TR 35

7.8K 553 16
                                    

Aryana, Adrinne dan Dahlia mendongak melihat alat gergasi yang tergantung di tengah-tengah stadium tertutup itu.

Paparan skrin scoreboard yang memaparkan points setiap department itu diperhati oleh mereka bertiga.

"You guys sure can beat me?" soal Aryana.

"Of course" balas mereka serentak tanpa melihat antara satu sama lain dengan yakin.

Buat masa ini memang Field and Track Department yang mendahului tetapi penamatnya tiada siapa yang dapat menjangka.

Field and Track Depart. 3 569
Basketball Depart. 3 546
Swimming Depart. 3 536

Akhirnya tiba di acara yang dinanti-nantikan iaitu final 400m women. Dan seperti yang dijangka oleh semua orang sudah tentu ketiga-tiga gadis itu mendapat tempat ke acara akhir itu. Sudah tentu ini akan menjadi acara yang boleh membuatkan semua orang berasa gemuruh. Siapa sahaja yang tidak mahu memenangi acara tahunan ini. Department yang menjadi johan akan membawa pulang RM 10,000 dan wang itu akan digunakan untuk melakukan penambahbaikan dalam aktiviti mereka.

Mirul melihat luka pada bahu Dahlia, kecederaan yang dialami semasa bermain bola jaring.

"Okay ke bahu kau tu?" soal Mirul risau apabila tangan Dahlia tidak henti-henti mengurut bahunya.

Jaket Dahlia diambil daripada pegangan gadis itu kemudian disangkut pada bahu sebelah kanannya.

"Okay je" balas Dahlia.

Mirul melepaskan keluhannya.

"Degil" jari telunjuknya menunjal dahi Dahlia.

"Hey!" Dahlia mencerlung tajam jejaka itu sambil menyentuh dahinya.

Mirul hanya tersengih.

12:30

Aryana menanggalkan jaketnya lalu diletakkan di atas kerusi. Langkah diatur mendekati meja urus setia apabila pengumuman mengenai acara akhir bagi larian 400 meter diumumkan melalui pembesar suara.

Adrinne dan Dahlia juga sudah tiba di situ.

"This is the ending" tutur Aryana.

Jika dilihat 8 peserta yang terlibat dalam acara ini, hampir separuh daripada mereka merupakan wakil daripada Field and Track termasuk Aryana. Jika Aryana tidak mendapat johan sekalipun yang lain masih boleh menyumbang mata jika mendapat tempat kedua atau ketiga. Sudah tentu acara ini sepenuhnya dikonker oleh atlet padang dan balapan.

8 peserta itu segera berdiri di garisan permulaan di lorong masing. Manakala di tepi track kelihatan Haykal,Izz dan Mirul dengan wajah yang tenang melihat ke arah ketiga-tiga gadis itu.

"Siapa kalah malam ni kena swipe card dekat mall" ujar Dahlia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa kalah malam ni kena swipe card dekat mall" ujar Dahlia.

Adrinne berdecit manakala Aryana tersenyum sinis.

"And for sure not mine" kata Aryana yakin.

Tahun lepas kad kredit milik Adrinne yang menjadi mangsa mereka. Jadi untuk tahun ini Aryana menjangkakan Dahlia pula. Tidak salah sekali-sekala melabur duit kepada rakan-rakan. Bertuah dirinya juga kerana kadnya masih selamat buat masa sekarang. Tetapi dengan kecederaannya baru-baru ini dia tidak pasti jika mampu mengekalkan kedudukannya pada tahun ini.

"Ready"

Mereka mula bersedia dengan posisi masing-masing. Jari diletakkan di belakang garisan permulaan.

"Set"

Badan diangkat.

Bagi penonton acara ini sememangnya boleh membuatkan jantung mereka gugur. Selain daripada kategori lelaki, kategori perempuan juga mendapat sambutan yang hangat.

"Go"

Bunyi tembakan dilepaskan. Mereka semua mula berlari. Semua penonton mula bersorak, rata-rata atlet yang duduk di bawah khemah terus keluar apabila bunyi tembakan dilepaskan.

Walaupun masih belum separuh lap, Aryana masih mendahului dan diikuti dengan Adrinne.

Nama-nama mereka kedengaran kuat dan bergema di seluruh stadium tertutup itu, sampaikan tetamu VVIP juga bangun dan memberikan tepukan.

Hanya tinggal 100 meter sebelum ke garisan penamat, Aryana masih di inner lane dan dia mula memecut laju.

Tangannya diangkat ke langit.

"YEAY"

Kedengaran pasukan Field and Track mula menjerit dan melompat apabila Aryana melepasi garisan penampat dan merangkul johan. Manakala diikuti Adrinne yang lambat 0.14 saat dan ketiga iaitu Dahlia 0.20 saat.

Aryana tersenyum mengejek memandang Adrinne dan Dahlia yang masih mencari nafas mereka. Lengan Aryana terus disiku oleh Adrinne akibat geram.

Namun, tindakan itu tidak dihiraukan oleh Aryana kerana matanya difokuskan pada paparan skrin scoreboard.

"The winner is Tengku Aryana Dahlia from Field and Track Department" umum pengulas melalui pembesar suara.

Manakala atlet yang sepasukan dengan Aryana sudah bersuka ria, sememangnya tahun ini gelaran johan keseluruhan masih lagi milik mereka. Triple crowns.

Gold medal disarungkan ke leher Aryana. Tubuhnya terus berdiri tegak untuk sesi bergambar.

"How lucky I am" tutur Aryana apabila turun dari podium.

"The end of the day. Rivals for a day" ujar Dahlia pula.

Mereka terus melepaskan tawa.

"Ehem we still need Aryana with us" tegur suara itu.

Ketiga-tiga gadis itu berhenti melangkah.

"Oh yea"

"Nah la ambil" Dahlia menolak Aryana perlahan ke arah Najmi yang menegur mereka, tetapi alih-alih tubuh itu terlanggar tubuh Haykal yang turut juga berada di situ sementara menunggu sesi bergambar selepas Najmi mengambil piala serta cek.

"Agak la nak tolak aku pun" getus Aryana. Dahlia tersengih. Haykal hanya mampu menggeleng kepalanya melihat kedua-dua gadis itu manakala Adrinne sudah berada bersama Izz.

"The winner for this year, Fitness Day is- "

"Field and Track Department. Congratulation"

Najmi naik ke atas pentas selaku president FTD. Selepas itu, mereka mengambil gambar beramai-ramai untuk merekodkan lagi satu kemenangan besar pada tahun ini dan begitu juga pada tahun-tahun sebelumnya.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now