Aidyn.

Adrinne dan Dahlia mendahului mereka.

9:30 P.M

Aryana keluar dari dorm dengan pakaian casual. Skinny jeans berwarna putih dipadankan dengan baju kemeja berwarna hitam dan kasut tumit tinggi. Rambutnya pula hanya diikat satu dan bangs di sebelah kanan. Clutch dipegang di sebelah kanan.

Sememangnya mereka bertiga ini amat menitikberatkan soal fashion jika berada di luar Sevit.

Kereta Audi itu mula meninggalkan kawasan Sevit dan menuju ke destinasinya.

Cara Mia Cafe

Aryana menapak masuk ke dalam cafe itu lalu mengatur langkahnya ke meja yang dihuni oleh seseorang.

Dia membongkokkan badannya sedikit sebelum menarik kerusinya dan duduk.

"So what you want to discuss with me?" Soalnya.

"It already been 2 years since you guys hiatus from entertaiment world. So think of a comeback maybe?" Soal figura yang berada di hadapannya.

"You know that I'm waiting for pros league since I'm on final semesta" balas Aryana.

"Yea I know. Maybe some modelling job. Come on Aryana awak bertiga dah lama senyap dari dunia fashion. You guys already on package. It gifted"

"Saya akan fikirkannya balik. And you know saya dibabitkan dengan seorang atlet under KD Insurance?" Soal Aryana.

"Ya saya tahu. Saya akan uruskan dengan KD soon"

"Thank you, representative. I got to go" ucapnya lalu menunduk lalu meninggalkan cafe itu.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now