TR 45

6.9K 417 16
                                    

Tak

Lamunan Aryana terhenti apabila terdengar bunyi meja kayu yang didudukinya diketuk.

"Termenung apa?" soal suara itu.

Tangan Aryana yang menongkat dagunya terus diturunkan. Wajah Haykal diperhatikan.

Haykal pula cuba membaca air muka Aryana. Dahinya berkerut.

"Hey kenapa ni? What's wrong? I ada buat salah ke?" soal Haykal gelabah.

Segera Aryana menggeleng bersama keluhan dilepaskan perlahan.

"Then?"

"I risau la dengan Dahlia" luah Aryana.

"Sayang, I yakin dia akan buat keputusan yang terbaik untuk diri dia and semua orang" balas Haykal.

"Mirul bila balik?" soal Aryana mengenai keberadaan lelaki itu.

"Petang ni. Izz ambil dia dekat airport" Jawab Haykal.

Kawannya berada di Canada mengikuti pasukan renang kebangsaan membuat lawatan di sana sebelum cuti semesta mereka bermula 5 hari yang lalu.

"Okay done about them. How about us?" soal Haykal.

Aryana mengacau minumannya menggunakan penyedut minuman.

"About us what?" soal Aryana dengan muka innocent-nya.

"About our relationship. My mom tak suka I ke hulu ke hilir bawa anak dara orang" jelas Haykal lalu tersengih.

Aryana pada mulanya mahu tersembur terus ditahan kembali cecair yang ingin terkeluar dari mulutnya itu.

"Then meet my parents" kata Aryana lalu hujung bibir diherot sedikit.

Haykal memandang tepat ke anak mata gadis itu.

"Are you sure?" soal Haykal menginginkan kepastian.

"Yea. If you're ready then me too. I don't mind if you want to" kata Aryana tenang.

Seolah-olahnya ini bukannya satu keputusan yang berat buat dirinya. Jelas sekali raut wajahnya kelihatan tenang serta matang.

"Okay sekarang juga I pergi jumpa parents you" kata Haykal yang berkira-kira untuk bangun.

"Eh-eh agak-agak la sekarang pun. Tak menyempat" ujar Aryana lalu menggeleng kepalanya.

Air minumannya disedut perlahan.

"You set date nanti I talk with my family"

Aryana hanya mengangguk.

Hubungan mereka baru sahaja di peringkat awal namun, dengan membawa hubungan ini kepada satu ikatan yang direstui kedua-dua belah keluarga apa salahnya.

Dari menunggu lama pasti akan terdapat banyak halangan yang akan menanti mereka dalam menyusuri laluan yang berbunga.

Dahlia POV

Ting

Loceng yang diletakkan di bahagian pintu cafe itu berbunyi sewaktu aku menolak pintu itu ke dalam.

Kaki kananku dibawa mendahului langkahku masuk ke perut cafe berkonsep vintage yang menjadi pilihan pemiliknya.

"Sorry I'm late" ucapku sambil meletakkan beg tanganku di atas riba.

"No worries. I pun baru sampai" balas lelaki yang duduk di hadapanku.

Sudah 6 hari semenjak peristiwa tersebut aku tidak bersua muka dengannya. Ini kali pertama sebaik sahaja dia pulang dari luar negara kelmarin.

Mukanya masih lagi kelihatan penat.

"Dahlia" panggilnya apabila terlihat aku termenung memandangnya.

"Mirul sebenarnya—" aku mengeluh berat.

Tidak sanggup untuk meluahkan apa yang tersimpan di hatiku. Tetapi jika menyimpannya terlalu lama pasti lagi berat beban yang mahuku tanggung kelak.

Mirul masih menantiku dengan penuh kesabaran.

Sebuah kotak segi empat tepat diletakkan di atas meja lalu ditolak ke arahnya.

"Why?" soal Mirul tidak teragak-agak.

Aku yakin jejaka ini tahu apa isi di dalam kotak itu.

"I'm sorry. Tapi my family kata dah ada orang melamar I. I don't want to disappoint them, Mir. You faham I kan?" jelasku.

Jari-jemariku genggam sesama sendiri di bawah meja. Sejuk.

Mirul menguak beberapa helai rambut perangnya yang terjuntai ke belakang.

"I understood. Seems like my family pun dah decide pasangan hidup I" luah Mirul.

Rianz Cafe

Sejujurnya dia juga terkejut apabila mengetahui soal itu. Namun, sebagai anak apa yang perlu dilakukan ialah mentaati kehendak kedua-dua ibu bapa mereka.

Dahlia hanya menunduk. Cuba menahan sebak di dadanya. Jujur dia sudah mula sayang serta mencintai lelaki di hadapannya. Sepanjang permulaan semesta lalu mereka banyak menghabiskan masa bersama-sama.

Training yang dulu dilalui berseorangan, kini dia bersama seseorang. Setiap saat itu mengajarnya yang hidup kita memerlukan seseorang untuk bergantung.

"I pray for your happiness, Dahlia" ucap Mirul.

Walaupun berat baginya tetapi cinta itu tidak semestinya memiliki. Dia harus percaya Pencipta sudah mengaturkan jalan cerita yang lebih baik buat mereka.

Kotak itu diambil oleh Mirul.

"Thank you for everything Mirul Daniel" ucap Dahlia dengan tangisan yang cuba ditahan.

Dia cuba yang terbaik untuk menguntumkan senyuman buat jejaka yang berjaya mengetuk pintu hatinya buat kali kedua itu.

Mirul membalas senyuman gadis itu.

"Take care. Jumpa after 2 weeks. I got to" ujar Mirul.

Dia tidak betah berlama di situ. Dia tidak kuat.

Dahlia hanya mampu mengangguk dan menghantar pemergian jejaka itu dengan mata yang sudah berair. Sebaik sahaja Mirul melangkah keluar dari kedai itu, secara automatik air matanya tumpah.

'I love you Mirul'

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now