TR 47

6.9K 479 8
                                    

Ding dong

Tengku Alyn yang sedang menghidangkan air teh bunga buat suaminya secara spontan memandang ke arah pintu utama rumah mereka.

"Siapa yang datang pula tu bang?" soalnya kepada suaminya.

Namun sama seperti dirinya, Tengku Aaron tidak mengetahui siapakah tetamu mereka.

Pembantu rumah bergegas membukakan pintu.

"Ye Encik cari siapa?" soal Bik Imah.

Tengku Alyn yang tertanya-tanya itu terus bangun lalu berjalan ke arah pintu utama.

"Eh Husna, Helmi masuklah" jemputnya apabila melihat dua muka yang dikenalinya itu.

Merangkap kawan sekolahnya serta suaminya juga.

"Jemput duduk Helmi, Husna" pelawa Tengku Alyn selepas bersalaman dengan Husna.

"Terima kasih" ucap Husna.

"Lama kita tak jumpa ni Hel" ujar Tengku Aaron.

"Hah tu la. Aku baru balik uruskan business di England. Sebenarnya aku dengan Husna datang ni ada hajat tapi tak sangka pula hajat dia dekat rumah kau" kata Helmi dengan maksudnya yang tersirat.

"Hajat?"

Tengku Aaron dan Tengku Alyn berbalas pandangan sesama sendiri.

Meanwhile

Aryana menapak masuk ke dalam kereta Audi A7 yang tiba di hadapan rumah agam milik keluarga Dahlia.

Tali pinggang keledar ditariknya.

Clack

"Kenapa tak bagitahu I semalam?" soal Aryana mendatar.

Nada geram juga terselit bersama soalannya. Bukan main terkejut dia apabila Haykal menelefonnya sebentar tadi dengan menyatakan hasrat jejaka itu.

"Hello"

"Family I nak datang rumah you"

"WHAT?"

"Are you kidding me? I mana ada dekat rumah"

"Then you dekat mana?"

"Rumah Dahlia"

"Okay I ambil you sekarang"

"Hah. Hel—"

Haykal terlebih dahulu mematikan panggilan tersebut tanpa sempat Aryana membalasnya.

"Mana I tahu my family nak jumpa harini" Haykal bertindak membela dirinya.

Kereta itu dipandu meninggalkan perkarangan rumah agam keluarga Dahlia.

Dia juga terkejut apabila mengetahui perkara ini. Tidak sangka ibu bapanya mahu segera berjumpa dengan ibu bapa Aryana dalam masa yang terdekat.

Alasan si ibu ialah dirinya itu sudah terlalu sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Jari-jemari Aryana ligat mencari contact adik kembarnya.

Aryssa

Kau dekat mana ni?

Hah? Aku jogging

On the way balik rumah

Asal?

Hah balik cepat.
Abang and kakak?

The Rivals✔Where stories live. Discover now